Friday, October 5, 2012

Ke-tidak-matangan Tak Padan dengan Usia

Assalamualaikum.

Waa saya sudah pindah rumah baru. Alhamdulillah. Alfu syukran li ikhwah wa akhawat yang menolong. Terutamanya Ahmad Ashraf, Ahmad Syahmi dan Mohd Noor Adib (mcm la boleh tag kan). Semangat diorang tolong saya angkat barang semalam. Berat pulak tu. Naik tingkat 5 kot.

Cerita hari ini: (seperti tajuk di atas) Merajuk.

Tak namanya hidup kalau tak ada hati yang terguris. Bukan hidup namanya kalau tak pernah terasa dengan orang sekeliling. Tapi tak hidup kalau kita asyik memilih untuk merajuk. Life provides options, right? You decide.

Dalam cerita berpindah rumah ni, ada hati yang terasa. Kita mengharapkan kasih sayang yang lebih erat walaupun berjauhan, tapi sesungguhnya rencana Allah melebihi tanggapan manusia. Ada sebab kenapa farewell itu tersangatlah amat dingin. Apa yang saya harapkan bukan benda yang sebegitu. Mungkin jugak la saya sendiri yang meletakkan harapan melebih-lebih kepada manusia lain. Sebab tu manusia ni tak boleh mengharapkan manusia lain. Kena bersandar harap kepada Allah sahaja.

Manusia memanglah akan selalu terasa, tapi kita boleh pilih. Lupakan hati yang terguris, tak payah dilayan rajuk dan remuknya hati itu, dan teruskan hidup yang sibuk dengan ibadah kepada Allah. Ye. Memang diakui pada awal-awalnya agak susah untuk kita ignore dan buat tak endah kepada diri sendiri yang sangat terasa. Tapi insyaAllah, fikirlah bahawa orang itu pun punya kelemahan sehingga tidak dapat menyedari yang dia telah pun mengguris hati orang lain. Saya selalu je fikir orang yang kurang rasional dan mengguris hati kita ni adalah orang yang punyai banyak kelemahan yang dia sendiri tak sedar.

Tapi jangan la kita pulak yang pantang ada benda tak memenuhi kehendak kita siiikkkkkiiittt pun, kita nak merajuk pulak. Kalau dalam hidup kita ni banyak benda yang kita nak jadikan agenda merajuk, maka pergi la hidup di Pluto nuh. Susah sangat nak get along dengan manusia. Maknanya kita la yang ada masalah tuh. Kalau kita selalu rasa orang dalam dunia ni, atau sekeliling kita ni bermasalah, maka sila tengok diri sendiri dulu. Itu tanda diri kita yang bermasalah.

Then... pilih lah untuk tidak merajuk. Tak salah untuk terasa hati. Tapi bermasalah kalau pilih untuk terus merajuk. Tidak merajuk bukan bermakna kita tidak punya hak untuk menegakkan pendapat, tapi ia pilihan untuk menjadi orang yang lebih dewasa dan berjaya dalam hidup.

Dah umur 20 ni, kalau masih nak ambik hati dengan kata-kata orang, dengan perangai orang itu ini maka sesuai la dimasukkan dalam kategori Ke-tidak-matangan yang tak padan dengan usia. Sorry to say. Sungguh ni. Macam budak kan..?

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment