Sunday, October 21, 2012

Sakit. Rasa Nak Kahwin Je.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Kenapa Allah bagi saya tahu benda tu? Allah nak susahkan saya dengan kerja itu ke? Kenapa Allah temukan saya dengan Sister Yah dan Bro Azizi? Kenapa kami bukan sekadar pengajar dan pelajar pharmacology?

Tanyakan kepada diri sendiri... rupanya... saya pernah berdoa...
... saya mintak supaya Allah bagi kefahaman Islam...
... saya mintak supaya Allah tunjukkan betul-betul macam mana Islam yang sebenar...
... saya mintak dengan Allah kalau ada perjuangan Islam yang lebih bagus dan sebenarnya betul, berbanding PAS, tunjukkan...

Maka bila Allah dah turunkan seruanNya untuk menegakkan Islam, wajib untuk saya sahut.

Boleh je kalau tak nak sahut, sebab saya berada pada jalan yang bercabang dua. Pilihan saya akan diminta pertanggungjawaban di akhirat. Allah bagi saya rasa dulu adanya kehidupan akhirat. Saya boleh pilih, untuk ignore dan buat senyap atau untuk bangkit menegakkan Islam, meskipun saya hanyalah seorang manusia biasa. Mak ayah pun biasa je kot. Bukannya bapak I baik dengan menteri mana-mana. Bukan wakil rakyat pun.

Sakit.
(Dan kadang-kadang saya rasa macam nak kahwin je sebab nak ada orang yang boleh support saya, dan saya boleh support dia balik.) (Pulak dah. Susah nak cakap pasal tu, Dr.) (Ahah ye la sangat kan.) ( Kahwin sebab apa? Nak ada orang support? Habih tu mana kebergantungan dengan Allah?) (Oh, ye lah.) (Niat kahwin mau betul maa) (Iyer...) (Kahwin mesti la sebab nak ramaikan umat Islam, umat Nabi SAW)

Sampaikanlah walau satu ayat.

Kalau Nabi pun pilih untuk buat senyap je dulu, maka hari ini kita semua bukan umat Islam.

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment