Wednesday, November 28, 2012

Good Friend. Chingu. Sadiqi al-Qarib. Kawan Rapat.

Bismillah. Salam alaik.

Ditujukan khas kepada teman saya di Bogor Indonesia hehehe... she requests me this type of entry.

(Sebenarnya kat tajuk tu, part yang bunyi arab sikit tu saya tak tahu betul ke tidak.hehe ni lah akibat belajar bahasa arab tak habih)

A good friend brings subjective definitions. Macam-macam definisi yang orang tuliskan untuk perkataan ni. Tapi sebagai orang Islam, saya rasa dan pada saya, kawan baik/good friend ni maksudnya seorang yang rapat dengan kita, banyak tahu tentang kita, tak akan biarkan kita lakukan kesalahan dan dosa kepada Allah, takkan bercakap benda yang tak baik tentang kita di belakang atau di depan, tak memfitnah, tahu berterima kasih, menjaga rahsia dan takkan menyembunyikan apa yang buruk tentang kita, instead dia akan tegur kita bila kita buat salah. Dan kawan baik juga takkan percaya bulat-bulat apa yang kita hujahkan (terutamanya bila masuk bab syariat) melainkan dia dah kaji segala yang kita cakap.

Sesungguhnya Rasulullah saw dikelilingi para sahabat yang banyak membantu baginda dalam medan dakwah. Itulah juga yang saya harapkan.

Meh sini nak cerita sikit: kawan baik tak semestinya akan selalu ada di tepi kita setiap masa dan ketika 24 jam berkepit tak renggang. Kenapa macam tu? Bukan ke patutnya kawan baik kena ada bersama-sama setiap masa?

Sebab frasa 'kawan baik' itu membawa maksud lebih dari seorang manusia. Maka setiap manusia ni berbeza. Saya takkan sama dengan kawan baik saya. Kita ada matlamat berbeza pada setiap hari yang harus dicapai. Hari ini saya mesti datang kuliah dan lepas kuliah saya kena pergi kedai untuk beli Norton antivirus (contoh) dan kemudian pergi ke rumah adik usrah saya untuk menunaikan tanggungjawab dakwah saya. Manakala dia pulak kena pergi ke kuliah kemudian ke kelas mengaji dan kemudian study group dan kemudian mesyuarat persatuan. Kan ada bezanya tu?

Sebab tu kawan baik ni bukan orang yang selalu ada di sisi kita.

Apa yang mengikat dua orang (atau lebih) itu bersama? Si Minah dan Si Siti boleh berkawan baik disebabkan minat yang sama dan selari, contohnya terhadap abang-abang kpop. Si Timah dan Si Esah pulak berkawan baik sebab diorang sama-sama kuat study dan boleh study sama-sama. Tapi tak mustahil kalau Si Timah bergaduh besar dengan Si Esah sebab Si Esah tiba-tiba tak dapat nak join Timah study sama-sama sebab Esah kena pergi mesyuarat lembaga disiplin pelajar (eheh ldp pulak apa ni..) jadi Timah mungkin menganggap Esah tidak mementingkan dia lagi, hanya mementingkan mesyuarat itu. Dan Minah dan Siti mungkin boleh bergaduh secara tiba-tiba apabila pada satu hari Siti dah tak minat oppa-oppa kpop akibat jatuh cinta pada ostad-ostad nasyid pulak.

Ikatan yang benar-benar akan menjadi ikatan yang kukuh antara dua manusia yang berkawan baik ialah ikatan akidah Mereka mencintai kerana akidah yang dipegang oleh diri masing-masing. Selagi akidah yang dipegang oleh Si Tijah itu betul dan selari dengan kehendak syariat, maka si Dibah itu akan terus mencintai Tijah kerana akidah. Tapi kalau akidah Tijah itu terpesong, dan sebelum Dibah itu membenci pegangan Tijah maka wajib bagi Dibah untuk tarik balik Tijah kepada akidah yang betul.

Kawan yang baik takkan ajak kepada mengumpat. Fitnah pun tidak. Dia akan mengajak kepada yang baik-baik.

Dan dari satu aspek lain jugak, apabila kedua-dua orang itu bersikap matang dalam bersahabat, jadilah mereka orang yang bersahabat baik. InsyaAllah.


feel like this is sooo true at all levels

Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah. Kejar redha Allah. Fikir macam mana nak berkawan dengan seseorang itu untuk kejar redha Allah. Dengan berkawan dengan si polan ini adakah aku akan dapat redha Allah?

Baru terjadi kepada diri saya yang kerdil ni, ketika ada seorang yang agak rapat dengan saya mula renggang dari saya. Fasa pertama; saya sedih. Tapi  tak sampai menangis pun haha... Fasa kedua, saya cuba selesaikan masalah dengan dia. Fasa ketiga: I think it is not gonna be solved unless the chingu is matured to think about it.

Dalam berkawan baik dengan sesetengah orang, kita tak perlu menjadi seperti apa yang dia mahu. Kita kena jadi diri kita sendiri berdasarkan petunjuk dari Allah. Jangan diharap redha manusia lain, hidup ini adalah untuk kejar redha Allah. 

Kita tak boleh ubah orang untuk jadi lebih baik.  Tapi kita boleh ubah diri kita untuk jadi lebih baik.


kawan baik~ tak kira umur, tak kira rupa. yang penting: akidah yang mengikat kita =)

Tuesday, November 27, 2012

Diusik

Bismillah. Salam alaik.

Hati terusik, hanya mahu senyum apabila menyedari bahawa Allah mengurniakan sesuatu kepada saya yang kebanyakan orang tak dapat. Maka betullah, Islam itu dikurniakan kepada orang yang berfikir. Alhamdulillah, Allah kurniakan abah dan umi anak yang berfikir, dan Allah jadikan abah orang yang berfikir. Alfu syukr.

Semalam pun terusik jugak bila cerita lama datang mengusik balik. Dan ketika itu saya hanya senyum tanpa mengiyakan atau menidakkan. Sebab kalau nak buat dono je tak sesuai pada usia. Dah 20 tahun kan. Nak di-dono-kan apanya. Bukannya usia saya 18 tahun.

Ramai orang sebut "Awak sila la cepat kahwin."

Dan kata saya?

Siapa yang tak nak... tapi masih dalam pencarian untuk orang yang benar-benar kenal jalan Islam macam mana, orang yang Islam dengan berfikir, beriman dengan akal, bukan perasaan semata-mata- itu agak sukar tapi insyaAllah Allah akan bukakan jalannya. Keep cool and teruskan dakwah!

Tuesday, November 20, 2012

Heartless? No, I am Matured.

Bismillah. Salam 'alaik.

Abah selalu pesan, kita ni kalau kena ejek dengan orang, mesti orang nak tengok kita marah ke tidak.
Masa sekolah-sekolah dulu, kalau kawan-kawan ejek, dan ejekan itu berhasil, yang tukang ejek tu suka sangat la kalau kita marah. Dan mereka akan berhenti mengejek bila kita tak ada reaksi.

Perumpamaannya macam ni: bulu burung yang dipukul oleh kayu besbol dengan berjuta-juta Newton (force) pun, takkan pergi jauh, dan takkan bergerak pun dari kedudukan asalnya. Tapi kalau bola besbol tu sendiri kena pukul dengan force yang sama, bola tu akan pergi jauh ke sanaaaa... nunnnn. Itu yang orang nak tengok, bola pergi jauh.

Rupanya formula tu merupakan aplikasi dalam seluruh kehidupan. Alhamdulillah, Allah bagi ilmu pada abah untuk diwariskan kepada anak-anak abah. =)

Dah merasainya pun. Baru sedar nikmat Allah bagi.

Allah bagi nikmat menjadi dewasa dalam pemikiran.
Allah bagi akal yang matang.
Allah bagi perasaan yang stabil. Kalau dikira ikut valence electron, saya punya yang kat luar tu semua cukup. Octet!

Alhamdulillah.

Sesungguhnya nikmat yang Allah bagi tu banyak, tapi sedikit sekali manusia bersyukur.

Bahagianya bila Allah ada bersama dengan kita. =)

Tak Tunggu Quran Habis Turun Dulu

Bismillah. Salam alaik.

Ada orang selalu cakap... macam ni...

Belajar agama tak setara mana lagi engkau dah nak menyalak kuat mengalahkan ostad-ostad...

Baiklah. Bagi saya belajar agama ni bukanlah untuk digelar ustaz atau ustazah, atau mendapat pengiktirafan mana-mana manusia pun. Perlu dibetulkan istilah "belajar agama" tu. Sebenarnya ia patut disebut sebagai, "Belajar Islam". Sebab bila kita belajar tentang ideologi Islam yang sebenarnya ni, kita tengah bersedia untuk mati dalam keadaan beriman dan untuk mendapat redha Allah. Buatlah pahala banyak mana pun, kalau Allah tak redha takkan masuk syurga. Buatlah kejahatan berguni-guni pun, kalau Allah redha, maka akan dimasukkan manusia itu ke dalam syurga.

Back to the topic.

Saya sendiri pernah kena macam tu.

Then... cuba tengok ke belakang balik.

Abu Bakar as-Siddiq, lepas dapat syahadah, selepas diberitahu oleh Rasulullah saw tentang Islam, adakah beliau tunggu dulu Quran turun habis? Tunggu hadis tu siap diriwayatkan dulu ke?

Tak kan...

So, kepada mak cik-mak cik, pak cik-pak cik... yang sibuk sound orang tu, kena ingat. Abu Bakar as-Siddiq lepas dapat syahadah je terus bawak Uthman jumpa Rasulullah untuk syahadah. Terus berdakwah, bukannya bertangguh.

Masalah berlaku apabila manusia tidak menyampaikan walau satu ayat. Lebih bermasalah apabila manusia memanupulasikan ayat-ayat.

Monday, November 19, 2012

Tadarruj. Lagi?

Bismillah. Salam 'alaik.

Cerita pasal Gaza lagi. Rasanya cerita ni bermusim. Bila seorang mula cerita di facebook, dan yang lain mengikut, dan yang lain mengikut maka ia mencipta energy panas sekejap

Ada je friend (tak kenal pun) yang cakap kat Facebook, maksud dia lebih kurang macam ni la: Saya harap wave ni akan kekal at least 5 bulan.



Apakahh??

Shouldn't the spirit remains in our soul sampai mati? Perjuangan tu bukan sebab Islam ke?

Okay. Terbaru dalam Facebook jugak, disebarkan meluas oleh mereka yang menyokong penentangan terhadap pengeboman di Gaza: Morsi cakap kalau Israel tak stop serang/bom Gaza maka diorang akan menghadapi kemarahan rakyat Mesir.

-.-'

Heyy. Pada satu ketika dulu, hanya kerana seorang wanita Islam yang tudungnya diselak, Khalifah lancarkan jihad ke atas orang yang melakukannya.

Ini pembunuhan kot!

Bunyinya dah seolah-olah kerajaan berselindung di sebalik rakyat pun ada. Kenapa nak marah je? Sepatutnya sebagai orang Islam yang berkuasa, pemimpin-pemimpin ni kena bertindak, bukannya sedap berbicara. Okay fine, apa masuk bertindak tu?

JIHAD AKBAR.

 Ibn Majah mengeluarkan dari Abdullah bin Umar, ia berkata, 

“Aku melihat Rasulullah SAW  tawaf mengelilingi Kaabah dan baginda bersabda, ‘Alangkah indahnya kamu, alangkah harumnya aromamu dan alangkah agungnya kehormatanmu, demi Zat yang jiwa Muhammad ada di genggaman kedua tanganNya, sungguh kehormatan seorang mukmin lebih agung di sisi Allah dari kehormatanmu, begitu juga dengan harta dan darahnya…”


Tapi apa yang pemimpin-pemimpin ni buat?


Hanya berkata-kata dan tidak ada pun perjuangan melawan musuh-musuh Islam ni. Hanya mengharapkan PBB bertindak sedangkan PBB tu badan yang dilahirkan dari sistem kapitalism dan demokrasi yang mendengar suara majoriti. Siapa yang majoriti tu? Dah semestinya la kapitalis-kapitalis yang menolak Islam.



Sangat penat. Kenapa bertangguh? Kalau diikutkan janji mereka sepatutnya dah terjadi Daulah Islam. 

Tapi...

Huihh. Kenapa bertadarruj? Melaksanakan syariat secara berperingkat? Sedangkan umat Islam masih ditindas dan mengharapkan bantuan? 

Khilafah je yang boleh jadi jawapan, insyaAllah. Itu janji Allah.



Sunday, November 18, 2012

Lepas Pujuk, Allah Tegur

Bismillah. Salam alaik.

Alhamdulillah Sakit. Tapi biarlah kali ini ia menjadi yang terakhir untuk saya.

Friday, November 16, 2012

Allah Pujuk =)

Bismillah. Salam alaikum.

Sedih dan emo-emo semalam kan. Lepas tu teringat pesan Abang Azizi dengan Kak Yah (appa and omma). Diorang cakap kalau kita kena bantai, sedih dan nak marah, kena ingat kita panas hati tu sebab apa? Sebab diri kita yang dihina ke, Rasulullah, Allah dan Islam yang dihina? Kalau sebab diri sendiri tader guna kita emo-emo.

Tapi dah namanya saya ini manusia biasa pada kejadiannya dan jugak saya seorang perempuan, meskipun mendapat gelaran sembil tapi saya tetap punya perasaan.

Lepas tu saya pun ikut cakap appa ngan omma, gi wudhuk

Bukak Quran, terjumpa ini:

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."

[Al-Nahl:119]

Alhamdulillah. =)

Teguran. It Chews My Heart.

Bismillah. Salam 'alaik.

Ujian kepada diri sendiri. Alhamdulillah Allah sayang.

Saya sedar, sejak datang belajar ke Mesir Allah bagi banyak peluang dan teguran yang membina diri saya sendiri. Direct or indirect. Kalau nak ingat waktu muda-muda dulu, when i wasn't even 18 coming to Egypt, saya seperti seorang kanak-kanak yang akan selalu mengiakan apa sahaja berita yang saya dengar. Tanpa bertanya kepada yang berhak, terus percaya kepada sesiapa yang saya rasa baik walaupun dia sebenarnya seperti jerung yang menunggu kembung masuk ke dalam mulut.

Tak matang sangat. Kena marah dengan kawan-kawan sebab ketidakmatangan melampau.

Saya tahu masa umur saya 18 tahun saya ada banyak teori tentang manusia tapi gagal untuk melaksanakannya. Allah bagi saya praktikal demi praktikal, banyak sangat. Ada yang berpunca daripada masalah dengan diri sendiri dan melibatkan orang lain, tak kurang jugak ada yang disebabkan oleh orang lain dan affect diri saya sendiri. Semuanya untuk saya apply benda-benda tu kepada diri sendiri dan untuk membolehkan saya bergaul dengan orang lain.

Saya sedar saya telah cuba memperbaiki diri saya sendiri. Saya banyak berubah dengan drastik.

Sebab apa saya berubah dengan drastik?

Saya percaya saya takkan melakukan perubahan kalau saya tak yakin dengan sebab yang saya jadikan dasar untuk berubah. Banyak dasar yang saya dah implemen sejak muda sampai tua. (Oh I am really twenty)

Saya percaya saya harus diberi penjelasan kenapa saya bertindak seperti ini. Dan saya percaya, seseorang tu walaupun dia amat buruk pada awalnya, tak bermakna dia akan menjadi orang yang paling buruk selamanya. Itu mungkin di sisi manusia, apa kata Allah? Betulkah kita yang mengkritik ni benar-benar menjalankan tugas sebagai manusia? Apa tujuan kita diciptakan?

Tell me I am immatured or what. Dalam hati mungkin berkata saya agak terguris dengan pandangan serong sesetengah orang terhadap saya hanya kerana ketidakmatangan saya dalam sesetengah aspek saya akan terus dianggap hodoh secara keseluruhannya. Tapi jika semua ini benar-benar kerana Allah, insyaAllah saya akan tetap teguh.

Wednesday, November 14, 2012

Pembebasan Umat Islam yang Dibatasi Kemerosotan Pemikiran

Bismillah. Assalamualaikum.

Dah tahun 1434H dah. Tell me hijrah means changing into a better person... bla... bla...

But real definition is: Hijrah ialah perpindahan orang-orang Islam dari darul kufur (Mekah) ke darul Islam (Madinah).

Seems like the real definition is being forgotten.

Dan ramai orang update di Facebook, menyatakan bersalahnya mereka kerana masih bersenang-lenang hari ini sedangkan saudara seIslam mereka di Palestin tengah kena bom dan berjihad bermati-matian. Dan mereka menyeru diri sendiri dan semua orang untuk berusaha membebaskan Palestin dan wilayah-wilayah terdera.

Persoalannya: bagaimana?

Macam mana nak bebaskan wilayah-wilayah terdera tu daripada kekejaman manusia?

Sesungguhnya saya tak nampak jalan lain melainkan wujudnya sebuah kuasa yang lagi besar untuk mengalahkan kuasa-kuasa kejam itu. Memang Allah boleh buat kalau dia nak matikan terus semua penjahat-penjahat yang membunuh orang Islam. Tapi Allah suruh kita berusaha, kan?

What is the power?

Khalifah.

Yang tidak akan berjaya dibina melalui pemikiran dan ideologi kafir. Yang tak akan berjaya dibina dengan jalan demokrasi. Yang tak akan berjaya dibina hanya dengan kukuhnya ukhuwwah umat Islam.

Selagi pemikiran orang Islam tak dibina atas dasar akidah.

Kenapa mereka berkata kafir terlaknat itu akan kalah sekiranya jumlah orang yang berjemaah di masjid untuk solat Subuh sama dengan jumlah makmum ketika solat Jumaat?

Hakikatnya kenyataan itu bukan sekadar jumlah orang yang datang berjemaah. Untuk bangun solat Subuh memang betul-betul kena jihad dengan diri sendiri yang masih lena dalam selimut. Kalau tak ada gesaan yang memaksa lelaki-lelaki Islam ke masjid untuk solat Subuh berjemaah, macam mana nak bangun? Dan gesaan itu sendiri, gesaan apa? Gesaan dari dalam diri sendiri? Mungkin. Tapi tak ramai yang akan memiliki naluri untuk menggesa diri sendiri untuk solat Subuh di masjid.

Masjid akan penuh ketika waktu Subuh untuk solat jemaah apabila adanya Khalifah. Sebabnya, satu masa dulu, lelaki yang tak keluar ke masjid untuk solat Subuh akan dibakar rumahnya. Rasulullah did this.

Dan bukan sekadar gesaan wajib itu saja. Kalau sekadar dipaksa, memang akan rasa susah gila Islam ni.

Untuk merasakan senang melaksanakan kewajipan, diri sendiri perlu dimantapkan dengan akidah. Kena tahu tujuan manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah sahaja. Dengan akidah mantap, baru ada kerelaan untuk buat apa sahaja kerana Allah, termasuklah mati.

Tuesday, November 13, 2012

Clearance of Accusation: Belong to Allah.

Bismillah. Assalamualaikum.

Maka mata ini sudah pun nampak kewujudan orang-orang beridentitikan ustazah yang sebenarnya menyebar fitnah, menabur benih kebencian manusia lain kepada manusia tertentu.

Sesungguhnya dalam dunia sekarang ni, manusia memang tak nampak dosa fitnah tu sebagai ancaman. Mungkin sebab Allah tutup hati. Mungkin sebab pemikiran umat Islam yang merosot. Entah, tak tahu sebabnya kenapa tapi yang pasti, manusia yang beragama Islam hari ni ramai sangat yang suka mengumpat dan memfitnah.

Talking about accusation:

At first, if I were to be accused by someone, logically I would feel down, depressed, anger dan semua benda negatif tu akan datang. Dan kita akan rasa untuk cakap dengan semua orang yang kita tak bersalah. But, do you believe that no one would believe your says? Kalau ada pun sorang out of 20 persons kot

Kita memang tak panggil fitnah itu datang, tapi bila cerita direka dan mula tersebar, maka bertubi-tubi kebencian manusia akan datang. Memang tak ramai yang akan selidik dulu kebenaran berita yang didengari. Majoriti manusia akan terus percaya apa yang dia degar, nak-nak, berita yang hot nye.

Kan?

Berdasarkan pengalaman (orang yang rapat dengan saya) kita memang takkan mampu buat orang lain percayakan kita yang innocent ni. They would love isu sensasi more than the truth.

Macam mana nak clear up nama kita yang dah dikaburi dengan fitnah tu?

Percaya kepada Allah. Sebab by time, Allah akan bagi kita nikmat dan buat orang lain fikir, betul ke kita buat benda maksiat, benda jahat benda tak baik tu dulu? Sebab bila Allah nak clear kan nama kita, Allah akan clear kan. Selagi mana kita bergantung kepada Allah. No need to see bomoh pawang dukun etc.


Friday, November 9, 2012

Make My Last Word 'The Syahadah'?

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaik.

Baca tajuk lagi sekali.
Make my last word the syahadah?

Tahu kan syahadah tu yang macam mana? Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah.

Baru nampak orang share ayat kat atas tu kat Facebook tadi.

Sekali baca memang nampak macam cantekk...

Tapi kan... cuba fikir. Kita nak sebut syahadah tu sebelum mati je ke?
Habis tu masa tengah hidup dengan nikmat yang Allah bagi ni nak sebut apa? Nak agungkan slogan-slogan 'perjuangan Islam' yang tak dapat difahami tu ke?

As muslims, kita kena penuhi tujuan hidup kita iaitu untuk beribadat kepada Allah. Allah turunkan manusia ke muka bumi untuk jadi Khalifah kan... untuk apa manusia ni kena sibuk-sibuk jadi Khalifah? Mesti la ada sebab.

Kenapa terjadi Rosyam Nor yang boleh mempermainkan isu sentuh-sentuh lelaki perempuan? Kenapa boleh jadi ada ulama' yang menghalalkan riba' sebanyak 0.001% hari ini? Kenapa anak-anak perempuan dah berani berzina dan buang anak lagi?

Sebab syariat Allah tak ditegakkan. Bila syariat tak ditegakkan maka tunggang langgang la bumi ni. Sebab tu jugak banyak penyakit datang kepada manusia. AIDS dan HIV macam dah common sangat bunyinya sekarang ni.

The answer is only Khalifah.

Dan masih sempat ke kita nak perjuangkan matlamat-matlamat partial (yang tak dapat memfokuskan perjuangan Islam sebenar) dengan slogan-slogan yang hanya dilaungkan sebagai retorik tu?

Thursday, November 8, 2012

Rajuk Hati yang Dibawanya Takkan Sampai ke Puncak Bahagia

Bismillah.
Salam alaik.

Heh. Tajukkkk.... tapi betullah tu. Siapa merajuk dia yang rugi. Siapa bermasam muka dia yang rugi. Kenapa?

Sebab dia telah menolak orang sekeliling dia untuk mendekati dia. Mana dia tahu ada antara mereka itu yang akan dijadikan asbab untuk dia dapat ilmu dari Allah?

Maka oleh itu, kalau kecil hati, belajarlah bersabar, atau kalau perlu menuntut hak anda, bersuaralah dengan professional (bukan hentam kat facebook) atau bukan dengan bermasam muka.

Masam muka ni akan mencalarkan hati orang yang melihat muka masam tu.

Kalau merajuk apa yang kita dapat?

Sakit je lebih. Hormone stress semua datang jadi banyak penyakit datang. (Heyy ini medically proved okay? Nak cerita satu-satu panjang pulak)

Merajuk juga akan menghilangkan seri wajah anda. Lebih-lebih lagi pada usia awal 20-an ini. Jangan masamkan muka kalau nak cari bakal suami.

Mungkin jugak merajuk dapat menyedarkan seseorang tentang kesalahan dia, tapi bukan semua orang boleh dapat kesedaran dengan merajuknya anda. Cuba fikir, kalau luah betul-betul dan bagitahu mana salah orang itu, kat mana nak kena baiki, maka dia pun sendiri akan dapat sedar dengan baiknya, tanpa perlu bergaduh dan bercakaran seperti kucing dengan kucing, mengelakkan perbalahan gengster Kampung Nibong dan Kampung Losong. (Omma ingat keropok lekor)


Wednesday, November 7, 2012

InsyaAllah I Don't Lose It.

Bismillah.
Assalamualaikum.

I lost my kitab. And my another paper.
Kat kedai. Boleh tak?
Sibuk beli Borio (Edisi Oreo Mesir ciplak yang tak ada la sedap sangat sampai saya patut tinggalkan benda tu kat situ) sampai tak hengat benda yang ada kat tangan.

Ya Allah dosa apa ini....

Ya Allah please protect me and the book.

Protect us Ya Allah.

Okay bunyi dia macam tengah hilang diari yang tertulis kat situ...

Dear Miss Diary, my photoreceptors see my crush, and I started to have tachycardia and mucosal layer of my bronchiole began to contract, dopamine could never overcome acetylcholine of my skeletal muscle, my hippocampus began to erase all bytes, my basal ganglia....

Erkk. Not that. I am not 18 anymore. Today I am 20 years old. Buat apa nak tulis cerita itu? And kenapa nak ada diary?

Bukan diary.

Kalau iye pun diary, it is a diary of a Muslim telling how I should be a real Muslim.(ah)

Saturday, November 3, 2012

Abah. Abang. Kakak.

Bismillah. Assalamualaikum.

Erks, women do have arguments, sometimes. Call them childish or what... women are emotional haha.

Me too.

And as a professional, you shouldn't react negatively, or do the same to those who hurt you badly.
Abah yang kata macam tu.
Abang Azizi pun kata macam tu.
Kak Yah pun kata macam tu.

(Eheh tiba-tiba nama abang dan kakak jadi lain haha. Ini abang ipar dan kakak angkat. Here in Mansoura.)

Thinking about it again, I feel very bad to do that. Duk sibuk kata kat orang meremehkan manusia lain, tanpa sedar I was reacting the same.

Sigh.

Ada hikmah. So that the person learns, maybe. To make her grow.
And to make me grow too.

Sebab it happens to the extent that makes me annoyed and tired. Enough. I think that's why I do that.

Miane, chingu.

Meremehkan Manusia Lain. Bukan Pilihan.

Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sifat sombong... 
Bismillah. Assalamualaikum..

Quote kat atas tu hadis. HR Muslim. Ada sambungan.

... kemudian seseorang berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus." Kemudian Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan. (dan yang dimaksudkan dengan sombong itu) ialah menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain."
[Abdullah bin Mas'ud] [HR Muslim]

Memang manusia banyak ragam. Allah turunkan mereka supaya semua orang belajar.

Yang matang.
Tak kurang yang macam budak.
Yang baik. Yang jahat.
Yang berdiri sendiri. Yang bergantung dengan manusia lain.
Yang periang. Yang sedih.
Yang sentiasa peduli. Yang meremehkan manusia lain.

Penat melayan pole negative orang.
Sebab kita suka pole positive.
Pole negative sedut banyak tenaga.

Jangan remehkan kehadiran manusia lain dalam hidup.
Tak masuk syurga nanti. Nabi saw dah cakap.

without knowing why, the reactor just exploded.
without knowing if i have ignited it on purpose or not.

Membuatkan saya lebih malas nak melayan.
I wouldn't know the problem as long as there's no muhsabah.
How am I going to do the muhasabah if I don't know the cause?

Marah bukan pilihan untuk menyedarkan manusia lain.

 

Thursday, November 1, 2012

Peragut yang Kejam, Perempuan yang Lalai

Bismillah.
Salam alaik.

Haiyooo...

Mansurah ad-Daqahliyyah (specific coordinate: Istad Gamaah, dan kawasan budak-budak melayu tinggal) digemparkan lagi dengan kes ragut yang makin berleluasa.

Ragut, raba... apa lagi.

Sekarang ni orang Arab Mesir ni dah makin suka amik kesempatan ke atas perempuan melayu.

Dah kena susah nak kejar balik arab-arab tu. Kalau dapat pun, memang tak terdaya pun kita nak melawan.

Jadi, kita sebagai perempuan ni:

  • tak payah bawak beg kalau nak keluar sebab beg ni bagi impression "orang kaya" kepada lelaki-lelaki arab mesir ni. pakai selit je galaxy dan iphone itu dalam poket. kalau nak bawak ipad atau tablet masukkan aje dalam plastik yang nampak macam plastik sampah kan...
  • jangan pakai jangok sangat. kalau melaram ngalahkan mak limah nak pergi kenduri kahwin orang memang la arab geram.
  • keluar bermusyrif. tapi yang ini saya pun agak nak marah jugak kat ikhwah-ikhwah yang ada kat sini.
      • sebab ramai lelaki bila kitorang yang perempuan ni mintak jadi musyrif, selalu sangat buat excuses.
      • contohnya, macam hari tu, saya nak balik rumah dari rumah Abg Azizi ngan Kak Yah. Saya tak ada kredit nak call sesiapa so saya mintak tolong Abg Azizi yang call seorang ni. Mula-mula abang tu tanya tengah buat apa, dia kata tak ada buat apa. Bila cakap je nak suruh musyrifkan si Nabihah ni balik rumah, tiba-tiba dia kena jaga lembu pulak. (malam raya haji kan). Dan bukan dia tu sorang je la. Ramai lagi. 
      • sebab tu perempuan-perempuan suka keluar sendiri je malam-malam, tak payah musyrif-musyrif. Kitorang tanak menyusahkan musyrif, dan tak nak penatkan diri sakitkan hati bila lelaki tak nak jadi musyrif
oke itu saja. tengs bai.