Tuesday, November 27, 2012

Diusik

Bismillah. Salam alaik.

Hati terusik, hanya mahu senyum apabila menyedari bahawa Allah mengurniakan sesuatu kepada saya yang kebanyakan orang tak dapat. Maka betullah, Islam itu dikurniakan kepada orang yang berfikir. Alhamdulillah, Allah kurniakan abah dan umi anak yang berfikir, dan Allah jadikan abah orang yang berfikir. Alfu syukr.

Semalam pun terusik jugak bila cerita lama datang mengusik balik. Dan ketika itu saya hanya senyum tanpa mengiyakan atau menidakkan. Sebab kalau nak buat dono je tak sesuai pada usia. Dah 20 tahun kan. Nak di-dono-kan apanya. Bukannya usia saya 18 tahun.

Ramai orang sebut "Awak sila la cepat kahwin."

Dan kata saya?

Siapa yang tak nak... tapi masih dalam pencarian untuk orang yang benar-benar kenal jalan Islam macam mana, orang yang Islam dengan berfikir, beriman dengan akal, bukan perasaan semata-mata- itu agak sukar tapi insyaAllah Allah akan bukakan jalannya. Keep cool and teruskan dakwah!

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment