Thursday, January 10, 2013

Apa Maksud Kahwin Zaman Sekarang?

Bismillah. Assalamualaikum.

Tidak mahu cakap banyak.

magnified sendiri hehe

So, perkahwinan pada zaman sekarang tak semudah zaman dulu. Get married is really no play-play ah sebab tu jangan disusahkan. 

Hemm... kapitalis ni lintah darat lintah air lintah angin sume. Habis semua benda nak sedut tak do apo eh tinggal. That's why we need a system that doesn't burden us. Nilai RM10 sekarang ni, boleh survive tak sampai setengah hari pun. Nak kos hidup murah kena duduk dekat ceruk hutan baru la dapat hidup tak keluar duit laju-laju. Itu pu, you'll have no internet acces, menjadi katak di bawah tempurung lah. Tak lama kemudian ceruk hutan tu pun kena gangguan hantu-hantu bulldozer (atau bloza kata budak-budak) lori tanah lori pasir... mesin penebang pokok... pum pam pum pam lama-lama dah tak de dah tempat tu. Pokok-pokok kena tebang kena lenyet jadi la bandar tertentu yang pastinya melihat duit sebagai mangsa utama. 

Lepas tu sibuklah 'badan-badan berwajib' sekalian nak restore hutan lah, nak buat hutan simpanlah... buat serabut dan botak kepala memikirkan cara-caranya untuk mengembalikan kelestarian alam sekitar. Cakap banyak. Kalau tak ada kapitalis ni, tak adanya kena fikir nak restore hutan-hutan, jaga rimau dalam hutan tak nak bagi pupus, tenangkan gajah jangan masuk kampung orang... do you know why? Ekosistem terganggu sebab ketamakan kapitalis-kapitalis ini untuk dapatkan sumber alam dan invent macam-macam benda-benda  dan jual secara mahal. 

Kalau ada sistem Khilafah, semua orang hidup sekadar yang cukup tidak berlebih-lebih. Termasuk Khalifah. Tak ada la macam zaman sekarang pemerintah mesti kena jadi kaya gila, maka rakyat tak boleh hidup senang macam pemerintah. 

Orang nak kahwin, tak de duit? Boleh kahwin tak de masalah sebab baitulmal boleh bagi duit. Sekarang ni kalau nak kahwin kena buat loan dulu baru dapat kahwin sebab kalau nak kahwin sekarang kena lengkap dengan majlis akad nikah satu, kenduri satu, sebelah sana pulak nak sambut menantu bagai (ingatkan menantu nak jatuh kena sambut-sambut hehe), lepas tu kalau yang advanced tu ada reception belah perempuan, reception belah lelaki... kejap... reception tu apa sebenarnya? Sama ke dengan bersanding? Hah bersanding pulak... setiap majlis mau pakai photographer best-best... buat indoor la, outdoor la... dah macam bersukan pulak ye kahwin ni. Pakaian setiap kali majlis maunya mengalahkan costume teater Siti di Alam Fantasi (siapa ingat cerita ni haha... sesumpah!) 

Okey panjang sangat. Tapi semua nak keluarkan duit. Pendek kata kalau nak jimat duit buat sireh junjung, bunga telur, tumbang lembu untuk kenduri: silalah bela ayam banyak-banyak, tanam pokok sireh sendiri belakang rumah, bela lembu sendiri. Itupun belum jimat. 

Kalau kahwin tu hanya perlu akad nikah je (memang pun, dah sah kan?) senang kan... ni buat loan sebab nak kahwin, dah habis majlis kahwin dan segala kenduri-kendaranya maka lepas tu pokai. Nak bagi makan bini macam mana la...

Ya Allah, bahagianya kalau ada Khilafah... semua orang hidup sederhana. Tak ada yang melebih-lebih sebab matlamat hidup masa tu hanyalah keredhaan Allah. Akidah pada masa tu bukan manfaat, (ye zaman sekarang ni semua orang tengok manfaat, contoh: kerja mesti mau tengok gaji berapa, kan?) tapi keredhaan Allah. Mana ada zaman selain zaman masa ada Khilafah orang kaya pada malam hari raya tolong bayarkan hutang untuk orang-orang miskin? Orang kaya pergi ke kedai dan tanya tuan kedai berapa banyak hutang yang belum beres tanpa mengira siapakah yang berhutang itu, dan tolong bayar. Dapat pahala, menyelesaikan benda wajib. Sekarang ni under kapitalis ni ada ke orang yang nak buat macam tu? Yang kaya pejam mata hidup di sekeliling duit.

Okey lah. Sejuk sangat ni.

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment