Tuesday, January 1, 2013

Majoriti vs Minoriti



Assalamualaikum.

Tanpa sedar, masih terlalu ramai yang tidak sepenuhnya mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Apa yang menjadi punca masalah kegagalam penerapan Islam secara sepenuhnya ke dalam hidup kita ialah masalah pemikiran orang Islam.

Ramai yang menyangka, dengan mengikut/masuk/join jemaah yang paling ramai orang di dalamnya merupakan jalan yang benar untuk berdakwah dan menegakkan Islam. Ramai yang suruh saya ikut majoriti. Hadeh la...

Jangan dipandang ramai tak ramai orang dalam jemaah tu. Kalau ramai pun tak dapat memahami Islam yang sebenar, nak buat apa? Islam tak dibawa dengan ramainya umat. Tapi dengan pemikiran dik oi. Rasulullah berdakwah berbelas tahun, adakah selama berbelas tahun pengikut Rasulullah mencecah ribuan orang? Tak kan?

Sebab itulah KUALITI lebih penting dari KUANTITI.

Okey. Kalau jemaah tu ada ramai gila orang, dan setiap orang dalam jemaah tu faham Islam dengan sebenar-benarnya, itu lebih bagus sangat amat.

Majoriti orang Islam tak tahu mereka telah ditipu oleh ulama'.  Memang ulama' ni pewaris Nabi. Tapi kita kena tengok dengan hati-hati jugak, refer pada sumber rujukan pertama dulu, iaitu al-Quran dan kedua, as-Sunnah sebelum menerima pendapat ulama'. Jangan bertaklid buta. Telan saja apa yang ulama' bilang, sebarkan dan amalkan tanpa selidik.


0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment