Wednesday, May 8, 2013

Angkat Senjata, Tolak Ulama - Oh Kami Ke?

Assalamualaikum.

Ehmm. Ada yang menganggap dan mengatakan kami ni berjuang menegakkan Islam dengan mengangkat senjata dan peperangan.

Hadui. Saya tak pernah masuk kem tentera atau latihan menembak dengan menggunakan mana-mana senjata pun lagi. Jangankan M16, lastik burung pun saya tak reti guna.

Kalau diteliti sirah Rasulullah saw, mana ada peperangan umat Islam berlaku sebelum tertegaknya daulah Islam?

Hari ini kami berjuang dengan thariqah Rasulullah saw. Hari ini tidak ada daulah Islam, tidak ada Khalifah, mana boleh berperang. Yang ada hanyalah orang kafir yang menyerang umat Islam dan umat Islam tidak ada pembela.

Siapa yang boleh membela umat Islam sekarang?

Demokrasi? Demokrasi tidak akan pernah berjaya establish negara Islam. Tidak pernah terbukti dalam sejarah.

Tapi kalau dengan thariqah Rasulullah, ya. Memang telah terbukti.

#Jangan bersangka-sangka, kalau tak pasti tanya.

Ada yang mengatakan kami menolak ulama.

Kami tidak tolak ulama. Sumber rujukan utama umat Islam sepatutnya ialah Al-Quran, Sunnah, Ijma' Sahabat dan Qias.

Kalau qias bertentangan dengan ijma' sahabat, maka qias terbatal. Ijma' sahabat bertentangan dengan Sunnah, maka ia terbatal. Dan seterusnya.

Kenapa kami refer ijma' sahabat bukan ijma' ulama? Sahabat ni orang-orang yang hidup semasa Rasulullah saw ada. Mereka banyak tahu dan lebih arif, berbanding ulama' yang hidup selepas kewafatan Rasulullah saw.

Kami tak tolak ulama. Dalam menerima pendapat seseorang ulama, kami tengok hujahnya. Kalau hujahnya tidak bertentangan dengan 4 sumber utama rujukan umat Islam maka pendapatnya diterima.

Kami tak tolak ulama, tapi kami tak terima pendapat ulama bulat-bulat, walaupun dia famous sekalipun.

Kami pun terima pendapat ulama. Contohnya, Syeikh Taqiyyuddin an-Nabhani, Syeikh Abdul Qadim Zallum, Syeikh Ataa Abu al-Rashtah...

Allah bagi kita akal fikiran untuk membandingkan dan memikirkan. Janganah diterima pendapat ulama kerana kehebatan dan ketokohannya, tapi siasat dulu hujahnya sahih atau tidak...

#Saya tak pernah jumpa dalil sahih yang membenarkan demokrasi

Kalau tak pernah join, jangan berani-berani buat kesimpulan melulu. Bertanyalah dulu.

Sesungguhnya kebenaran itu akan sampai kepada orang yang benar-benar ikhlas mencari kebenaran. Kebenaran itu milik Allah, dan didatangkan oleh Allah, maka mintalah kepada Allah.

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment