Sunday, October 16, 2011

Peringatan Dah Turun...

Assalamualaikum...

Peringatan dah turun...

Ada tak bunyi macam sama sikit dengan ayat ni... "Jemuran dah turun...". Sambungan dari dialog "Ani, angkat hujan..."

Tak de la.

Saja berlawak (tak kelakar pun) sebab nak redakan rasa hati yang cemburu=inferior gila.

Dan tadi terbaca, (sebagai memujuk hati)...


...because if we hook up with ALLAH, ALLAH will hook us back.

Credit tu Kak Liana~A Step Closer to ALLAH~

Dan terbaca lagi...

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادً۬ا يُحِبُّونَہُمۡ كَحُبِّ ٱللَّهِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَشَدُّ حُبًّ۬ا لِّلَّهِ‌ۗ وَلَوۡ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ إِذۡ يَرَوۡنَ ٱلۡعَذَابَ أَنَّ ٱلۡقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعَذَابِ

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka
mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 165)


Tak boleh nak kata apa. Cuma kena tanam dalam hati.

Tak nak menjadikan hati ni macam hangat-hangat sponge kek. Tak nak jadi panas sejuk.

Dan baca lagi, dari Kak Liana jugak...

Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyakkanlah olehmu ISTIGHFAR,
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT,
Apabila kamu ingin wajah berseri dan sejuk mata memandang, perbanyakkanlah SOLAT DHUHA,
Apabila kamu inginkan perlindungan dan kekuatan hati, perbanyakkanlah TAHAJJUD,
Apabila kamu inginkan malaikat mendampinginmu dan mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU'.

Yes. So true. Kita manusia kena diperingatkan banyak kali. Sebab kita la makhluk yang mudah lupa.