Semoga apa yang saya cuba sampaikan kepada awak semua menjadi manfaat deh.
Esok ada mid-sem exam sebenornye. Covers 5 cases. Yang saya dah revise boleh la nak kata dalam 80%. Maybe less than that. Erk!
Dah esok nak exam kan, rasa malas nak baca pon makin meningkat. Rasa macam no need to push myself. Biar la, tawakkal je la kan...
Ahah. Mentang-mentang baru baca ayat yang cakap pasal tawakkal kan...
Lepas Maghrib tadi baca Quran la sikit. Belek-belek, stop kat mukasurat 411. Surah apa ye?
Anda carilah. (Saje je nak ajak orang lain buka Quran)
Pada ayat terakhir surah tu, terasa macam kena batang hidung.
...Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan
pasti) apa yang akan dikerjakan esok2. Dan tidak ada seorang pun yang dapat
mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui,
lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.
Dekat baris pertama tu kan, (dalam ayat tafsir sebenar ia bukan baris pertama ye) ada nombor dua... (Actually I don't really know what people call this number..? Erk! Foot note eh?).
Biasanya kalau tengok tafsir memang ada nombor kecik-kecik tu kan..? So saya pun turunkan bijik mata ke bawah.
Apa yang saya baca ialah...
2. Manusia tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok atau yang akan diperolehinya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.
Amek tohh... (kata orang Terengganu).
Baru bajet nak relaks sikit kan...? Malas-malas sikit sebenarnya.
Memang kena atas batang hidung akak, dik.
Then, I agree with Ustaz Farid Ravi said not long ago when he was in Mansoura...
"Kita kena rasakan yang ayat-ayat Al-Quran tu untuk kita. Macam apa yang kita rasa bila kita baca papan kenyataan HEP kat universiti."
Tu diaaa... Ustaz Farid tengoh tahang suke pesengang sbb moderator dok benti wat lawok.
Credit to my RICOH :)
All those verses are written for us!
Saya doakan sesiapa sahaja yang membaca entri ini, atau termembaca, atau dibacakan... atau dipaksa baca... agar terbuka hati kamu semua ke arah kebaikan, dan hidayah ALLAH SWT.
Readers, may ALLAH bless you all.