Monday, December 31, 2012

Kau Kata Aku Berpuak?

Assalamualaikum.

Hari ni saya update status macam ni kat Facebook:

sila besarkan sendiri hehe

"... kerana mereka yang 'berkualiti' lebih memilih berpuak-puak, tidak mahu berada dalam satu majoriti untuk membantu mereka yang 'kurang kualiti'..." (Komen orang tu kat bawah)

Haiyooo... sedap berbicara kak oi? (Haha marah benar lagu tu...)

Rasulullah melarang kita mengamalkan assobiah. 

Kami approach anda, tapi anda yang melarikan diri.
Saya tegur awak, awak yang tak nak cakap dengan saya.

Siapa yang berpuak sekarang ni?

Dakwah itu ialah roh Islam. Kami dapat tahu tentang hal ni, takkan la kami nak simpan untuk kegunaan sendiri sahaja? Itu namanya tak cintakan Islam sedangkan matlamat kami adalah untuk menegakkan Khilafah buat kali kedua atas jalan kenabian.  Untuk menegakkan khilafah maka kita kena sampaikan Islam kepada semua orang supaya orang faham macam mana sistem Islam yang sebenarnya. 

Maka kurang tepat la kenyataan awak di atas ye, cik kak. 

Kesilapan terbesar kita dalam berjuang untuk Islam ialah mencari jemaah, bukan mencari Islam yang sebenar. 

Kesilapan yang tak kurang juga besarnya dalam berjuang untuk Islam adalah meletakkan titik noktah dalam mencari Islam yang sebenar.

Kesilapan yang sangat besar dalam berjuang untuk Islam juga adalah apabila kita menerima idea-idea Barat. Idea menegakkan negara Islam melalui jalan demokrasi ialah idea yang hampir mustahil sebab demokrasi berasal dari akidah sekularisme, yang memisahkan agama dari kehidupan, dan memisahkan agama dari negara. Idea demokrasi lahir ketika raja-raja dan agamawan di Eropah menindas rakyat dengan mendakwa mereka wakil Tuhan. Disebabkan golongan yang 'beragama' ini lah lahirnya sekularisme, di mana rakyat tidak mahu menerima golongan 'beragama' ini sebagai pemerintah, dalam masa yang sama tak sampai hati untuk menidakkan kewujudan agama dalam kehidupan.

Hasilnya: demokrasi. 

Demokrasi dicanang-canangkan sebagai jalan yang terhampir dengan kebenaran (iaitu penegakan negara Islam). Sedangkan jalan yang benar dah wujud lama dah pun: iaitu cara Rasulullah saw membina negara Islam yang pertama. Ada ke Nabi saw pakai demokrasi? Ada ke Nabi saw bergabung dengan orang kafir?

Demokrasi is haram. 

Okey kalau tak puas hati dengan kenyataan saya ni, maka boleh add saya di Facebook, ada link kat tepi-tepi blog ni silakan add. Tanya jangan tak tanya. Jangan cakap belakang-belakang okey? SILA TANYA.

Yeah. I am very serious. Jangan main-main dengan idea penegakan Khilafah.

BTW, can anyone tell me about taadud jamaah?

Wednesday, December 26, 2012

Family =)

Salam 'alaik.

I am the only daughter who can't make it home for my abang's engagement. Sedih banyak sangat kat situ. Menangis woo... dah la takde internet lama kan. Salah-salah family kat Malaysia bolej ingat kekecohan di Mesir ni yang menjadi penyebab lost contact... tak la macam itu sebenarnya.

Alhamdulillah, dah dapat call rumah. Listening to my abah's happy tone talking about my sis-in-law-to-be, I smile. Tahniah umi dan abah sebab dah dapat anak perempuan lagi sorang. Kekeke... bunyinya macam baru dapat adik baru kahkahkah...

Kalau umi tahu cakap macam ni, nanti umi kata...: Bihah la pulak bawak budak kecik. Umi dah habih dah zaman tu.

-.-

And I am thinking how am I going to tell my family about the real Islam I have found..?


Tuesday, December 25, 2012

The Rose is Still A Rose

Assalamualaikum.

Kemarau line internet berpanjangan. Heheh tapi hidup je ponn tak ada internet.

Tapi hidup tak namanya hidup kalau tak ada ujian. Sesungguhnya sangat menggugat jiwa kalau diuji dengan masalah kawan.

Kawan datang kawan pergi. Allah akan bagi, Allah akan tarik balik kawan yang kita ada.

_________________________________________________________________________________

Nai'mah Isa: entri ini khas saya tulis untuk bercerita kepada awak :D

Apa perasaannya bila kita tahu kita diumpat?

Sedih, kan?

Apa tindakan kita? Nak marah pengumpat-pengumpat tu? Nak updates status besar-besar kat Facebook pasal orang yang mengumpat kita?

Sesungguhnya kita takkan dapat ubah orang lain supaya berhenti mengumpat. Kita takkan dapat ubah walau seorang manusia pun, sebab hati dan fikiran Allah yang pegang. Orang tu nak berubah ke tidak, itu bergantung kepada dia punya pemikiran dan hubungan dengan Allah.

Apa yang kita boleh buat ialah: bagitahu dia tentang ancaman Allah kepada orang-orang yang mengumpat ni.

Daripada Anas r.a. Rasulullah saw bersabda:

Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya: siapakah mereka ini, wahai Jibril?  Jibril menjawab: merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia lain (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain.

[Hadis Riwayat Abu Daud]


Saya menghadapi keadaan ini. Dan kalau saya nak marah pun, tak ada gunanya saya nak sound diorang kuat-kuat. Kalau diorang ni bukan orang yang sombong, maka diorang akan segera bertaubat dari kesalahan mereka tu...

Alhamdulillah, Allah kurniakan kekuatan. Saya mampu teguh dengan perasaan tenang dan tak marah pun bila dapat tahu diorang mengumpat saya. Bukan diorang tak tahu, bukan diorang tak pernah dengar tentang ancaman ni. Tapi diorang teruskan jugak.

Takut ke, tak takut ke kita kena bagitahu jugak kepada kawan-kawan kita tentang kebenaran dan suruhan serta larangan Allah kepada manusia. Supaya kita tak jadi orang yang rugi. Firman Allah dalam surah al-'Asr:

Demi masa. 
Sungguh manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Hari tu, senior saya Saudara Munzir ada bagitahu, manusia ni akan selalu berada dalam keadaan kerugian. Unless, dia buat amal soleh, kebajikan... dan itu saja tak cukup untuk mengelakkan dia menjadi orang yang rugi, tapi dia kena jugak sampaikan kebenaran!  Tak boleh buat baik sorang-sorang dia je. Kena ajak orang lain, bagitahu orang lain.

So, kita kena bagitahu, walau sakit walau perit. Walaupun hilang kawan. (Hey kawan tu Allah yang bagi okey, so Allah boleh tarik bila-bila)

Berjuang di jalan Allah memanglah perit sebab kita kena tinggalkan manfaat-manfaat dunia.

Lagi satu hadis.

Dari Abu Musa r.a. katanya: Aku bertanya, wahai Rasulullah, siapakah Muslim yang terbaik? Lalu baginda menjawab: Sesiapa sahaja yang selamat (memelihara) orang-orang Islam yang lain daripada kejahatan lidah dan tangannya.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Oh baru perasan tajuk kat atas tu letak Rose. Hehe. Apa kaitannya?

Nope. It is just a line from abah when I called him few days ago telling him about my problems with my friends here. He told me to be long lasted rose though the other roses have been dry and fall. Stay turgid.







Sunday, December 9, 2012

Life Under Capitalism Ain't Wonderful

Bismillah. Salam alaik.

Objective physio on the making. Buat kemas-kemas supaya senang kawan nak baca. Tanya Encik Google bin Dotcom pun dia bagi jawapan bukan-bukan, so sebab tu boleh terbukak Puan Blogger pulak.

Today I see people struggle to work to gain money for tomorrow.
Everyday I see kids, youth and the elderly along the street crying for food
Bukan asing lagi kat Mesir ni kalau ada orang duduk tepi jalan dengan anak dia yang masih kecil tidur di ribanya dengan lalat-lalat
I thought Mursi will erase and eradicate those who become the capitalism's preys
Because at first I thought Mubarak was so cruel, and he was cruel that's why people of Egypt executed him
But the situations in here aren't changing into a better shape

Salah siapa?

Sistem.
Kenapa negara Islam masih tak dapat nak membela orang miskin?
Sedangkan satu masa dahulu ketika Khilafah tegak sampai tak ada langsung orang yang layak terima zakat.
How was that?
Macam mustahil gila kan?

Today I can't even avoid riba'.
It is following me in every transaction I made.
Sedangkan Allah larang kita daripada riba'.
Sahabat Rasulullah terkejut apabila dikhabarkan ada umat yang takkan pernah mampu mengelak daripada riba'.
Ohh kita la tu...

I just need Khilafah today
so that I just need to obey Allah and Rasulullah
but not people.

Life Under Capitalism Ain't Wonderful. Kena struggle untuk duit. Kena bayar semua benda. Riba' hari-hari buat.

Sebab hidup ni bukan dunia je. Ada akhirat.

Friday, December 7, 2012

Sakitnya Berdakwah

Bismillah. Salam alaik.

Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada saya untuk terus teguh menggenggam agama Allah yang sebenar. Sebab sakit sangat. Bukan saya sorang. Seluruh komuniti kami di sini.

Majoriti bukan tiket untuk menghalalkan yang haram. Tapi inilah yang terjadi dalam demokrasi. Manusia memandang kuantiti; majoriti versus minoriti. Bukan lagi pada hukum Allah.

Non-muslim? Itu lagi senang berbanding manusia-manusia sekeliling yang memang dah Islam. Kenapa? Sebab mereka tak tahu 'Islam' yang mereka pegang itu terselit di dalamnya unsur-unsur kuffar. Dan dijadikan mereka terasa indah dengan perbuatan mereka itu. Kenapa mengambil Islam secara separuh-separuh?

Pada hari ini mungkin ada antara mereka yang mengatakan kepada saya, kasut/beg yang diperbuat daripada kulit babi boleh digunakan sebab dah disertu dengan chemical substance. Hasil dari fiqh realiti yang direka.

Esok? Apa lagi perkara haram yang akan jadi halal? 'Dihalalkan oleh manusia berdasarkan kata-kata ulama sekian-sekian...'

Lagi-lagi ulama'! Saya bukan nak condemn ulama' mana-mana kat sini. Bukan saya menolak ulama'. Tapi seharusnya sebagai individu Muslim, kita kena kaji apa yang ulama' kata berdasarkan 4 sumber sahih: Al-Quran, Sunnah, Ijma' Sahabat dan Qias. Kita kena ada ilmu tentang 4 sumber ni. Kena tahu bahasa arab.

Tapi hari ini? Masyarakat sekarang menyerahkan segala-galanya kepada ulama' tanpa tahu cara untuk mengkaji fatwa. Bukan nak suruh jadi mujtahid, tapi kalau nak jadi muqallid jangan jadi muqallid yang buta.

Kenapa jadi macam ni?

Sebab bahasa arab terhapus. Orang Arab Mesir pun tak semestinya dapat tafsirkan maksud ayat Quran 100%. Kerana British dan si penjajah-penjajah kuffar memisahkan bangsa Arab itu sendiri dari bahasa Arab Quran. Lepas jatuh je Khilafah pada 3 Mac 1924, Kamal Atarturk laknatullah menghapuskan penggunaaan bahasa Arab dan ditukar kepada bahasa Turki.

Generasi sekarang dah tak tahu bahasa Arab. Orang Arab sendiri dah menggunakan bahasa Arab ammiah (pasar) bukan Arab Fushah.

Masa Khilafah ada dulu, seluruh daulah Khilafah guna bahasa Arab. Dan Bahasa Arab jadi lingua franca.

Sekarang tulisan arab tu dah susah nak dibaca.

Tak sedih macam mana kalau lagu ni...

Thursday, December 6, 2012

3 Ideologi (Kapitalism, Sosialism dan Islam)

Bismillah. Salam alaik.

Hai, Oke sekarang betul dah sejuk, walaupun lambat sikit.

KRU cakap 3 Kata, saya nak bagitahu 3 Ideologi iaitu: Kapitalism, Sosialism dan Islam. Okay, it may sound like I am currently studying Sains Kemanusiaan right now in Egypt instead of medicine. Tapi kalau dah tengah baca tu tolong lah proceed baca sampai habis!! Oke? Sebab saya tak nak bukak kitab sains kemanusiaan pun kat sini.

Setiap ideologi ni ada caranya yang tersendiri untuk diamalkan oleh manusia seluruh dunia.

Kapitalism: dengan cara demokrasi.
Sosialism: dengan cara komunism. (yang sangat ngeri bunyinya tu)
Islam: Khilafah.

Yang saya tak akan sebut dalam entri ni ialah: sosialism (sebab ideologi tu terlampau pelik dan susah sikit utk difahami)

Meh nak cakap pasal ideologi Islam. Jangan marah pulak saya sebut Islam ni sebuah ideologi. Islam ni memanglah agama, dan jugak akidah yang kita kena dan wajib adopt. Macam mana manusia sejagat boleh amalkan Islam ataupun menjadikan Islam ni the way of life (bak kata Syeikh Muszhaphar-oh susahnya nak eja nama beliau), adalah dengan tertegaknya Khilafah.

Kenapa Khilafah? Sebab bila ada Khilafah, pemerintah (Khalifah) akan melaksanakan syariat ke seluruh daulah pemerintahannya. Segala benda akan ikut syariat Allah daripada bab sosial ke ekonomi, pendidikan, perkahwinan, keselamatan, ketenteraan, dakwah dan segala macamnya. Termasuk hudud!

Ada nampak tak betapa amannya negara kita dengan Islam bila ada Khilafah?

Kalau sekarang, ada orang nak marah laung azan, bila dah ada Khilafah, laung azan dah tak jadi masalah.

Itu pasal Islam. Kapitalism pulak. Cara untuk implementasi ke-kapitalism-an yang direka oleh kuffar ni adalah dengan cara demokrasi. Dalam demokrasi, kedaulatan diletakkan di tangan rakyat (sedangkan dalam Khilafah, kedaulatan tu Allah yang punya). Kekuasaan pun di tangan rakyat.

Hey tell you what, (sorry kasar gila, tengah emo skit hehe) dalam demokrasi, undang-undang dibuat oleh manusia. MANUSIA MENJADI MUSYARRI' (PEMBUAT HUKUM). Sedangkan dalam Islam, undang-undang hanyalah ditentukan oleh Allah. Tidak ada kompromi dalam pelaksanaan undang-undang negara Khilafah sebab undang-undang negara ialah syariat daripada Allah SWT. Termasuk hudud.

Kenapa tak boleh pakai undang-undang yang manusia buat?

Sebab manusia terbatas. Boleh faham tak kenapa manusia terbatas? Undang-undang di negara A mungkin adil untuk penduduk negara A, tapi bukan negara B. Kenapa tak adil? Mungkin sebab budaya, atau faktor lain.

Di California contohya, seorang pembunuh takkan dihukum penjara selagi jenayah membunuhnya tak lebih tiga kali. Kat Malaysia, bila sabit kesalahan, maka pembunuh itu akan dipenjara.

Sedangkan dalam Islam, hukum bagi seorang pembunuh ialah hukum qisas, di mana pembunuh itu juga dibunuh.

Dalam demokrasi, bila nak laksanakan undang-undang, pertama sekali undang-undang tu kena lalu dulu Dewan Rakyat, Dewan Parlimen dan bermacam dewan lagi, kehakiman dan judisiari.... dan kemudian bila diluluskan baru boleh buat.

Bercakap pasal nak perjuangkan negara Islam melalui demokrasi... negara Islam mesti nak kena pakai undang-undang yang Allah tetapkan (syariat). Tapi dalam demokrasi, pelaksanaan undang-undang kena lalu proses seperti yg saya katakan di atas tu (dewan parlimen, dewan rakyat and so on). ADAKAH LOGIK UNDANG-UNDANG YANG ALLAH TETAPKAN KENA LALU PROSES-PROSES MENDAPATKAN KELULUSAN DARI TANGAN MANUSIA? Kalau nak laksanakan hudud melalui jalan demokrasi, adakah undang-undang hudud ni kena lalu dulu segala proses itu dan tunggu untuk dilaksanakan?

Think.

Telahpun ada jalan yang Nabi SAW guna untuk tegakkan sebuah Daulah Islam. Kenapa tak nak ikut? Nabi tak ada pulak pakai cara demokrasi kan... Kenapa nak ikut cara lain yang masih tak terbukti kejayaannya?


Monday, December 3, 2012

Perjuangkan Jemaah vs Perjuangkan Islam

Bismillah. Salam alaik.

Sesungguhnya ada beza antara orang yang memperjuangkan jemaah dengan orang yang memperjuangkan Islam.

Carilah Islam dengan ikhlas kerana Allah.

Sunday, December 2, 2012

Dakwah Bukan dengan Bulatan Gembira dan Status Baik di Facebook Saja

Bismillah. Salam alaik.

Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan dagang dan pulang dalam keadaan dagang.

Problemo biggio

Bila terasing maka pembawa Islam yang sebenar itu akan merasai sakitnya berdakwah. Sebab itu ada orang yang tak sanggup, dan mereka memilih dunia. Sesungguhnya kapitalis-kapitalis telah merencanakan dalam pemikiran umat Islam, bahawa hidup ini hanya sekali, so kita enjoy!! (Tahu kan ni ayat siapa...) Meskipun kita semua telah tahu dan diberitahu malah Allah sendiri bagitahu yang kita akan ada kehidupan akhirat. Siapa yang nak masuk syurga nanti, maka hendaklah dia beramal dan berilmu. Siapa nak masuk neraka sila la jangan fikir adanya kehidupan akhirat, fikirlah bahawa apabila kamu mati, segalanya berakhir.

Kenapa dakwah-dakwah pada hari ini hanya ditafsirkan (commonly) dengan bulatan-gembira? Sesungguhnya apa yang saya nampak dalam bulatan gembira saya keika masih berada dalam lingkungan 'gembira' itu hanyalah makanan, dan sedikit pengisian nafsiyyah. Okay, well... pengisian nafsiyyah iu kebanyakannya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak membentuk lekuk dalam hati. Saya gagal membendung diri saya untuk menjadi solehah dan mengingati Allah setiap masa meskipun status-status di Facebook saya semuanya berbentuk peringatan kepada manusia lain. Dalam bulatan gembira itu saya mendengar, dan keluar bulatan gembira itu agenda saya bukan dakwah lagi.

Sedangkan setiap Muslim itu wajib menyampaikan. Tapi tidak saya laksanakan. Malas.

Solution

Kepada mereka yang tidak menemui Islam yang sebenar (terutamanya stok-stok usrah kampus) dan tak merasakan hidup mereka setiap hari untuk beribadah kepada Allah SWT, maka mintalah kefahaman Islam yang sebenar-benarnya dengan Pemilik Islam yang sebenar. Tak perlu pakai channel apa-apa, tak payah dail nombor telefon 2-4-4-3-4 pun. Doa will connect you to Him.

Dan kalau dah jumpa Islam yang sebenar, kita masih diberi pilihan untuk berdakwah atau hanya mendiamkan diri, tanpa menyebarkan Islam kepada orang lain. Tapi fikirlah kehidupan akhirat.

Dakwah is painful in the dunya.

"Daripada Anas r.a. Rasulullah saw berkata: Akan datang kepada umatku satu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana orang yang menggenggam bara api."
[HR at-Tirmizi]

Sangat mencabar. Sebab siapa yang nak mengamalkan Islam dengan sesungguh-sungguhnya dia akan mengalami penentangan yang hebat. Sebab Islam bukan sekadar untuk difahami sorang-sorang. Tapi untuk disampaikan.

Saturday, December 1, 2012

Untuk Apa Kita Bersahabat?

Bismillah. Salam alaik.

Uhuh. Dah bulan dobelas dah. Okay.

Selama ni saya selalu tak faham apa itu maksudnya 'ukhuwwah fillah'. Apa maksud bersahabat kerana Allah? Saya tak pernah faham. Never at once. (Tapi sebab phrase tu macam shuwwitt je kalau disebut oleh budak-budak stok usrah-mak aji, saya selalu je guna muahahahahahahaha tapi tak faham pun- oke rasa macam sangat sia-sia sebab tak faham pun)

Apa ertinya kita semua bersahabat? Kenapa saya berkawan dengan Siti, sangat rapat sampai semua benda pasal saya dia tahu? Dan kenapa saya berkawan dengan Timah tapi tak de la rapat sangat, tak macam Siti? Boleh ke kita bersahabat dengan Siti lebih sikit berbanding Timah? Allah redha tak macam tu?

Hulalala... perit bila ada kawan yang mula berenggang dengan kita kan. At first I never knew the reason why. Tapi bila saya tahu sebabnya (which is because saya ada pegangan yang didokong oleh jemaah lain) then saya rasa saya tak salah. Oke luah perasaan sikit.

Macam mana boleh jadi renggang tiba-tiba tu? Sedangkan kita sangat rapat dengan orang tu?

Apa pulak kaitan renggang-tak renggang dengan ukhuwwah fillah?

Setelah dikaji daripada pembacaan-pembacaan... rupanya ukhuwwah fillah ni maksudnya bersahabat dengan seseorang tu dengan berlandaskan akidah. Kita disatukan dengan akidah Islam. So selagi si polan itu merupakan seorang Muslim maka wajib kita sayang dia. Kena sayang dia sebab dia pegang akidah Islam dalam diri dia. Huhu... meh nak citer sikit.

Sebelum ada Madinah (negara Islam pertama), kaum Aus dan Khazraj ni asyik bergaduh je dua-dua. Hampir seratus tahun jugakla bergaduh. Sampaikan yang duk ikut gaduh-gaduh tu tak tahu pun apa sebabnya. Tapi, bila Islam sampai pada mereka melalui Rasulullah saw, diorang terus berbaik tanpa ada ragu dah.

Tapi zaman sekarang, kita orang Malaysia kalau nak kata nak berbaik dengan orang Islam yang ada dekat Indonesia pun tak boleh, walaupun semua Islam. Sebab apa tu?

Sebab pemisahan orang-orang Islam melalui national border (yang menyebabkan kawasan-kawasan di bawah pengaruh kerajaan Uthmaniyah dulu berpecah kepada 55 negara).Siapa yang buat national border ni/

Orang kafir le... usah ditanya lagi. Sudahku jawap awal-awal.

So saya tekankan di sini (ecece macam tengah nak berbahas pulak kan...) ikatan kita umat Islam ni biarlah berdasarkan akidah. Bukan sebab persatuan pelajar, bukan sebab usrah tapi yang utama sebab akidah.

Pengalaman saya: satu waktu dulu saya dalam persatuan A. Dan kemudian saya keluar dari persatuan A dan join persatuan H. Lepas keterlibatan saya dengan persatuan H, memang orang-orang dari persatuan A ignore saya (sesetengah je bukan semua tapi ramai la)  sedangkan diorang yang selalu bagitahu jangan bermasam muka dengan orang yang berlainan jemaah dengan kita.

So, jelas la kat situ ikatan kami hanyalah ikatan  sebagai AJK-AJK dalam usrah tu...