Saturday, October 26, 2013

The Unspoken Words

Assalamualaikum.

Kawan-kawan ramai yang dah balik Malaysia.

Masa last sekali pergi makan dengan ex-housemates hari tu dekat kedai Indon, pekerja kedai tu (memang kenal muka dan nama) tanya

"Habis tu siapa lagi yang tinggal di YT?"

"Entah. Kosong macam tu je la." Kawan jawab.

"Buat simpan hantu haha." Saya menjawab jugak.

Ketawa besar itu abang-abang.

"Sudah luluskah?" Ada sorang mas ni bertanya dengan innocentnya.

Dengan selambanya (sebab tak faham soalan) kawan saya ni angguk dan jawab 'dah'. Best je saya gelak.

Belum grad lagi la.

Mereka pulang untuk sambung belajar di Malaysia. Tak sangka bersama-sama sejak dari Kelulut, Marang (ketika itu blog ini baru ditubuhkan dengan entri-entri yang bengongs semuanya - so I've grown up so much!) dan datang sama-sama ke Mesir rupanya tak sempat nak grad sama-sama. Daripada 35 orang jadi la 16 orang.

We've been through a lotta experiences. Gelak, prank birthday, gaduh besar, gaduh kecik, sesat jalan, keluar tanpa musyrif waktu malam, redah sejuk, tidur atas lantai sebab kepanasan... and I am very glad that the moment we have to part is nice.

Sebab fikiran masing-masing dipegang oleh ideologi yang berbeza-beza, ada perselisihan faham. Yang sangat besar. Yang membuatkan kami sama-sama terpaksa membuat muka manis yang plastik ketika berjumpa dan berdepan. Tapi alhamdulillah Allah kurniakan kematangan untuk segala perasaan negatif itu hilang. Mungkin sebab itu kena bersangka baik selalu, sebahagian sangka buruk itu dosa. Bahagia rupanya bila bersangka baik dan kasih kepada saudara sesama Islam.

Terutamanya dengan ex-roommate.

Permulaan pengajian tahun empat ni banyak pains yang menusuk jiwa. Terpaksa berpisah berkali-kali, sebab lepas sorang, lagi sorang kawan buat keputusan untuk balik Malaysia.

Me?

I will finish what I had started for almost 4 years ago, here.

Alone?

No. Dibuang ke laut jadi pulau, dibuang ke darat jadi gunung. I am not alone. Ramai lagi orang kat sini okei.

Without other YTians?

We have few YTians here, so just breathe until we finish our medical studies here, even if it is only a few.

Pilu la gini.

Semua yang ada di sisi kita bukan hak kita. Semuanya hak Allah, dan Allah boleh tarik segala-galanya bila-bila masa je.

Qadha la ni.

Dear friend, jazakillah for the unspoken words, it is true. You missed me but you didn't know how to say it. Can I say now that I miss you the most? Thanks for the 2 years together. I remember the summer moment we slept in front of the window for some wind. We couldn't afford to buy air conditioner wuwu.

Monday, October 21, 2013

Dilemma Student Mesir-Malaysia

Assalamualaikum.

I just wanna share with you my personal opinion about the transfer of alotta Msian students in Egypt to Malaysia.

Peringatan: Read at your own risk. Ini pendapat peribadi saya sahaja, yang lebih mengetahui tentang kebenaran dan apa sebenarnya yang terjadi hanyalah Allah taala. Okey?

Tak jatuh dalam hukum haram pun kalau pindah balik Malaysia. Maka tidak ada salahnya untuk pindah balik ke Malaysia dan sambung belajar medik kat sinun.

I stay here.

Sebab saya dah terlalu biasa dengan cara belajar di Mesir.
Saya tak bersedia untuk perubahan drastik yang amat sangat dengan cara belajar di Malaysia.
Saya tahu latihan klinikal di Malaysia sangatlah amat superb dan excellent.

Amat berbeza dengan latihan klinikal di Mesir. Di sini, dalam program Mansoura-Manchester, kalau dalam sesi latihan klinikal students tak nak cuba buat atau takut nak sentuh patients, maka memang tak dapat la skill tersebut. Doktor tak akan paksa, tak ada orang marah. Itupun rasanya tak cukup lagi kot, kalau nak skill yang betul-betul 'cair di tangan' memang kena cari alternatif sendiri untuk round ward dan berlatih.

Dan sebenarnya kenapa saya pilih untuk kekal di sini sampai habis belajar nanti... sebab saya memang nak belajar kat Mesir sejak awal lagi. Lagipun keadaan dah stabil (tiada perang ideologi, yang ni tak best) dan selamat, walaupun tak ada la macam dulu kan... aktiviti dakwah dah tak bebas untuk digerakkan dah. Untuk apa saya berusaha sungguh-sungguh mintak sponsor datang sini dulu?

Dan tempat-tempat yang dibuka untuk pelajar-pelajar medik Mesir di Malaysia itu biarlah diberikan kepada mereka yang berhak. Saya rasa saya dah ada kedudukan yang secure sebagai medical student kat sini, alhamdulillah. Saya tak nak kejar apa yang tak pasti, saya nak genggam apa yang saya dah ada. Kena bersyukur.

Tentang keselamatan, biarlah Allah sahaja yang memelihara saya dan kawan-kawan yang kekal di sini...

[Patah hati dengan perpisahan ini]