Sunday, December 18, 2011

Tell Me The Truth About The Jama'ah

Assalamualaikum.

Seriously, bunga??
hehe... that's one of Mat Luthfi's lines
Ignore it...

But seriously
I wanna know
what's going on actually
when some individuals claim that 
their jama'ah are far, more... better than others
they said they struggle for Islam
but why they separate?

And they say...
"Awak tak perlu la ikut diorang yang jemaah itu
diorang dah banyak menyimpang dari Islam,
perjuangan diorang tak betul."

So what is the thing
that causes them to be led astray
of the right path of Islam?
The sisters and brothers didn't tell me.
At all.

And because i was a young girl
I swallowed it as it is
I believed it as it is
I took it
I was wrong

And now is the time for me
to know what is it
Kan?
Salah ke?
Tak kan...
I need to know why they said so
Orang-orang jemaah tu baik je punnnn...
They pray, they eat, they study
they go to 'school'
(well u know we are used to say pergi sekolah than pergi kuliah :P)
they do their jobs
they read, they watch tv
(part tv tu susah sikit nak kata logik kat mesir ni, baik tgk youtube je drp sewa antenna besar mcm satelit utk tv)
they recite quran
they walks, they ride taxi to school
they do all what I do
they organize their programmes
they send invitations to us 
"Adik, meh la datang program kitorang minggu depan. Masuk free, keluar free. Boleh daftar dengan ahkak tu..."
"Adik, jemput datang ke bait dot dot (bkn bait muslim) untuk program dot dot petang lusa."
just like the one yang beria-ia kata jemaah itu salah

maybe sebab jemaah-jemaah ni
tak berdaftar under government kot

tapi apa salah diorang?

i guess this is the lumrah becoming a Malaysian, a Muslim
in a foreign country.

p/s: jemaah asal dari bahasa arab, yang bermaksud kumpulan. tapi macam dah lain je maksudnya pada perspektif kite... ye dak? 

Sunday, December 4, 2011

Sayang Sayang Saudari, Ukhti, Gegurls dan juga ADMIN

Assalamualaikum...


Hailoohh...
Baru blogwalking... jumpa macam-macam...
Ada yang menghiburkan hati...
Ada jugak yang cukup menyakitkan hati
terutamanya bila ada admin-admin yang cakap pasal
LEGGINGS


am not saying I like to wear legging
never! insyaALLAH
I know it is ABSOLUTELY HARAM
I know it is not cute
or pretty at all


but please, anyone
yang nak tegur
nak marah wanita-wanita berlegging
atau yang sewaktu dengannya
jangan guna cara yang menyakitkan hati
yang tak pakai legging pun boleh jadi tak senang tau
terganggu emosi


please don't use the words starting with the 'B'
you know it all
no need to mention it i think
nak tegur manusia-manusia berlegging
1stly u have to look into yourself 
am i covering my aurat perfectly?
tak kira awak si admin perempuan atau lelaki
jangan awak pun turun padang seluar atas lutut
nak marah orang pakai legging kat blog
then don't use harsh words
perbendaharaan kata yang dahsyat tak payah dimasukkan la
those words,
melambangkan hati jiwa nurani sanubari awak


jadikan blog anda blog yang disenangi orang lain ye!
mari berusaha jadi orang berbudi bahasa dan yang terpuji


perkataan macam tu memang susah nak diterima oleh orang lain
lagi-lagi la orang yang hatinya memang dah ditutup dengan kegelapan
sebab tu diorang pakai legging, tak tutup aurat
perkataan berapi jumpa minyak tanah
macam mana nak padam?
berbudi dan berbahasa lah
dakwah Islamiah tak pernah ajar kita tegur orang dengan cara kasar, kayh??


ada orang kata
dah banyak cara lembut digunakan
tak insaf-insaf jugak...
baik guna cara kasar
cuba kira berapa peratus yang insaf lepas kena basuh dengan cara kasar?


memang betul ramai antara the leggers kat luar tu
nampak tak insaf-insaf pun
makin menjadi-jadi lagi ada
tapi kita semua kena ingat
tak ada dakwah yang berjaya dalam masa sehari
dakwah itu memakan masa
dan hidayah bukan milik kita 
bukan kita yang bagi
sedangkan diri sendiri memohon hidayah dari Pemilik Agung
kenapa kita tak mendoakan gegurls yang berlegging dan tak tutup aurat tu?
free je kita topup dosa mengata orang sana sini


lagi satu, wahai sekalian admin yang berniat baik
yang mahukan perubahan dalam masyarakat
yang tak nak tengok gegurls dan saudari berlegging lagi depan mata
yang menginginkan kewujudan ramai wanita solehah
is t necessary to upload leggers' photos??
u let other people passing ur blog to see other girls' aurat
satu lagi reload dosa di situ
when u die one day
sooner or later
orang lain pun terus membaca blog awak yang penuh dengan gambar-gambar yang sewaktu dengannya
bertambah seksa dalam kubur
sia-sia usaha awak nak tegur gegurls yang jadi leggers kat luor tu
kasi mudarat diri sendiri je, bro
makin ramai orang blogwalking kat blog awak yang ditinggalkan tu
makin banyak mata-mata yang melihat aurat perempuan dalam gambar yang awak jadikan contoh tu
makin berat seksaan dalam kubur karang 
awak tak tau bila awak nak mati
sempat ke nak delete blog?


so, 
don't use harsh words
silalah berbudi bahasa ye
ingatlah hidayah milik ALLAH
doakan saudari-saudari dan gegurls
supaya diorang berubah
jangan sebarkan aurat orang lain
tambah seksa dia
seksa awak juga


last but not least
gegurls
saudari
ukhti... 
saya mengajak awak semua menutup aurat
buatlah setakat mana yang kita mampu


"Maka bertakwalah kamu kepada ALLAH menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkan harta yang baik untuk dirimu. (Ingatlah) sesiapa yang dipelihara dirinya daripada tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya."


"So fear ALLAH as much as you are able and listen and obey and spend [in the way of ALLAH]; it is better for yourselves. And whoever is protected from stinginess of his soul- it is those who will be the succesful."


at-Taghabun:16


sesungguhnya,
kalau kita betul-betul taat kepada ALLAH dan Rasulullah
dan kita betul-betul malu
kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menutup aurat kita



"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
(Al-A'raf:26)




maapkan saya kalau saya juga secara sengaja atau tidak
telah menggores hati awak yang membaca
yang baik itu merupakan kurniaan dan ilham dari ALLAH SWT
dan yang terkurang itu drp saya sendiri


rujukan surah: At-Taghabun [64] (Hari Diperlihatkan Segala Kesalahan), Al-A'raf[7] (Tempat Tertinggi)


SEKIAN.










Saturday, November 26, 2011

Pengajaran Direct dari Al-Quran

Assalamualaikum...

Semoga apa yang saya cuba sampaikan kepada awak semua menjadi manfaat deh.

Esok ada mid-sem exam sebenornye. Covers 5 cases. Yang saya dah revise boleh la nak kata dalam 80%. Maybe less than that. Erk!

Dah esok nak exam kan, rasa malas nak baca pon makin meningkat. Rasa macam no need to push myself. Biar la, tawakkal je la kan...

Ahah. Mentang-mentang baru baca ayat yang cakap pasal tawakkal kan...

Lepas Maghrib tadi baca Quran la sikit. Belek-belek, stop kat mukasurat 411. Surah apa ye?

Anda carilah. (Saje je nak ajak orang lain buka Quran)

Pada ayat terakhir surah tu, terasa macam kena batang hidung.


...Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok2.  Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.

Dekat baris pertama tu kan, (dalam ayat tafsir sebenar ia bukan baris pertama ye) ada nombor dua... (Actually I don't really know what people call this number..? Erk! Foot note eh?).

Biasanya kalau tengok tafsir memang ada nombor kecik-kecik tu kan..? So saya pun turunkan bijik mata ke bawah.

Apa yang saya baca ialah...

2. Manusia tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok atau yang akan diperolehinya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

Amek tohh... (kata orang Terengganu).

Baru bajet nak relaks sikit kan...? Malas-malas sikit sebenarnya.

Memang kena atas batang hidung akak, dik.

Then, I agree with Ustaz Farid Ravi said not long ago when he was in Mansoura...

"Kita kena rasakan yang ayat-ayat Al-Quran tu untuk kita. Macam apa yang kita rasa bila kita baca papan kenyataan HEP kat universiti."

Tu diaaa... Ustaz Farid tengoh tahang suke pesengang sbb moderator dok benti wat lawok.
Credit to my RICOH :)

All those verses are written for us!

Saya doakan sesiapa sahaja yang membaca entri ini, atau termembaca, atau dibacakan... atau dipaksa baca... agar terbuka hati kamu semua ke arah kebaikan, dan hidayah ALLAH SWT.

Readers, may ALLAH bless you all. 



Friday, November 4, 2011

Bukti Cinta kepada ALLAH SWT

Assalamualaikum...

Tadi saya belek tafsir. Nak cari pasal Yahudi dalam Ali Imran. Belek punya belek, terjumpa verses ni...

Say, [O Muhammad], "If you should love ALLAH, then follow me, [so] ALLAH will love you and forgive you your sins. And ALLAH is Forgiving and Merciful."
Say, "Obey ALLAH and the Messenger." But if they turn away- then indeed, ALLAH does not like the disbelievers.
[3:31-32]


Kalau dalam tafsir BM nye...

Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Katakanlah, "Taatilah ALLAH dan rasulNYA; jika kamu ingkar, maka sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang kafir."
[3:31-32]



Taatilah ALLAH dan rasulNYA. Susah kan?

Instead of saying the word 'susah', jom kita berusaha buat sedaya upaya yang kita mampu. Buat sikit-sikit. Kalau tak pernah mengaji Quran walau sehelai takkan tiba-tiba nak mengaji satu juzuk sehari? Mulakan sikit-sikit. It's okay.

Joo Yee- gadis Cina yang masuk Islam pun bermula dengan sikit-sikit.

Yang penting, usaha tu berkekalan. Bukannya kita buat banyak, hari ni sampai minggu depan, lepas tu tinggal balik.


Sunday, October 16, 2011

Peringatan Dah Turun...

Assalamualaikum...

Peringatan dah turun...

Ada tak bunyi macam sama sikit dengan ayat ni... "Jemuran dah turun...". Sambungan dari dialog "Ani, angkat hujan..."

Tak de la.

Saja berlawak (tak kelakar pun) sebab nak redakan rasa hati yang cemburu=inferior gila.

Dan tadi terbaca, (sebagai memujuk hati)...


...because if we hook up with ALLAH, ALLAH will hook us back.

Credit tu Kak Liana~A Step Closer to ALLAH~

Dan terbaca lagi...

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادً۬ا يُحِبُّونَہُمۡ كَحُبِّ ٱللَّهِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَشَدُّ حُبًّ۬ا لِّلَّهِ‌ۗ وَلَوۡ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ إِذۡ يَرَوۡنَ ٱلۡعَذَابَ أَنَّ ٱلۡقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعَذَابِ

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka
mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 165)


Tak boleh nak kata apa. Cuma kena tanam dalam hati.

Tak nak menjadikan hati ni macam hangat-hangat sponge kek. Tak nak jadi panas sejuk.

Dan baca lagi, dari Kak Liana jugak...

Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyakkanlah olehmu ISTIGHFAR,
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT,
Apabila kamu ingin wajah berseri dan sejuk mata memandang, perbanyakkanlah SOLAT DHUHA,
Apabila kamu inginkan perlindungan dan kekuatan hati, perbanyakkanlah TAHAJJUD,
Apabila kamu inginkan malaikat mendampinginmu dan mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU'.

Yes. So true. Kita manusia kena diperingatkan banyak kali. Sebab kita la makhluk yang mudah lupa.

Saturday, June 11, 2011

Weakness Of Capillary STILL on Progress

Assalamualaikum.

One more post. One of the symptom Doc to Be gonna be sitting for final exam. Masa mid-sem hari tu sakan deactivate Facebook, gulung broadband segalaaa...

Okay fine. My friend said, without broadband, susah dah nak cari tempat hilang tension...

=.="

Oh, Doc to Be, don't you have HIM to say anything, to pray and to ANYTHING and EVERYTHING?

Yeappp... I have HIM.

Uuu... him?

Not yet la. Sabar la kalau yang itu. Kalau ALLAH nak bagi, nanti satu masa awak dapat la. Kalau tidak, apa awak boleh cakap?

And about the weakness of capillary... (nasib baik tak lari tajuk)

Hidung ni manja sangat. Panas sikit tak boleh. Sejuk sikit pun tak boleh. Asyik nak pedih je. Nak berdarah-darah je... sebab capillary kat nasal cavities cepat sangat nak dilate. Hobi dia la tu...

Sekali ahri tu kena kiri kanan... dua-dua belah. ALLAH mak aii... lepas tu pergi jumpa Dr... dah makan ubat (anti histamine yang menyebabkan saya tidur dalam kelas)

Ingat kan dah lama tak layan ubat (sebab ingat dah baik la kan) sekali dia datang jugak lagi. Tapi tak de la banyak sangat macam hari tu... instead of mucus yang discharged, darah yang keluar. Tetapi tidak meleleh lah.

Oleh itu syukur la kalau kita sihat walafiat.

Sakit datang supaya kita ingatkan ALLAH, penghapus dosa...

Pesanan Doc To Be: Don't administer anti-histamine as it causes drowsiness. Kalau tak de kelas esok paginya tak apa la.Last night I telan anti histamine nak suruh tidur awal ohh... sebab nak baiki cycle tidur. InsyaALLAH betullah nanti cycle tidur ni.

Monday, May 23, 2011

Perkara Jahat yand Dibuat/Terbuat kat Asrama---> Edisi I Miss The Alma Mater

Assalamualaikum.

It has been almost 2 years since I left the MJSC Kuala Terengganu after SPM. There's a lot of things to be written in a diary. But since I don't write in a diary, may be an entry in the blog is enough. Hehehhhh...

As a hostelier... tak kira la you're innocent or not, you must had committed at least one BAD thing. 2 years ago, saya pernah ponteng prep petang, prep malam... fly... tiru signature Chief Warden. Lagi... SoDorm. Ponteng roll-call. Tak pernah kantoi.

1. Ponteng prep malam dan petang.

Since we were doing same routines every single day in sekolah berasrama, then kita mesti ada je rasa nak commit something different at least once. Sebab tu kut kitorang ponteng prep.

Macam mana saya yang LDP ni boleh ponteng... biasa lepas habis academic hours tak balik dorm. Zohor prayer kat surau, and then kalau nak terbabas kejap pun kat surau, then terus masuk kelas balik for prep petang. Kadang-kadang terbabas sampai Asar prayer kat surau. Kalau tak kantoi tak pe.

Kalau yang malam... frequencies ponteng malam punya prep are not as much as those for prep petang. Sebab takut jugak ank buat. Sudah le dicop muka budak-baik-takkan-ponteng-prep, dan LDP pulak tu... memang agak takut sikit nak buat.

Pernah sekali, dah elok-elok pergi Maghrib dengan Isyak prayers kat surau, dah ready nak pergi prep malam and then suddenly I said to my dormmate yang sorang ni...

"Sirin, jom balik dorm. Malas nak pergi prep malam ni la."

Masa tu tengah down, i didn't know where the spirits have disappeared. Kawan yang itu pulak mudah je setuju bila nak diajak buat benda-benda ni... lepas tu berjalan dalam gelap sambil scan kiri kanan la balik dorm yang jauh ke belakang. Takut kantoi dengan warden.

Pernah pretend sakit sebab malas prep. Sikit lagi nak kantoi tapi nasib baik warden tu 'percaya'. Percaya la sangat kann...

2. Tiru signature warden sebab nak keluar outing

Yang ni when I was in Form 5. Tapi masa tu memang bukan sebab main-main atau sesaje atas sebab tak penting la. Ngess. Masa passkan buku outing yang kena bagi kat pak guard tu, jantungku terasa seperti keluar dari sarangnya. Aduhhhuuhuhu... memang panik la. Mesti pak cik tu tahu saya nak commit benda jahat. Hehe... thought it was only me among my siblings who did this. Hahahh... abang saya dah buat dulu rupanya. So we're not really nerd... tak skema langsung.

Kalau nak cerita pasal fly keluar dari sekolah tak pernah la banyak kali. Sekali tu aje. Sebab dah tak berani nak buat. Sebab takut kantoi. Sebab takut kena panggil masuk jemaah yang memang kalau termasuk dalam jemaah ni memang takkan mendapat pahala 27 kali ganda langsung. Tadekk. Sekali ganda pun susah tahu? It's Jemaah Disiplin Maktab. JDM!!! Kalau masuk JDM takut cikgu panggil abah dengan ummi. Sebab tak nak kasi abah fed up. Bila abah fed up abah akan marah. Lepas tu bila kena bebel dengan abah saya down, bila down tak boleh belajar dan rasa nak tidur je dalam kelas! Tak boleh belajar langsung.

Pernah kena bebel dengan abah kat telefon lepas tu tak sanggup dengar, malam tu teramat down. Balik prep tidur dengan baju kurung, sarung kaki, tudung dan beg. Bangun pagi sangat tidak bersemangat ke sekolah.

3. Ambik isi pinggan lebih.

Masa tu supper malam. Hihihi. Kerja ni telah dilakukan oleh 3 orang budak kelas 5 Al-Khindi. Kami mengambil mi laksa extra dari pinggan lain.

Macam ni... kakak tu dah susun, letak siap mi laksa dalam pinggan. Budak cuma kerja beratur dan ambik pinggan yang dah ada laksa. Datang kami bertiga budak-lapar-macam-tak-makan-dinner-tadi beratur kat depan. Kakak baik tu tengah tunduk ambik apa tak tahu la bawah kaunter DS tu. Jadi kawan saya yang paling depan nama Azie ni cekau sejemput mi laksa kat pinggan lain. Yang tengah nama Syai pun cekau jugak sikit mi dari pinggan yang sama. Dan saya jugaaa... dari pinggan yang sama. So memang prominent la kitorang ambik sikit-sikit. Bijak tak kitorang? Kan..?

Lepas tu kakak tu perasan mi yang dalam pinggan tu sangat sikit. Kakak tu pun cakap...

"Haa... awak ambik lebih ye..."

Kitorang kaku keras kat situ. Sengih je la...

Yang lain banyak lagi, tapi yang tu je paling saya ingat. Tapi kan, keoada those who still sekolah lagi, don't commit too much benda jahat. Tak kantoi tak pe kalau buat banyak kali. (Ni mak homeroom merangkap cikgu BM sendiri yang cakap ni). Tapi kalau kantoi, maka kesian la kamu. Jangan sampai dikantoikan. Sebab takut berkat cikgu hilang.

Aisyyyyy... betul ke apa yang saya cakap ni? Tak betul tak betul tak betul...

Saturday, May 21, 2011

Perkara Yang Terjadi Kat Asrama--> Edisi I Miss The Alma Mater

Assalamualaikum.

Dulu-dulu kan, dua tahun duduk asrama. So sempat la rase macam mana duduk asrama. Dua tahun je. Baik duduk asrama sekejap je, daripada duduk asrama 5 tahun (macam adik-adik saya haahh:P).

Apa kejadian yang pernah berlaku dan biasa kat asrama?

Pertama. Tak de air. Tak mandi. :P [Biasa la pergi sekolah tak mandi]

Pernah kat asrama dulu, hari sabtu tak de air. Masa tu bangun lewat, sebab kes terbabas atas katil lepas subuh. Sabtu biasa prep pukul 8. Bangun pagi kecoh makk… tak de air. So, pagi tu pergi prep tak mandi. Hehe… sekarang kalau pergi kuliah tak de hal pun sebab musim sejuk kan…

Paling sakit hati kalau tengah bersabun bersyampu atau gosok gigi tiba-tiba air tak de. Atau pun air jadi makin slow, makin slow… slow… dan tader lastly. Bayangkan aje la, demi nak air tu, rapat ke dinding budak-budak mandi. Cium dinding pun ada. Lepas tu akan dengar la…

“Orang sebelah slow kan sikit air tu!”

Atau…

“Siti! Kau ada air tak?”

Tambah sakit hati+cemas bila warden datang ‘hungga’ suruh cepat, keluar makan malam kosongkan dorm pergi solat jemaah kat surau kan… lagi la terasa tak bergerak dalam bilik air tu. Kalau kena warden yang baik tak pe, at least dia bagi masa lima belas minit ke nak siap-siap kan. Ini… kalau kena yang jenis tak consider (atau tak pernah duduk asrama masa sekolah dulu) dia akan cakap:

“Saya tak kira! Siapa suruh awak mandi lambat! Keluar sekarang, pergi solat!”
Itu tangki air MRSM KT. Pernah tak de air sampai kitorang balik rumah.

Bila tak de air, maka adat-istiadat menyembur perfume pun berlaku. Atau bila tak de air, ada la yang tidur dalam kelas, sebab mengantuk sebab tak mandi sebab tak de air. (Dulu girls kelas kitorang tertidur dalam kelas sebab terlebih mandi. Sebab sebelum rehat tu ada kelas swimming. :P)

Kedua: Kena hambat dengan pengawas kosongkan dorm

Saya la pengawas masa sekolah MRSM dulu. We were called LDP. Stands for Lembaga Disiplin Pengawas. Hehe. Agak sengal la kerja seorang pengawas ni. Kena ‘hungga’ kawan-kawan dan junior-junior keluar dorm, pergi solat Subuh… dah la dulu asrama jauh dari  blok akademik kan… so tiap-tiap pagi hari sekolah kitorang kena pastikan semua orang kosongkan dorm tepat pukul enam pagi, dan semua mesti siap mandi, siap dengan beg segala sebab lepas tu dah tak boleh balik dorm dah.

Lepas pastikan semua orang keluar, kena buat check-up asrama. Haduu… part ni yang paling menakutkan. Siapa suruh saya ambik blok atas, dah la atas, gelap pulak tu. Dorm dah la semua panjang-panjang… check sorang-sorang. Memang dah takdir la masa tu, rutin dan rotate dorm. Masa tu pegang jugak dalam hati bila dah jadi LDP ni maknanya pegang amanah, kalau tak jaga amanah, neraka jawabnya. Itu kata-kata warden yang paling garang sebenarnya.


Seperti ini la saya dan kawan-kawan se-LDP dulu. Tak payah cari la mana satu saya kat dalam gambar ni sebab yang ni gambar MRSM Langkawi… saya bukan belajar situ hehe


Memang ada je orang cakap kalau jadi prefect ni akan dibenci budak-budak… peduli hape aku. Jadi prefect la boleh increase chance nak dapat biasiswa. Nak ikut cakap orang ke… nak dapat sekolarsip? Haaa…

Ketiga: berselisih faham dengan kakak-kakak DS.

DS tu Dewan Selera la. Kalau SBP Dewan Makan kut. DS tu nama mat’am MRSM hehe.

Mesti semua pernah je rasa. Kalau saya la, pernah kena marah dengan akak DS sebab tolong ambikkan pisang untuk kawan. Tapi masa tu saya baik, saya tak melawan la cakap kakak tu. Dah memang patut pun dia marah kan… sebab kalau tak cukup karang penyelia tanya dia, bukan saya. Tapi bukannya saya rembat pisang tu untuk diri sendiri pun. Apa-apa ajela.

Dan paling menyakitkan jiwa bila kakak DS tidak bertimbang rasa telah menyembur saya dengan seronok dan enjoynya macam DBP tu dia yang asaskan.

???

Sebab lewat dua minit pergi sarapan pagi je pun…

“Akak, sarapan belum siap eh?” Saya bertanya dengan baik dan lembutnya.

“Dah habis aku buang. Datang lewat siapa suruh?”

Kalau la masa tu saya boleh keluarkan asap dari kepala kann… okeh. Lupakan. Kenangan la tu. (Tapi masa tu tengah SPM!!)

Keempat: Roll-call.

Warghhh… ini ialah benda yang paling tak disukai. Siapa suka roll-call memang dia ada bakat jadi pengetua  sekolah berasrama. Atau warden. Biasa kalau roll-call, kalau yang pagi, macam perhimpunan biasa la. Masa tu akan dipanggil siapa yang keluar dorm lewat, dorm mana yang paling kubang, atau apa-apa je la yang melibatkan kesalahan budak-budak.

Kalau roll-call yang malam, atau senang cakap roll-call tergempar, itu yang tak best sangat tu. Sebab kalau ada roll-call sebegini rupa, mesti ada yang nak kena marah, nak kena sound. Biasa senior form 5 la suka buat macam ni kepada budak-budak yang baru masuk asrama. Senior buat kat freshies. Sangatlah teramat tak best kalau kena yang ini. Kita tak tahu apa salah kita, tiba-tiba kakak-kakak cakap kita buat salah seperti lawan cakap cikgu la… pancing abang senior la (masa tu serius saya fikir yang tukang bebel tu marah sebab freshies ayat pakwe dia. Innocent nya saya kikiki), atau kita pakai pakaian salah etika asrama la… entah siapa yang buat macam tu saya pun tidak tahu. (Nak cakap skema la konon heheh).

Kelima: Cuti panjang gila.

Exclude kan cuti akhir tahun ye. Yang ni bukan semua sekolah asrama penuh ada. Certain je. Kalau tak panjang pun ada la cutinya.

Cuti sebab H1N1. -.-‘

Masa tu bulan lapan. Dah dekat nak trial dah. 3 weeks before trial SPM MARA.

Hari itu, hari sabtu. Form 5 semua ada kem add-math >.<’

Dua tiga hari sebelum tu dah kecoh dah konon H1N1. Tak berapa nak konon jugak la sebab dah ada budak yang dikuarantin kat asrama. Even the number was increasing. Dah ada dorm yang digunakan untuk jadi tempat kurung orang tak sihat yang dikuarantin.

Lepas rehat kejap masa kelas tambahan add-math tu, tiba-tiba semua budak-budak tak kira tua muda dipanggil berkumpul kat dewan Ibn Sina tersayang. Pegawai kesihatan dari sepital dah menunggu. Dan mengisytiharkan sekolah kena tutup.

Sekolah kena tutup.

Selama dua minggu.

Plus cuti mid sem penggal 2.

Jadi 3 minggu.

Bukak sekolah lepas cuti 3 minggu tu terus trial!!

Pengsan.

Keenam: Principal’s Lists

Hehe. Yang ni selalu je saya naik nama, Alhamdulillah. Tapi tak pernah lebih 3.76 la. Itu paling tinggi la tu. SPM tak tau la berapa. Tak ingat nak check.

Kalau dapat 3.5 ke atas, pengetua bawak budak-budak yang dapat 3.5 ke atas makan kat luar.

It’s not makan kat luar yang really fun, tapi boleh keluar sekolah tu yang seronok. Betapa tensionnya duduk dalam asrama sampaikan bila boleh keluar sekejap pun (even we knew that after that we’ve gotta get back into the ‘prison’ again) rasa gumbiraaa…


Okey. Ni classmates saya. Lelaki sebenarnya ada lima, tapi yang suka bergambar sorang aje nampaknya.
Dari kiri: Mira Idora, Syai, Mc Dhill, Noriha (Russia), Ije, Ayu, Najihah (Russia), Pia, Mc Tie, Saya (pedulikan expresiion candid itu), Azila, Saba, Fatihah.
Tengah yang tengah cover encem tu Naim. Pardon us for the ‘meja kubang hanya’.
Masa ni sehari sebelum grad. Ada rehearsal.
Tak de dalam gamba: Azie, Tieq, Sirin, Zuraida and Aimi Amirah.
Laki yang tak de: Hakim, Syamierul Amier, Azizul Hakim ngan Fahmi.

 Hehe... ni nama budak-budak MRSM Se-Malaya untuk GPS individu SPM '10 dolu-dolu. Ada je nama saya dalam tu... alhamdulillah. Cari la kalau rajin. Line 3. Teka la dari bawah ke dari atas hehe. Dari tepi ke...

Ketujuh: Kerja Gila

Semua pernah buat kot. Termasuk ponteng prep malam… okay. Ponteng prep is not really gila.

Kerja paling gila (saya rasa gila la) ialah baring di atas jalan tar di depan aspuri.

Masa tu dah habis last paper Chemistry SPM 2009. Kitorang balik lewat sehari sebab ada jamuan kelas malam tu.

 Ni laa... the last night ever kat asrama. Tiada dalam gambar: saya. Hahahh

Lepas jamuan, balik dorm ramai-ramai budak perempuan, lepas tu cakap pasal impian masing-masing… lepas tu entah siapa yang cadangkan baring ramai-ramai atas jalan tu. Saya ke? tak ingat dah. Lepas tu kantoi dengan ayahanda. Hihi… dah kantoi-kantoi tu, boleh pulak borak dengan ayahanda. Dengan Ustaz yang ketua warden merangkap cikgu PAI kitorang. Hehe…

Borak dengan ayahanda malam tu lebih kurang dengar ceramah agama la… semua perempuan tu. Borak sampai tengah malam.

Betullah masa form 1 dulu, ustazah pernah cakap, kenangan masa sekolah la paling manis.

 Girls' dormitory. Yang atas tu dorm Ummu Aiman. Yang bawah tu dorm Ummi Kalthum aka UK. This is the posterior view of our dorm. S-roq tak nampak.
InsyaALLAH akan datang lagi melawat asrama dulu.


I MISS MJSC KT.
WAKAF TENGAH 
MENGABANG TELIPOT.
KUALA TERENGGANU.

from: mansoura, egypt.


Jadi Tough Sangat Pun Susah

Assalamualaikum. Hihi.

Ramai yang cakap saya ni tak mudah terasa.

Banyak la kamu... tak terasa hape. Banyak je. Kalau bukak hati ni mesti banyak gores-gores tak menang-menang. Iye?

Apa maksud terasa tu? Terasa tu saya rasa maksudnya macam ni: Rasa la. Rasa terhiris terguris dan apa-apa je la yang membuat kita rasa nak merajuk. Nak marah ke.

Maybe yang orang cakap tu sebab saya ni partial je kot. Rasa tapi tak merajuk.

Aku geram nak merajuk! Tapi tak best. Bak kata kawan saya, buat penat je. [Kalau merajuk ada yang tukang pujuk tidak hape la kan? Hehehe :P]

Susah kalau orang anggap kita ni tak mudah terasa. Sebab sampai satu tahap orang akan anggap kalau sesuatu terjadi, kita akan di-ignored-kan. Tu la, sebab saya pakai cermin tebal. Kena ketuk pun tak pecah. Kalau pakai cermin nipis, mudah sangat la pulak pecah ye... [cermin=preservation of ego]

Seringkali je terasa orang lain tak kisah kita nak terasa ke nak apa, sebab orang pandang kita ni takkan terasa dengan apa-apa. Pernah je tunjuk kemarahan atas kata-kata orang lain, tapi masa tu nak marah mengamuk pun okey la sebab tengah PMS. [Perhatian: time PMS perempuan kena kawal perasaan. Kalau tak alamat break up la kamu dengan balak anda. Nasib baik masih belum ada balak yang berkenan. Kikiki :P]

Jadi, mana best? Nak jadi orang yang senang merajuk ke... atau orang yang tahan je keterasaan dalam hati dan lupakan segala guris-guris itu?

Best jadi diri sendiri... tak payah la merajuk tak pasal-pasal atau berpasal-pasal. Kasi hilang keawetan muda dan nampak tua lagi ada la.Smile. [Btw, selalu jugak orang cakap saya ni suka senyum. Iye? Hihi. Suka gelak pun ye jugak.]

Oleh itu readers digest semua, senyum la. Kalau awak nak merajuk, fikir dulu patut tak merajuk ni? Kenapa? Dan apa kesannya kepada awak dan jugak saing-saing mung.

Sekian.