Assalamualaikum.
It has been almost 2 years since I left the MJSC Kuala Terengganu after SPM. There's a lot of things to be written in a diary. But since I don't write in a diary, may be an entry in the blog is enough. Hehehhhh...
As a hostelier... tak kira la you're innocent or not, you must had committed at least one BAD thing. 2 years ago, saya pernah ponteng prep petang, prep malam... fly... tiru signature Chief Warden. Lagi... SoDorm. Ponteng roll-call. Tak pernah kantoi.
1. Ponteng prep malam dan petang.
Since we were doing same routines every single day in sekolah berasrama, then kita mesti ada je rasa nak commit something different at least once. Sebab tu kut kitorang ponteng prep.
Macam mana saya yang LDP ni boleh ponteng... biasa lepas habis academic hours tak balik dorm. Zohor prayer kat surau, and then kalau nak terbabas kejap pun kat surau, then terus masuk kelas balik for prep petang. Kadang-kadang terbabas sampai Asar prayer kat surau. Kalau tak kantoi tak pe.
Kalau yang malam... frequencies ponteng malam punya prep are not as much as those for prep petang. Sebab takut jugak ank buat. Sudah le dicop muka budak-baik-takkan-ponteng-prep, dan LDP pulak tu... memang agak takut sikit nak buat.
Pernah sekali, dah elok-elok pergi Maghrib dengan Isyak prayers kat surau, dah ready nak pergi prep malam and then suddenly I said to my dormmate yang sorang ni...
"Sirin, jom balik dorm. Malas nak pergi prep malam ni la."
Masa tu tengah down, i didn't know where the spirits have disappeared. Kawan yang itu pulak mudah je setuju bila nak diajak buat benda-benda ni... lepas tu berjalan dalam gelap sambil scan kiri kanan la balik dorm yang jauh ke belakang. Takut kantoi dengan warden.
Pernah pretend sakit sebab malas prep. Sikit lagi nak kantoi tapi nasib baik warden tu 'percaya'. Percaya la sangat kann...
2. Tiru signature warden sebab nak keluar outing
Yang ni when I was in Form 5. Tapi masa tu memang bukan sebab main-main atau sesaje atas sebab tak penting la. Ngess. Masa passkan buku outing yang kena bagi kat pak guard tu, jantungku terasa seperti keluar dari sarangnya. Aduhhhuuhuhu... memang panik la. Mesti pak cik tu tahu saya nak commit benda jahat. Hehe... thought it was only me among my siblings who did this. Hahahh... abang saya dah buat dulu rupanya. So we're not really nerd... tak skema langsung.
Kalau nak cerita pasal fly keluar dari sekolah tak pernah la banyak kali. Sekali tu aje. Sebab dah tak berani nak buat. Sebab takut kantoi. Sebab takut kena panggil masuk jemaah yang memang kalau termasuk dalam jemaah ni memang takkan mendapat pahala 27 kali ganda langsung. Tadekk. Sekali ganda pun susah tahu? It's Jemaah Disiplin Maktab. JDM!!! Kalau masuk JDM takut cikgu panggil abah dengan ummi. Sebab tak nak kasi abah fed up. Bila abah fed up abah akan marah. Lepas tu bila kena bebel dengan abah saya down, bila down tak boleh belajar dan rasa nak tidur je dalam kelas! Tak boleh belajar langsung.
Pernah kena bebel dengan abah kat telefon lepas tu tak sanggup dengar, malam tu teramat down. Balik prep tidur dengan baju kurung, sarung kaki, tudung dan beg. Bangun pagi sangat tidak bersemangat ke sekolah.
3. Ambik isi pinggan lebih.
Masa tu supper malam. Hihihi. Kerja ni telah dilakukan oleh 3 orang budak kelas 5 Al-Khindi. Kami mengambil mi laksa extra dari pinggan lain.
Macam ni... kakak tu dah susun, letak siap mi laksa dalam pinggan. Budak cuma kerja beratur dan ambik pinggan yang dah ada laksa. Datang kami bertiga budak-lapar-macam-tak-makan-dinner-tadi beratur kat depan. Kakak baik tu tengah tunduk ambik apa tak tahu la bawah kaunter DS tu. Jadi kawan saya yang paling depan nama Azie ni cekau sejemput mi laksa kat pinggan lain. Yang tengah nama Syai pun cekau jugak sikit mi dari pinggan yang sama. Dan saya jugaaa... dari pinggan yang sama. So memang prominent la kitorang ambik sikit-sikit. Bijak tak kitorang? Kan..?
Lepas tu kakak tu perasan mi yang dalam pinggan tu sangat sikit. Kakak tu pun cakap...
"Haa... awak ambik lebih ye..."
Kitorang kaku keras kat situ. Sengih je la...
Yang lain banyak lagi, tapi yang tu je paling saya ingat. Tapi kan, keoada those who still sekolah lagi, don't commit too much benda jahat. Tak kantoi tak pe kalau buat banyak kali. (Ni mak homeroom merangkap cikgu BM sendiri yang cakap ni). Tapi kalau kantoi, maka kesian la kamu. Jangan sampai dikantoikan. Sebab takut berkat cikgu hilang.
Aisyyyyy... betul ke apa yang saya cakap ni? Tak betul tak betul tak betul...
Monday, May 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Throw your words, write good:
Post a Comment