Sunday, August 5, 2012

Bulatan-bulatan Itu.

Salam 'alaik.

Pernah baca 7 Effective Habits yang Uncle Stephen Covey tulis?

Dia ada bagitahu, hidup kita ada 2 bulatan. (Ini bukan pasal bulatan gembira)

Bulatan pertama: Circle of influence. (yang maksudnya apa yang boleh kita ubah)

Bulatan kedua: Circle of concern. (maksudnya perkara yang kita rasa macam nak ambik tahu, tapi sebenarnya kita tak mampu pun nak ubah)

Contoh: sebagai pelajar. Circle of influence kita ialah kita punya study. Kita yang boleh ubah cara kita study, masa kita dan finally the results. Lepas tu circle of concern kita ialah... err... ada orang bagi contoh: berpolitik, berdakwah. Kita tak perlu sibu-sibuk nak betulkan orang, nak dakwah dengan aktif sana-sini bla... bla... bulatan gembira setiap minggu. Sebab kita bukannya boleh ubah orang tu dengan jayanya pun. Bukannya kita boleh ubah posisi Perdana Menteri sekarang pun.

Ngee... tapi, adakah dakwah tu betul-betul di luar circle of influence kita? Is it really a concern?

Maka terfikir pulak oleh saya; adakah berpersatuan tu pun hanyalah sejenis concern? Hanya semangat darah muda mahasiswa?

Wx8ieireiznm8i97gpc6sxfz4cs8ywct
explain please... 

kalau memang dakwah itu luar kemampuan kita, kenapa ye dikatakan setiap orang yang mengucapkan dua kalimah syahdah tu seorang daie@pendakwah?

Saturday, August 4, 2012

Seronoknya Berkebun dan Makan Hasil dari Ladang Fitnah!

Tjvs0soosivtdn6vvs54a2t2p21c4krb

Assalamualaikum.

manusia seronok berbicara.

sangat seronok hingga terlupa dari mana datang bekalan saraf dari otak untuk membolehkan dia bercakap.

rupanya semua itu akhirnya daripada Tuhan.

namun masih mereka lalai

seronok menyemai benih-benih fitnah

menghentam sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengan pendapat mereka

membunuh sesiapa yang tidak menjadikannya orang ternama

seronok menyaksikan kejatuhan orang yang menghalang mereka yang tidak melaksanakan syariat Tuhan di muka bumi.

mereka ingat mereka berkuasa selamanya

mereka tidak endah dengan kata "Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh." kerana tiada pisau atau pistol atau racun, tiada darah...

fitnah itu senjatanya bukan dipegang dengan tangan, tapi dengan mulut.

fitnah itu darahnya bukan pada kapilari-kapilari yang koyak, tapi pada hati yang tiada dalam pengekelasan anatomi.

fitnah itu sakitnya bukan pada pain receptor di bawah kulit, tapi pada jiwa yang menanggungnya.

mereka berbicara seolah-olah mereka berkuasa atas segalanya.

semoga Allah memelihara kita dari fitnah besar. Allah sahaja yang berkuasa membalas perbuatan fitnah manusia yang lemah.