Saturday, August 4, 2012

Seronoknya Berkebun dan Makan Hasil dari Ladang Fitnah!

Tjvs0soosivtdn6vvs54a2t2p21c4krb

Assalamualaikum.

manusia seronok berbicara.

sangat seronok hingga terlupa dari mana datang bekalan saraf dari otak untuk membolehkan dia bercakap.

rupanya semua itu akhirnya daripada Tuhan.

namun masih mereka lalai

seronok menyemai benih-benih fitnah

menghentam sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengan pendapat mereka

membunuh sesiapa yang tidak menjadikannya orang ternama

seronok menyaksikan kejatuhan orang yang menghalang mereka yang tidak melaksanakan syariat Tuhan di muka bumi.

mereka ingat mereka berkuasa selamanya

mereka tidak endah dengan kata "Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh." kerana tiada pisau atau pistol atau racun, tiada darah...

fitnah itu senjatanya bukan dipegang dengan tangan, tapi dengan mulut.

fitnah itu darahnya bukan pada kapilari-kapilari yang koyak, tapi pada hati yang tiada dalam pengekelasan anatomi.

fitnah itu sakitnya bukan pada pain receptor di bawah kulit, tapi pada jiwa yang menanggungnya.

mereka berbicara seolah-olah mereka berkuasa atas segalanya.

semoga Allah memelihara kita dari fitnah besar. Allah sahaja yang berkuasa membalas perbuatan fitnah manusia yang lemah.

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment