Sunday, September 30, 2012

Kan Dah Dapat Tu

Salam alaik.

Ada satu benda nak cerita.

Saya ngan housemate saya yang sorang ni nak pindah. Dari sem 4 lagi beria-ia nak pindah. Lepas tu nak pindah-pindah tu, sibuk pulak minat kat senior. Minat macam tu je la. Kitorang dua orang pun sibuk la nak cari rumah yang dalam lorong yang sama dengan lorong rumah senior tu.

Kitorang minat dua orang yang berbeza, yang mana mereka berdua itu merupakan teman serumah. Macam mana kitorang boleh tahu diorang tu hosmet adalah disebabkan buku panduan musyrif. Jadi saya dengan yakinnya kata, "Eh diorang duduk Syari' C la!"

Syari'= lorong, jalan

Eceh. Konon-konon nak cari rumah kat Syari' C la dulu-dulu.

Bila masanya nak cari rumah tu, alhamdulillah dipermudahkan semuanya, dengan sekali cari je kitorang dapat rumah sebuah ni, yang duduknya dekat Syari' F! Tapi masa tu seriously kitorang dah tak ingat pasal senior tu haha... yang kitorang nak hanya lah rumah yang selesa dan selamat. Kiranya hajat kitorang tu main-main je la. Memang tak serius pun. Kikiki...

Tiba-tiba... sekali tu...

Senior yang kitorang minat tu rupanya jiran sebelah.

Gulp. Rupanya buku panduan musyrif tu ada salah sikit ye.
Kitorang nampak senior tu balik rumah lepas solat Maghrib kat surau tepi rumah kitorang. Dikuatkan lagi dengan kata-kata bakal housemate saya yang pernah duduk dekat situ... "Kitorang dulu duduk berjiran dengan abang-abang tu la."

Erk. Kan dah dapat tu? Maka gelak saya lepas ni akan jadi perlahan la sikit.

Thursday, September 20, 2012

Darjah-darjah Kerinduan

Assalamualaikum.

Ecece. Tajuk kemaingg... rindu-windu pulak dah...

Baru sampai sini tiga hari. Rindu toksah kata. Semalam dah meleleh air mata. Bukan saya tak tahu apa yang menyebabkan saya menangis kerinduan pada kali ini, sedangkan masa tahun pertama dulu aci dah sampai je Mesir, terus je merasai keseronokan berada di tempat orang. Tak ada rasa rindu yang meleleh (tobat pon) dan melampau-lampau, sebab saya tahu saya akan balik tahun depan.

Tapi ketika usia dah nak jejak 20 tahun ni, air mata semakin murah bila sampai bab tinggalkan keluarga.

Sampai kawan pun kata "Saya tak pernah tengok Bihah nangis macam ni."

First year: Masa nak board tu tak rasa sedih pun. Sebab excited gila. Serius tak rasa sedih. Dalam hati kata: I'll be back next year.

Second year: Masa nak naik kapal terbang (yang didefinisikan sebagai silinder bulat yang mempunyai kipas besar di kiri dan kananya dan amat membosankan) nak balik Mesir tu pun rasa macam tak ada apa-apa. Just going back to Egypt... ~lalala~

Third year: Belum naik kapal terbang lagi dah menangis. Sambung menangis lagi kat Mesir (semalam kantoi nangis masa Skype). Menangis sebab rasa macam ada benda yang ditinggalkan. Family. Kalaulah dapat aku bawa mereka semua ke sini... hehehe...

Because the love grows stronger. Thank Allah for granting me with a family.

A home ain't home when the parents are absent. 

Shocking. Bihah never cried since kindergarten for being left.
Bihah cries when she left her family for Egypt.

Perasaan yang kita rasa pun sebenarnya Allah yang bagi. Bukannya datang sengaja atau tidak, bukan automatik. Allah bagi.

That means: Allah blesses my family with the love that is growing stronger during the summer. (oww.. macam duduk Korea pulop ada summer ni hehehh)

kredit to: lulu-fifi (Kami suka tengok video Matluthfi90) 

Wednesday, September 19, 2012

Doktor Berkejaran

Assalamualaikum.

Common question threw to my father whenever he met the relatives or friends:

Anak yang ini belajar kat mana?
Anak yang itu?
Yang nombor empat tu?

Lepas tu, abah jawab
Yang itu kat sini-sini
yang itu kat sana-sana
Yang itu sekolah lagi.

Belajar apa?
Soalan lagi

Yang itu engineer, yang itu pun enginner
Yang itu dokter
_______________________________________________________________________

Kenapa awak nak jadi doktor, Nabihah?
No one has ever ask me this Q
except those who interviewed me for scholarship

Hilal Asyraf is used to write this one line at the end of his post in FB
Semoga Allah redha

Tak pernah la saya jawab macam tu bila interviewers tanya

Tapi baru sekarang rasanya saya sedar
Apa pun kita buat mesti la nak kena dapatkan keredhaan Allah
Kalau buat maksiat takkan Allah redha kut

Bukannya semata-mata duduk depan tok guru bertalaqqi
dengar dan baca kitab
solat hampir sehari
puasa penuh hampir sebulan selain dalam Ramadhan

bukan itu sahaja caranya kita nak dapat redha Allah

terjumpa gambar ni kat FB


kalau tak jadi ustazah pun boleh kejar redha Allah

mungkin belajar sana sini nampak macam terlalu mengejar dunia pada sesetengah orang
sebab orang biasa macam saya tak pernah duduk bertalaqqi
jarang-jarang sekali datang majlis ilmu Ustaz Azhar
nampak macam terlalu mementingkan dunia

oh
tapi rupanya kita boleh kejar dunia
untuk dapat akhirat

ada orang pernah bergurau
buat apa belajar banyak-banyak
dunia je semua tu!

yeah maybe it's right
tapi kalau belajar ni maksudnya kita main dekat dengan ilmu Allah kan?
that's how we grab dunia for akhira

Sekian.

Tuesday, September 18, 2012

Bumga-bunga Cinta Versi Malaysia-Mesir

Assalamualaikum.

[Haha. Jangan risau, Kak Misha Omar. Saya bukan nak modified lirik lagu Kak Misha ni hehehe.]

Alhamdulillah, maka sudah pun selamat sejahtera saya dan kawan-kawan menjejak Mesir ni hehe. Very hard good bye ugh.

4 bulan duduk Malaysia. Lama tak?

Sebenarnya tak ada la rasa apa sangat dengan 4 bulan tu. Pejam celik, makan tidor, main kucing main game drive sana sini oke dah habih.

Boleh diterima ke kalau saya buat hipotesis macam ni....

Kepanjangan cuti itu boleh dirasa berdasarkan apa yang telah kita buat pada waktu cuti itu.

Saya kata macam tu sebab, what I did during the 4 months holiday was really meaningful. Sebab saya buat untuk orang yang saya sayang. Turun naik hospital dan klinik, turun naik SESMA dan rumah... they were all causing the love to bloom. Brightly.

Betul la. A daddy will not hurt her daughter. A mummy wants to do anything for her daughter. A sister wants to take care of her siblings well.

Yang saya sedar, waktu cuti ni menyuburkan rasa cinta kita dalam keluarga. [Therefore: hey, pihak universiti harus memberikan cuti yang lebih panjang kepada pelajar. Terutamanya yang oversea hehehh]

Bukanlah saya nak kata asal cuti je, bunga-bunga cinta pun mekar dan meriah je...

Tapi, bila kita cuti sekolah [atau cuti universiti untuk kanak-kanak tua] masa yang ada dalam cuti tu kita gunakan untuk berbakti kepada keluarga.

That's why it was hard to say good bye yesterday. Kantoi leleh air mata lagi. Being apart kills me. Kawan-kawan tak pernah tengok Bihah nangis banyak-banyak macam ni...

Tapi kat Mesir ni, namanya pun dah kena hidup sendiri kan. Why choose sadness when you can live happily with Allah's love? Ask anything, He will give you anything for free.

Yang pasti, bunga-bunga cinta saya dah merentas Malaysia-Mesir.

Sayangi keluarga anda!

Sunday, September 16, 2012

Return to Tarbiyyah Land

Assalamualaikum.

Maka hari esok saya dah nak balik Mesir. Masuk tahun tiga. Third year doh wehh. Menempuh tahun tiga sepanjang usia 19/20 tahun.

Hmm. Me returning to the tarbiyyah land.

Kenapa Mesir tu saya panggil tarbiyyah land?

Sebab kat republik itu la saya belajar menjadi dewasa dan menjadi tua. Haha.

Bukan sekadar menjadi doktor, belajar ilmu medik yang bertimbun dan bergunung-gunung itu.

Tapi benda lain jugak. Menggali hadis. Menggali Islam. Kalau dulu di permukaan, sekarang dah boleh la kata bawah sikit dari permukaan. InsyaAllah. Akan sampai ke dasar.

Kat sana la jugak saya memahami erti saya menjadi seorang warganegara.

Saya pernah baca satu ayat ni dulu: Kita kena berjuang tak kira la kita akan menang atau kalah. Sebab nanti kita akan ditanya bukan menang atau kalah, tapi soalan yang akan ditujukan ialah, kenapa kita tak berjuang?

Ke gane?

Oktengsbai.

Friday, September 14, 2012

Cinta Tak Berbaja dan Tak Bersiram

Salam 'alaik.
Salam jumaat.

Hey.
Pokok bunga kalau nak cantik mesti kena baja dan kena siram sokmo-sokmo.
Baru la bunga-bunganya lebih subur daripada bunga-bunga cinta Misha Omar

Sama la kan
Nak cintakan Islam, cintakan Allah
Mesti la kena baja hari-hari
Siram selalu
Dengan ayat-ayat Quran
Dengan kata-kata nasihat

Kita bertanggungjawab untuk menyuburkan cinta kita kepada Allah
Boleh buat sendiri
Sebab kalau kita tak nak orang lain tak boleh buat apa dah

Untuk menyemarakkan keinginan kita untuk rajinkan diri suburkan cinta itu
Maka
Saya mula sedar
Pentingnya rakan-rakan yang baik dan selalu mengingatkan kita kepada Allah dengan nasihat-nasihat power

Jangan biar cinta kita tak berbaja dan tak disiram

peringatan ini ditujukan khas kepada: Saya. Dan sesiapa yang mahu menerimanya. 

=)

Friday, September 7, 2012

Common Sense - The Very Compulsory Sixth Sense

Assalamualaikum

Kadang-kadang banyak je doa
mintak dengan Tuhan macam-macam
bila dah dapat lupa nak ucap alhamdulillah

Tajuk.
Sixth sense: Common sense

diperlukan untuk survive hidup.
kata orang la.

tanpa deria keenam yang wajib ni
banyak benda akan jadi susah

tak nanti kita lelaki atau perempuan
tak nanti Islam atau Buddha atau apa saja agama
tak nanti kita doktor yang menghadap darah setiap hari
tak nanti kita engineer yang berbelit wayar setiap kali
tak nanti kita alim atau jahil
tak tunggu free hair atau bertudung ke lutut

you just need the common sense

kalau bertudung labuh 
menutup aurat dengan sempurna pun
kalau hilang common sense
maka susah juga
diri sendiri susah
orang lain pun disusahkan

oopss... ter-private masalah peribadi

takpe
tak sebut nama (pintu keluar konon)

jangan salahkan orang lain apabila anda disalahkan
kalau anda disalahkan pasti ada sebabnya
mungkin pada bicara
pada laku
pada diam
sebab dunia ni bukan untuk kita seorang

erti hidup pada memberi
bukan hidup untuk diri sendiri

ambil kira orang lain kalau berhajat orang lain mengira anda sekali
guna barang orang mintalah izin
sebab tanpa izin sahabat jadi musuh
dah guna barang orang 
kenalah tahu berbudi bahasa dengan hak milik orang lain
kenapa pilih untuk timbulkan permusuhan
sedangkan Islam itu mahukan damai?

Monday, September 3, 2012

Istiqamah is Killing Me

Assalamualaikum.



1po9fynmtvsj0wnxij9daq651t8riit3

It is killing me to be apart from my bad routines.

Menaip di blog itu semudah masak maggi.
Mengamalkan apa yang kita tulis kepada orang lain itu susah seperti masak rendang di Aidilfitri
Rasa macam dibunuh

Senang betul diri ini melupakan Allah
Dan susah juga diri ini kembali mengingati Dia

Betul ke awak tulis sebab Allah?