[Haha. Jangan risau, Kak Misha Omar. Saya bukan nak modified lirik lagu Kak Misha ni hehehe.]
Alhamdulillah, maka sudah pun selamat sejahtera saya dan kawan-kawan menjejak Mesir ni hehe. Very hard good bye ugh.
4 bulan duduk Malaysia. Lama tak?
Sebenarnya tak ada la rasa apa sangat dengan 4 bulan tu. Pejam celik, makan tidor, main kucing main game drive sana sini oke dah habih.
Boleh diterima ke kalau saya buat hipotesis macam ni....
Kepanjangan cuti itu boleh dirasa berdasarkan apa yang telah kita buat pada waktu cuti itu.
Saya kata macam tu sebab, what I did during the 4 months holiday was really meaningful. Sebab saya buat untuk orang yang saya sayang. Turun naik hospital dan klinik, turun naik SESMA dan rumah... they were all causing the love to bloom. Brightly.
Betul la. A daddy will not hurt her daughter. A mummy wants to do anything for her daughter. A sister wants to take care of her siblings well.
Yang saya sedar, waktu cuti ni menyuburkan rasa cinta kita dalam keluarga. [Therefore: hey, pihak universiti harus memberikan cuti yang lebih panjang kepada pelajar. Terutamanya yang oversea hehehh]
Bukanlah saya nak kata asal cuti je, bunga-bunga cinta pun mekar dan meriah je...
Tapi, bila kita cuti sekolah [atau cuti universiti untuk kanak-kanak tua] masa yang ada dalam cuti tu kita gunakan untuk berbakti kepada keluarga.
That's why it was hard to say good bye yesterday. Kantoi leleh air mata lagi. Being apart kills me. Kawan-kawan tak pernah tengok Bihah nangis banyak-banyak macam ni...
Tapi kat Mesir ni, namanya pun dah kena hidup sendiri kan. Why choose sadness when you can live happily with Allah's love? Ask anything, He will give you anything for free.
Yang pasti, bunga-bunga cinta saya dah merentas Malaysia-Mesir.
Sayangi keluarga anda!
0 Throw your words, write good:
Post a Comment