Friday, November 29, 2013

Pemergiannya Satu Peringatan untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum

Lama dah tak post benda.

Semalam terjadi satu kematian, melibatkan seorang pelajar Malaysia di Mansurah, Mesir ni. Let me call him arwah UM.

I don't know him. I thought I had never met him even once. Tapi sebenarnya pernah travel ke Cairo (ramai-ramai naik van besar) semester lepas, pertama kali nampak dia, dan kali terakhir jugak sebenarnya. Dia pendiam, sebab tu tak recognize sangat.

Memang tak kenal langsung dengan arwah UM ni.

Tapi, bila dia meninggal, terasa macam Allah datangkan peringatan kepada diri sendiri
Nabihah, kau banyak lagi dosa, kau tangguh taubat. Kau dah sedia ke esok nak mati? Kau masih lagi kejar dunia, akhirat kau dah prepare ke?
Dikhabarkan oleh kawan-kawan arwah UM seorang yang selalu bercakap benda baik, dan dia jugak salah seorang orang yang mencari kebenaran dalam fikrah Islam. Dan dia meninggal, kembali kepada Allah dalam perjalanannya mencari kebenaran. Semoga kebaikan yang dia sebarkan akan terus mengalir kepada semua orang. Semoga dia bertemu Allah dalam keadaan yang baik.

Dia meninggal disebabkan respiratory failure, seperti mana yang dikhabarkan oleh housematenya kepada kawan lepas tu kepada kawan lepas tu mungkin beberapa orang dan sampai kepada saya semalam melalui seorang senior.

Tapi amat malang sekali sebab ada je segelintir manusia yang seronok menjaja cerita (yang dari mana entah sumbernya) dan menyebarkannya di Facebook berkenaan cara matinya arwah, akibat insiden tragis. Sebenarnya arwah pergi bukan dengan cara yang terpesong akidah macam tu. Semoga Allah kurniakan hidayah kepada mereka yang memulakan cerita itu dan menjaja cerita itu.

Senior-senior rapat yang menangisi pemergian arwah semalam telah bergilir-gilir menyampaikan peringatan dalam usrah mereka lepas solat jenazah malam tadi.
Orang yang beriman ialah orang yang mengingati mati. Sepertimana seorang lelaki yang lamarannya terhadap seorang perempuan diterima, maka dia bersedia untuk bernikah dengan segala persiapan rapi supaya tidak ada masalah untuk berkahwin nanti, maka begitulah kita sepatutnya bersedia menghadapi mati. (Akhi Akmal)
 Kita bercakap pasal baiknya arwah. Nanti kalau kita mati, ada ke kebaikan kita yang nak disampaikan kepada orang lagi? (Akhi entah yang mana)
Arwah meninggal dalam keadaan dia sentiasa menyampaikan kebaikan dan bercakap benda baik. Kita? Yang final year ni? Kalau mati dalam keadaan kita bersungguh-sungguh mengejar degree? Macam mana tu? (Akhi Akram)
Itulah usrah suram mereka semalam. Sebab arwah pun geng usrah tu.

 
 
 
 
 

Friday, November 1, 2013

Kebebasan Beragama, Ajaran Demokrasi

Assalamualaikum.

Let's get back to work.

Hari ni nak cakap pasal kebebasan beragama.

Demokrasi ada empat jenis kebebasan:
  1. kebebasan beragama
  2. kebebasan bersuara
  3. kebebasan bertingkah laku
  4. kebebasan kepimilikan
Dalam demokrasi tidak ada prinsip halal dan haramnya.
Tapi dalam Islam, Allah dah tetapkan ada benda yang halal dan haramnya. Bertentangan dah kat situ.

Akan tetapi dalam demokrasi, semua prinsip kebebasan ni boleh diamalkan dan mesti dihormati asalkan tak ganggu hak sama rata orang lain.

Contoh.

Pak Mat curi kambing Pak Abu. 
Kalau Pak Abu repot polis pun boleh, Pak Abu tak nak repot polis pun boleh. Pak Abu cakap takpe, jadi hal curi kambing dianggap selesai. 

Tapi dalam Islam tak boleh macam tu! Mesti la yang tukang curi kena hukum walaupun Pak Abu sebenarnya tak kisah sangat kambing dia kena curi. 

Seluruh hidup Pak Mat tak diredhai Allah sebab makan hasil dari kambing curi tu. 

Sebab hidup Muslim matlamatnya untuk capai keredhaan Allah bukannya keredhaan manusia.

Tapi kan dalam Quran ada cakap dalam surah al-Baqarah ayat 256 yang tak ada paksaan dalam beragama tu... haa tu macam mana tu??

Al-Baqarah:256

Asbabun Nuzul: ayat ini turun kepada seorang Ansar (Bani Salim) yang bernama al-Husaini, yang memiliki dua orang anak yang beragama Nasrani sedangkan dia beragama Islam. 

Lalu dia bertanya kepada Rasulullah saw apakah dia boleh memaksa anak-anaknya untuk masuk Islam sebab anak dia tak nak jadi selain Nasrani.

Lalu diturunkan ayat ini.

[Tafsir Ibn Kathir]

Daripada ath-Thabari: ayat ini bermaksud "tidak ada paksaan dalam bergama" bagi orang yang halal diterima jizyahnya, dan redha dengan hukum Islam. [ath-Thabari, Jami' al-Bayan Jilid 3, ms 19] 

(iaitu kafir dzimmi)

Kafir dzimmi: orang kafir yang tidak memerangi Islam, yang hidup di dalam wilayah Islam dan tunduk kepada implementasi hukum-hakam Islam dalam negara tersebut. 

Orang kafir yang masuk Islam tak boleh murtad, kalau murtad kena bunuh!
"Siapa sahaja yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia." [HR Bukhari]

 Tiada paksaan dalam agama hanya applicable dalam konteks orang kafir untuk masuk ke dalam agama Islam dan bukannya untuk orang yang dah Islam untuk keluar dari agama Islam.

Setiap orang yang memeluk agama Islam wajib melaksanakan syariat Islam mana boleh buat sikit-sikit je.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." [Al-Baqarah: 208]

Dan sebenarnya, ayat 2:256 tu dah dijadikan justifikasi golongan-golongan yang menolak syariah Islam ni untuk membolehkan kebebasan beragama dalam demokrasi.

Sedngkan Allah meredhai satu agama sahaja iaitu Islam.