Friday, November 1, 2013

Kebebasan Beragama, Ajaran Demokrasi

Assalamualaikum.

Let's get back to work.

Hari ni nak cakap pasal kebebasan beragama.

Demokrasi ada empat jenis kebebasan:
  1. kebebasan beragama
  2. kebebasan bersuara
  3. kebebasan bertingkah laku
  4. kebebasan kepimilikan
Dalam demokrasi tidak ada prinsip halal dan haramnya.
Tapi dalam Islam, Allah dah tetapkan ada benda yang halal dan haramnya. Bertentangan dah kat situ.

Akan tetapi dalam demokrasi, semua prinsip kebebasan ni boleh diamalkan dan mesti dihormati asalkan tak ganggu hak sama rata orang lain.

Contoh.

Pak Mat curi kambing Pak Abu. 
Kalau Pak Abu repot polis pun boleh, Pak Abu tak nak repot polis pun boleh. Pak Abu cakap takpe, jadi hal curi kambing dianggap selesai. 

Tapi dalam Islam tak boleh macam tu! Mesti la yang tukang curi kena hukum walaupun Pak Abu sebenarnya tak kisah sangat kambing dia kena curi. 

Seluruh hidup Pak Mat tak diredhai Allah sebab makan hasil dari kambing curi tu. 

Sebab hidup Muslim matlamatnya untuk capai keredhaan Allah bukannya keredhaan manusia.

Tapi kan dalam Quran ada cakap dalam surah al-Baqarah ayat 256 yang tak ada paksaan dalam beragama tu... haa tu macam mana tu??

Al-Baqarah:256

Asbabun Nuzul: ayat ini turun kepada seorang Ansar (Bani Salim) yang bernama al-Husaini, yang memiliki dua orang anak yang beragama Nasrani sedangkan dia beragama Islam. 

Lalu dia bertanya kepada Rasulullah saw apakah dia boleh memaksa anak-anaknya untuk masuk Islam sebab anak dia tak nak jadi selain Nasrani.

Lalu diturunkan ayat ini.

[Tafsir Ibn Kathir]

Daripada ath-Thabari: ayat ini bermaksud "tidak ada paksaan dalam bergama" bagi orang yang halal diterima jizyahnya, dan redha dengan hukum Islam. [ath-Thabari, Jami' al-Bayan Jilid 3, ms 19] 

(iaitu kafir dzimmi)

Kafir dzimmi: orang kafir yang tidak memerangi Islam, yang hidup di dalam wilayah Islam dan tunduk kepada implementasi hukum-hakam Islam dalam negara tersebut. 

Orang kafir yang masuk Islam tak boleh murtad, kalau murtad kena bunuh!
"Siapa sahaja yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia." [HR Bukhari]

 Tiada paksaan dalam agama hanya applicable dalam konteks orang kafir untuk masuk ke dalam agama Islam dan bukannya untuk orang yang dah Islam untuk keluar dari agama Islam.

Setiap orang yang memeluk agama Islam wajib melaksanakan syariat Islam mana boleh buat sikit-sikit je.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." [Al-Baqarah: 208]

Dan sebenarnya, ayat 2:256 tu dah dijadikan justifikasi golongan-golongan yang menolak syariah Islam ni untuk membolehkan kebebasan beragama dalam demokrasi.

Sedngkan Allah meredhai satu agama sahaja iaitu Islam.
 

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment