Monday, May 28, 2012

Belajaq Kepala Keluaq Lutut

Assalamualaikum.

Semalam esei. Cukup mengeringkan otak.

Biarlah semua berlalu sebab tak ada makna nak kejar balik Dr Dalia dan semua kertas jawapan itu semata-mata nak betulkan balik jawapan-jawapan yang menjadi peluru subjektif. Peluru objektif lebih senang untuk didapati di dalam kertas soalan. Kalau subjektif maka saya gigit jari.

Belajar kepala keluar lutut, memang tak dapat ah. [kata Ketua Batch si Syahmi Zulkifli bekas pelajar sekolah bintang, via BlackBerry]

Mana limbic system, basal ganglia semua? [kata si Syamil Safwan]
Lalu dijawab oleh Syed Fazreen dan Ahmad Ashraf: Ni ada kat sini meh la amik soalan lebih... (sarcastic) @____@

Walau semangat hapal kepala, last-last soalan yang keluar: kepala lutut.

Seriously, kepala lutut yang keluar.

Patella bukan kepala paip.

Kepala lutut.


Kesimpulan: Barang yang lepas harus dikenang. Kalau tak terjadi la pembinaan ayat seperti ini:

Maktabah mana yang tersalah stapler kertas soalan semester 4 tercampur dengan sem 2? (kata Farhan Azhar)

Kesimpulan tersimpul mati: Hakikatnya: Study jangan sebab peperiksaan yang sudah terlekat di penjuru. Lutut ke kepala ke... tapak kaki ka, tapak tengkorak ke, semua Allah yang cipta maka berusahalah untuk menggali ilmu itu dengan sebaik-baiknya supaya kita tidak 'di-kepala-lutut-kan' oleh orang yang suka 'meng-kepala-lutut-kan' kita. (musuh Islam)

Kesimpulan tersimpul mati tak boleh buka balik: Tawakkal lah!! Balik Malaysia bawak barang-barang anat, duduk rumah baca buku belajar kepala lutut balik!

Tuesday, May 22, 2012

Kayu Pengukur Kebenaran Kehidupan Hari Ini


Assalamualaikum.

Berkenaan masalah hidup.

Ikhtilat. (Sosial terutamanya pergaulan lelaki perempuan)

Muamalat. (Berurus niaga)

Munakahat. (Yang ini tak payah cakap maksudnya apa mesti ramai yang tahu :P)

Politik.

Dan banyak lagi.

Walau apa pun percanggahan, walau apa pun pendapat yang ada perbezaan, walau apa pun tajuk perdebatan, walau apa pun perselisihan, jangan lupa satu kayu pengukurnya.

ISLAM.

True Islam.

Bukan Islam yang diedit dan diseleweng oleh tangan-tangan yang menahan gerabak Keretapi yang hendak ke landasan seterusnya.



Ikut kayu pengukur yang bernama Islam ini insyaALLAH semua akan jadi cantik jelita. 

Dan mencari kebenaran dan kesucian kayu pengukur itu bukan senang.

Okelahkenareviseotakmanusiasoitusaje. 

Monday, May 14, 2012

ALLAH Bagi Kita Otak

Assalamualaikum.

Peperiksaan di sekitar penjuru. Maka kita kena study betul-betul, jangan nyalakan minyak tengahmalam kalau nak keputusan peperiksaan dengan warna terbang-terbang.

Hahahh. Demikianlah bicara abang saya. (abih rosak bahasa inggeris dia duduk jepun lelame kihkih, adiknya pun mengikut juga :P)

Topik hari ini ditujukan kepada semua orang termasuk saya sendiri.

Banyak kali dengar bersyukur kan?

Hari ini saya rasa saya kena bersykur sebab ALLAH ciptakan manusia ni dengan keadaan yang sangat organized.

Manusia ada 2 otak: otak besar ngan otak kecik.

Otak besar dalam bahasa standard nye: cerebral hemisphere. Yang biasa kita bayangkan kalau sebut otak tu.

Lepas tu, kita ada otak kecik atau nama standard (marah Dr Adel Bondok kalau dengar saya sebut small brain ni hehe) dia cerebellum. Dia lebih kurang je rupanya dengan otak besar, cuma dia kecik je. Dia duduk melekat kat bawah cerebral hemisphere. (separated by tentorium cerebelli)

credit to: Pak Cik Frank bin Netter
copyright: k-on 2012 (ahahhkk)

Cuba teka, antara otak besar dengan otak kecik yang mana satu bos, yang mana satu tukang buat kerja?

Otak besar kita, ditugaskan oleh ALLAH untuk plan pergerakan kita. Contoh ada makanan kat atas meja, maka otak besar ni akan lukis satu plan untuk tangan kita bergerak mencapai makanan itu. Lepas lukis plan, otak besar kena bagitahu otot2 tangan ni supaya diorang ni bekerjasama untuk kembang kecut (read: contract and relax), maka tangan boleh bergerak. 

Dalam masa yang sama, otak besar pun kena hantar lukisan plan tu kat otak kecik. Lepas otak kecik kita tengok-tengok plan tu, check2... dah chantekk, maka dia kasi approval kat otak besar untuk bagitahu tangan kita buat kerja. 

Otak kecik jugak memastikan tangan kita buat kerja ikut plan yang dilukis tadi tu. Kalau tangan tak ikut, maka dengan pantasnya otak kecik aka cerebellum kita ni akan bagi signal "Cik Handy, u buat kerja tak ikut plan la."

Boleh jawap tak soalan di atas sana? Siapa bos?

Kalau tak ada cerebellum ni kesian oii... kalau kita tak ada cerebellum (atau rosak), pergerakan badan kita akan jadi macam ghobot (read: robot) tau... semua pergerakan akan jadi tak normal kalau Encik Cerebellum ni tak de. 

Refleks: Hari ini anda berjalan dengan normal tak? Kalau masih normal, say alhamdullilah cepat-cepat. Sebab ALLAH masih izinkan otak anda berfungsi seperti biasa. Dah lama kot cerebellum kita ni bekerja. (Saya dah doploh tahun maka dah doploh tahun la ia bekerja.) Tak haus tak pancit otak kita, kan?

Mari kita jadi manusia yang bersyukur kepada ALLAH yang menciptakan kita sempurna!

Saturday, May 5, 2012

Berudu Akan Keluar Menjadi Katak Yang Bersosial

Assalamualaikum.

Saya seorang perempuan di akhir usia remaja, akan menjadi orang dewasa. Uhuhuhuuu... sudah tua dimamah usia dah rupanya.

Saya seorang pelajar perubatan di Mesir. Lambat lagi mahu habis belajar.

Iye memang lama sangat lagi nak habiskan pengajian, tapi...

Sepanjang tempoh yang lama ini, saya belajar banyak benda.

Mengikut kepada tajuk berudu dan katak, maka saya nak kata... saya sekarang student, dah di akhir usia remaja maka dalam masa beberapa tahun lagi saya kena berhadapan dengan suasana hospital.

Suasana hospital: Berhadapan dengan senior doc, dengan pesakit, dengan nurse, dengan Pengarah hsopital maybe, dengan orang-orang di makmal...

Definitely kita kena berhadapan dan bergaul dengan mereka. (kita tiba-tiba hehehh)

I am sayin' this as a reminder for me, and for you too hihihh...

Masih ada segelintir kawan-kawan yang belum dapat stand on their own knee,  tak dapat bergaul dengan orang lain selain kawan-kawan rapat atau geng kamcing mereka.

Maka bersyukurlah bagi sesiapa yang dah terlepas daripada ikatan 'bergantung kepada kawan-kawan yang dah biasa dengan kita' ni. Sungguh saya rasa susah kalau kita tak dapat nak bebaskan diri daripada ikatan seperti ini.

Berudu akan menjadi katak, dan katak kena keluar dari kelompoknya untuk memajukan diri lantas menakluk sebuh paya yang lain di sebelah paya yang menjadi tempat dia hidup. Untuk berpasangan juga.

Apa yang saya nak katakan kat sini, saya sebagai pelajar medik akan habis belajar dan masuk hospital, kena berkawan dengan doktor-doktor yang lain, doktor senior, kakak adik mak cik nurse, pesakit...

Kita tak boleh refuse bila kita kena dicampakkan ke dalam satu kumpulan lain yang tak ada geng kita. Kita kena hadapi situasi dan belajar macam mana nak get along dengan orang yang baru kita kenal, atau kalau dah lama tahu nama dia pun, belajar macam mana nak berkawan baik dengan dia.

Sebab tu ALLAH ciptakan manusia ni berbagai-bagai, supaya kita semua berkenalan.

Sekiranya berudu yang menjadi katak itu tak reti keluar dari kumpulan dia, maka macam mana dia akan jadi katak yang berjaya??

Kalau kita tak boleh keluar dari kepompong macam mana kita nak berjaya dalam medik? (cth saya la ni)

Thursday, April 26, 2012

Manusia Ciptaan ALLAH, Semua Berbeza

Assalamualaikum.

I can't deny I feel irritated now.
Sorry that I'm spilling it here.

Pendapat saya ditolak bulat-bulat.
Kalau dalam English 
My opinion was pushed round-round
Hehe...
(Should be 'my opinion was rejected completely')
Marah cikgu English karang

Sometimes there are people who don't understand
They reject other's opinion
and force the people to accept theirs

Memang bengang.
Tapi ALLAH bagi saya kenal orang macam ni sebab...

1. Nak suruh saya sabar.
2. Nak bagitahu saya manusia ni karenah nye macam-macam.

Betul. 
We can't expect that we are all true
from A to Z
Saya rasa down dengan orang yang macam ni
tapi dalam masa yang sama
saya kena muhasabah diri saya
saya pun ada jugak reject pendapat dia
kalau bukan macam tu
saya mungkin pernah calar-balarkan hati dia.

Jadi pengajaran kat sini
Sebelum kita muhasabah orang lain
muhasabah la diri kita dulu.
(Pesanan Saidina Umar r.a- dipetik daripada kata-kata akhi Pengarah LIFE 4 2012)

(asal-asal nak luah perasaan, nak bagitahu kekecewaan
hehe tapi daripada duk sembur orang
baik muhasabah diri, kan?)

;)

Monday, February 6, 2012

Tudung Labuh~Dakwah Bulat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. ALLAH dah bagi dia kekuatan, hidayah dan sebagainya untuk dia berubah.

Erk!

Kejap. Sebenarnya saya baru tertahu ada la seorang kawan [which is not really kawan la, tapi budak satu batch masa sekolah dulu] dah ubah gaya dirinya, in the meaning of tudung.

Status dia kat fesbug semuanya berbentuk peringatan. Alhamdulillah.

Eh eh anda Cik Bihah bila lagi nak berubah daripada status mengarut kepada status yang berbentuk peringatan? Bukan ke memberi peringatan tu disukai oleh Nabi SAW? (garu pipi, garu kepala dalam hati)

Peringatan untuk saya yang terkena di batang hidung sendiri, dan mungkin orang lain juga.

Alhamdulillah. syukur. gembira sebenarnya.

Daripada tudung yang macam ini...


Dia dah pakai tudung yang mcam ni...


alhamdulillah. syukur bebenor teman rase...

Semoga dia istiqamah dan diberikan kekuatan untuk terus mengekalkan imej itu. Sejuk mata memandang. 

Teringat orang Terengganu panggil tudung yang macam ini sebagai dakwah bulat. Kalau tudung tu segi tiga dan besar, diorang panggil dakwah segi tiga.

Insyaallah dia akan jadi lebih baik, dan saya juga insyaALLAH.

Perubahan itu bukan sepantas kilat.
Kadang-kadang boleh jadi serta merta dan ada juga yang lambat.
Hari ini diorang mungkin tak jaga ikhtilat.
Tapi siapa tahu esok ALLAH angkat darjat.
Lebih baik daripada kita yang kadangkala perasan hebat.

Doa dari jauh...

nana.

Wednesday, February 1, 2012

Dia Cakap Kelantan

Assalamualaikum.

I just being reminded to a conversation with my lil cousin. She was five, born in Selangor and followed her big sister to Kelantan.

I thought that all kids do catch up with different language very quickly. Mentang-mentang masa darjah satu dah reti cakap Sabah... so I thought the kids would be like that... LOL

I asked Aisyah (Aisyah Humaira)

Me: Aisyah pandai cakap Kelantan tak?

Aisyah: (angguk) Pandai.

Me: Cuba Aisyah cakap Kelantan, Kak Bihah nak dengar. (semangat!)

Aisyah: KELANTAN.

=.="

Funny.

So when people ask me, pandai cakap Arab tak...

Mesti la reti... ARAB. :P

Tuesday, January 24, 2012

Best Friend~ Parents

Assalamualaikum.

Ohoh esok paper last.
Bakal merdeka wehhee alhamdulillah.

Pernahkah kamu dengar pepatah yang mengatakan bahawa...

Parenting is a FULL TIME job, ain't a part time job.

Mereka juga kata...

Masa kita kecik-kecik dulu,
masa zaman berebut air poli atau mamee monster tu...
atau waktu kita tengah umur dobelas tahun dulu
Mak Ayah garang

But the time sure passes very quickly
and today we are teenagers (ohh 20 boleh masuk teenagers lagi kan?? >.<)
and some are adults already (including me kah?)
then today our parents are friends


I spill all stories to them
They are with me
comes high or tide water

So, choose.
When we are the parents
will we do the same to our children?
:D

MODE: homesick sedikit. jeles tengok housemate balik Malaysia beriklim khatulistiwa

Sunday, December 18, 2011

Tell Me The Truth About The Jama'ah

Assalamualaikum.

Seriously, bunga??
hehe... that's one of Mat Luthfi's lines
Ignore it...

But seriously
I wanna know
what's going on actually
when some individuals claim that 
their jama'ah are far, more... better than others
they said they struggle for Islam
but why they separate?

And they say...
"Awak tak perlu la ikut diorang yang jemaah itu
diorang dah banyak menyimpang dari Islam,
perjuangan diorang tak betul."

So what is the thing
that causes them to be led astray
of the right path of Islam?
The sisters and brothers didn't tell me.
At all.

And because i was a young girl
I swallowed it as it is
I believed it as it is
I took it
I was wrong

And now is the time for me
to know what is it
Kan?
Salah ke?
Tak kan...
I need to know why they said so
Orang-orang jemaah tu baik je punnnn...
They pray, they eat, they study
they go to 'school'
(well u know we are used to say pergi sekolah than pergi kuliah :P)
they do their jobs
they read, they watch tv
(part tv tu susah sikit nak kata logik kat mesir ni, baik tgk youtube je drp sewa antenna besar mcm satelit utk tv)
they recite quran
they walks, they ride taxi to school
they do all what I do
they organize their programmes
they send invitations to us 
"Adik, meh la datang program kitorang minggu depan. Masuk free, keluar free. Boleh daftar dengan ahkak tu..."
"Adik, jemput datang ke bait dot dot (bkn bait muslim) untuk program dot dot petang lusa."
just like the one yang beria-ia kata jemaah itu salah

maybe sebab jemaah-jemaah ni
tak berdaftar under government kot

tapi apa salah diorang?

i guess this is the lumrah becoming a Malaysian, a Muslim
in a foreign country.

p/s: jemaah asal dari bahasa arab, yang bermaksud kumpulan. tapi macam dah lain je maksudnya pada perspektif kite... ye dak? 

Sunday, December 4, 2011

Sayang Sayang Saudari, Ukhti, Gegurls dan juga ADMIN

Assalamualaikum...


Hailoohh...
Baru blogwalking... jumpa macam-macam...
Ada yang menghiburkan hati...
Ada jugak yang cukup menyakitkan hati
terutamanya bila ada admin-admin yang cakap pasal
LEGGINGS


am not saying I like to wear legging
never! insyaALLAH
I know it is ABSOLUTELY HARAM
I know it is not cute
or pretty at all


but please, anyone
yang nak tegur
nak marah wanita-wanita berlegging
atau yang sewaktu dengannya
jangan guna cara yang menyakitkan hati
yang tak pakai legging pun boleh jadi tak senang tau
terganggu emosi


please don't use the words starting with the 'B'
you know it all
no need to mention it i think
nak tegur manusia-manusia berlegging
1stly u have to look into yourself 
am i covering my aurat perfectly?
tak kira awak si admin perempuan atau lelaki
jangan awak pun turun padang seluar atas lutut
nak marah orang pakai legging kat blog
then don't use harsh words
perbendaharaan kata yang dahsyat tak payah dimasukkan la
those words,
melambangkan hati jiwa nurani sanubari awak


jadikan blog anda blog yang disenangi orang lain ye!
mari berusaha jadi orang berbudi bahasa dan yang terpuji


perkataan macam tu memang susah nak diterima oleh orang lain
lagi-lagi la orang yang hatinya memang dah ditutup dengan kegelapan
sebab tu diorang pakai legging, tak tutup aurat
perkataan berapi jumpa minyak tanah
macam mana nak padam?
berbudi dan berbahasa lah
dakwah Islamiah tak pernah ajar kita tegur orang dengan cara kasar, kayh??


ada orang kata
dah banyak cara lembut digunakan
tak insaf-insaf jugak...
baik guna cara kasar
cuba kira berapa peratus yang insaf lepas kena basuh dengan cara kasar?


memang betul ramai antara the leggers kat luar tu
nampak tak insaf-insaf pun
makin menjadi-jadi lagi ada
tapi kita semua kena ingat
tak ada dakwah yang berjaya dalam masa sehari
dakwah itu memakan masa
dan hidayah bukan milik kita 
bukan kita yang bagi
sedangkan diri sendiri memohon hidayah dari Pemilik Agung
kenapa kita tak mendoakan gegurls yang berlegging dan tak tutup aurat tu?
free je kita topup dosa mengata orang sana sini


lagi satu, wahai sekalian admin yang berniat baik
yang mahukan perubahan dalam masyarakat
yang tak nak tengok gegurls dan saudari berlegging lagi depan mata
yang menginginkan kewujudan ramai wanita solehah
is t necessary to upload leggers' photos??
u let other people passing ur blog to see other girls' aurat
satu lagi reload dosa di situ
when u die one day
sooner or later
orang lain pun terus membaca blog awak yang penuh dengan gambar-gambar yang sewaktu dengannya
bertambah seksa dalam kubur
sia-sia usaha awak nak tegur gegurls yang jadi leggers kat luor tu
kasi mudarat diri sendiri je, bro
makin ramai orang blogwalking kat blog awak yang ditinggalkan tu
makin banyak mata-mata yang melihat aurat perempuan dalam gambar yang awak jadikan contoh tu
makin berat seksaan dalam kubur karang 
awak tak tau bila awak nak mati
sempat ke nak delete blog?


so, 
don't use harsh words
silalah berbudi bahasa ye
ingatlah hidayah milik ALLAH
doakan saudari-saudari dan gegurls
supaya diorang berubah
jangan sebarkan aurat orang lain
tambah seksa dia
seksa awak juga


last but not least
gegurls
saudari
ukhti... 
saya mengajak awak semua menutup aurat
buatlah setakat mana yang kita mampu


"Maka bertakwalah kamu kepada ALLAH menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkan harta yang baik untuk dirimu. (Ingatlah) sesiapa yang dipelihara dirinya daripada tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya."


"So fear ALLAH as much as you are able and listen and obey and spend [in the way of ALLAH]; it is better for yourselves. And whoever is protected from stinginess of his soul- it is those who will be the succesful."


at-Taghabun:16


sesungguhnya,
kalau kita betul-betul taat kepada ALLAH dan Rasulullah
dan kita betul-betul malu
kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menutup aurat kita



"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
(Al-A'raf:26)




maapkan saya kalau saya juga secara sengaja atau tidak
telah menggores hati awak yang membaca
yang baik itu merupakan kurniaan dan ilham dari ALLAH SWT
dan yang terkurang itu drp saya sendiri


rujukan surah: At-Taghabun [64] (Hari Diperlihatkan Segala Kesalahan), Al-A'raf[7] (Tempat Tertinggi)


SEKIAN.










Saturday, November 26, 2011

Pengajaran Direct dari Al-Quran

Assalamualaikum...

Semoga apa yang saya cuba sampaikan kepada awak semua menjadi manfaat deh.

Esok ada mid-sem exam sebenornye. Covers 5 cases. Yang saya dah revise boleh la nak kata dalam 80%. Maybe less than that. Erk!

Dah esok nak exam kan, rasa malas nak baca pon makin meningkat. Rasa macam no need to push myself. Biar la, tawakkal je la kan...

Ahah. Mentang-mentang baru baca ayat yang cakap pasal tawakkal kan...

Lepas Maghrib tadi baca Quran la sikit. Belek-belek, stop kat mukasurat 411. Surah apa ye?

Anda carilah. (Saje je nak ajak orang lain buka Quran)

Pada ayat terakhir surah tu, terasa macam kena batang hidung.


...Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok2.  Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.

Dekat baris pertama tu kan, (dalam ayat tafsir sebenar ia bukan baris pertama ye) ada nombor dua... (Actually I don't really know what people call this number..? Erk! Foot note eh?).

Biasanya kalau tengok tafsir memang ada nombor kecik-kecik tu kan..? So saya pun turunkan bijik mata ke bawah.

Apa yang saya baca ialah...

2. Manusia tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok atau yang akan diperolehinya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

Amek tohh... (kata orang Terengganu).

Baru bajet nak relaks sikit kan...? Malas-malas sikit sebenarnya.

Memang kena atas batang hidung akak, dik.

Then, I agree with Ustaz Farid Ravi said not long ago when he was in Mansoura...

"Kita kena rasakan yang ayat-ayat Al-Quran tu untuk kita. Macam apa yang kita rasa bila kita baca papan kenyataan HEP kat universiti."

Tu diaaa... Ustaz Farid tengoh tahang suke pesengang sbb moderator dok benti wat lawok.
Credit to my RICOH :)

All those verses are written for us!

Saya doakan sesiapa sahaja yang membaca entri ini, atau termembaca, atau dibacakan... atau dipaksa baca... agar terbuka hati kamu semua ke arah kebaikan, dan hidayah ALLAH SWT.

Readers, may ALLAH bless you all. 



Friday, November 4, 2011

Bukti Cinta kepada ALLAH SWT

Assalamualaikum...

Tadi saya belek tafsir. Nak cari pasal Yahudi dalam Ali Imran. Belek punya belek, terjumpa verses ni...

Say, [O Muhammad], "If you should love ALLAH, then follow me, [so] ALLAH will love you and forgive you your sins. And ALLAH is Forgiving and Merciful."
Say, "Obey ALLAH and the Messenger." But if they turn away- then indeed, ALLAH does not like the disbelievers.
[3:31-32]


Kalau dalam tafsir BM nye...

Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Katakanlah, "Taatilah ALLAH dan rasulNYA; jika kamu ingkar, maka sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang kafir."
[3:31-32]



Taatilah ALLAH dan rasulNYA. Susah kan?

Instead of saying the word 'susah', jom kita berusaha buat sedaya upaya yang kita mampu. Buat sikit-sikit. Kalau tak pernah mengaji Quran walau sehelai takkan tiba-tiba nak mengaji satu juzuk sehari? Mulakan sikit-sikit. It's okay.

Joo Yee- gadis Cina yang masuk Islam pun bermula dengan sikit-sikit.

Yang penting, usaha tu berkekalan. Bukannya kita buat banyak, hari ni sampai minggu depan, lepas tu tinggal balik.