Assalamualaikum.
Saya seorang perempuan di akhir usia remaja, akan menjadi orang dewasa. Uhuhuhuuu... sudah tua dimamah usia dah rupanya.
Saya seorang pelajar perubatan di Mesir. Lambat lagi mahu habis belajar.
Iye memang lama sangat lagi nak habiskan pengajian, tapi...
Sepanjang tempoh yang lama ini, saya belajar banyak benda.
Mengikut kepada tajuk berudu dan katak, maka saya nak kata... saya sekarang student, dah di akhir usia remaja maka dalam masa beberapa tahun lagi saya kena berhadapan dengan suasana hospital.
Suasana hospital: Berhadapan dengan senior doc, dengan pesakit, dengan nurse, dengan Pengarah hsopital maybe, dengan orang-orang di makmal...
Definitely kita kena berhadapan dan bergaul dengan mereka. (kita tiba-tiba hehehh)
I am sayin' this as a reminder for me, and for you too hihihh...
Masih ada segelintir kawan-kawan yang belum dapat stand on their own knee, tak dapat bergaul dengan orang lain selain kawan-kawan rapat atau geng kamcing mereka.
Maka bersyukurlah bagi sesiapa yang dah terlepas daripada ikatan 'bergantung kepada kawan-kawan yang dah biasa dengan kita' ni. Sungguh saya rasa susah kalau kita tak dapat nak bebaskan diri daripada ikatan seperti ini.
Berudu akan menjadi katak, dan katak kena keluar dari kelompoknya untuk memajukan diri lantas menakluk sebuh paya yang lain di sebelah paya yang menjadi tempat dia hidup. Untuk berpasangan juga.
Apa yang saya nak katakan kat sini, saya sebagai pelajar medik akan habis belajar dan masuk hospital, kena berkawan dengan doktor-doktor yang lain, doktor senior, kakak adik mak cik nurse, pesakit...
Kita tak boleh refuse bila kita kena dicampakkan ke dalam satu kumpulan lain yang tak ada geng kita. Kita kena hadapi situasi dan belajar macam mana nak get along dengan orang yang baru kita kenal, atau kalau dah lama tahu nama dia pun, belajar macam mana nak berkawan baik dengan dia.
Sebab tu ALLAH ciptakan manusia ni berbagai-bagai, supaya kita semua berkenalan.
Sekiranya berudu yang menjadi katak itu tak reti keluar dari kumpulan dia, maka macam mana dia akan jadi katak yang berjaya??
Kalau kita tak boleh keluar dari kepompong macam mana kita nak berjaya dalam medik? (cth saya la ni)
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment