Alhamdulillah
Waktu yang bergerak hari tu
yang terasa macam siput patah kaki berjalan
Dah tiba kat hujungnya
Semua orang tunggu hari nak berlayar di udara menuju ke Malaysia
Perkongsian hari ini:
Jahat jangan dibalas jahat
Kerana yang berkuasa member balasan itu hanyalah Yang Maha Berkuasa
di atas sana
Dendam kalau disimpan harus dilupuskan
Sebab dendam akan jadi minyak tanah
Kalau dia buat jahat pada kita
Bersabarlah
Sampai bila nak sabar?
Dia menindas
Layak ke aku diam?
layak ke aku untuk tidak
menegakkan hak aku sendiri?
Siapa diri untuk
mementingkan diri sendiri?
Sabar itu tak semestinya diam
Diam pun tak semestinya sabar
Sabarlah dalam berbicara menegurnya
Berdoalah dalam diam berapi-api
Bukan tak pernah saya berniat membalas dendam
Saat hati menggelegak
Syaitan seronok menambah kayu api dan petrol
Ketika mata nampak ruang membalas dendam
Allah turunkan rasa belas kasihan
Hati yang awalnya panas jadi sejuk
Dijadikan hati yang bengkak bertukar kepada hati yang bersangka baik
Rasulullah saw pun tak pernah membalas apa-apa kejahatan dengan
kejahatan
Rupanya bersabar itu mencorak akhlak
Berdoalah sahaja kepada Allah yang berhak membalas
Satu hari nanti mata akan terbuka luas
Erti sabar dan doa itu
SABAR ITU CUN!
THE UGLY ONE IS DENDAM
0 Throw your words, write good:
Post a Comment