Wednesday, January 30, 2013

Kesian Dia Tak Matang

Bismillah.
Salam 'alaik.

Emotional hijacking. Tapi selagi mana prefrontal lobe ni berfungsi dengan baik, kurniaan dari Allah maka insyaAllah saya tidak akan bertindak melulu. Yang di-fire tu bukan agama Allah, bukan Rasulullah so buat apa saya nak marah. Firstly agak panas jugak la tapi memikirkan sesetengah manusia ada masalah penyakit hati, so saya tidak ada daya untuk memberi hidayah kepada manusia lain.

Sebab dia tak matang, so dia tak cuba untuk menyelesaikan masalah itu. Yang dia buat hanyalah untuk menembak dan menyerang.

Seriously Allah bagi buku tu dan Allah test time tu jugak ilmu tu. Mulut abah saya masin la.

Takpe la. Biarkan dia berapi sorang diri dulu. InsyaAllah semoga nanti Allah bukak pintu hati dia untuk nampak segalanya.

Alhamdulillah, Allah bagi ilmu yang sejak dulu diberikan melalui abah, so manfaatkan lah ilmu tu. Sebab dah masuk kerja nanti lagi besar dugaannya. Bila dah ada ilmu dan pengetahuan baru la tak jadi macam tong yang kosong kan. Bunyi je bising isi tadak.

Nak bawak cerita?

Tak kisah. Dosa sendiri tanggung.

Nak reka cerita?

Tak kisah. Dosa sendiri tanggung.

Siapa suruh tak tanya dulu.

Kesian dia menyokong gerakan yang memperjuangkan Islam dengan akhlak, tapi dia sendiri gagal me-manifestasikan akhlak seorang Muslim dengan baik.

Wednesday, January 16, 2013

Islam Wasatiyyah: Sebuah Pengkhianatan kepada Orang Islam

Bismillah. Salam alaik.


Pernah dengar Islam wasatiyyah?

Apa yang saya faham konsep Islam wasatiyyah ialah satu konsep di mana kita implementasi Islam secara sederhana, tak payah nak syadid sangat.

Wasatiyyah = moderatisme = kesederhanaan

Kapitalis punya kerja hantar 'ulama' untuk memperjuangkan Islam wasatiyyah ni.

Sunnguh, Islam secara sederhana ni bukan pandangan berbeza seorang individu atau organisasi tapi satu pengkhianatan kepada umat Islam. Kenapa? Sebab Islam wasatiyyah takkan menegakkan hukum-hakam yang diwajibkan oleh Allah untuk kita terapkan di muka bumi ni.

Sama la dengan kisah (masa sekolah dulu kita mesti selalu dengar) ketika orang kafir Quraisy menawarkan kepada Nabi saw supaya peluk agama Islam setahun, lepas tu next year peluk agama nenek moyang diorang pulak. Tak sama ke? Bila dah namanya kita ni beragama Islam so segala benda dalam hidup kita kena berasaskan hukum-hakam yang Allah bagi. Bukannya pakai yang Allah bagi sikit, pakai yang Obama suruh sikit.

Kalau nak ambik wasatiyyah, baik la kita puasa separuh hari pada bulan Ramadhan. Ataupun hari ni kita sembahyang, esok tak payah sembahyang langsung. Lusa sembahyang, next day tak payah sembahyang. Lama-lama tak payah sembahyang.

Apakah Allah menurunkan hukum ni, kita boleh pilih nak buat ke tidak? Sedangkan Allah yang menciptakan kita.

Sebab tu la kita tak boleh jadi umatyang menyerahkan segala sesuatu kepada ulama. Hancuss karang. Sekali ulama cakap Islam wasatiyyah ni boleh pakai, pakat main-main dan pandang ringan semua hukum-hakam yang Allah bagi.

The only way we can implement Islam hundred percent, no wasatiyyah is by: establishing Khilafah.

Khilafah tak memperjuangkan gaji rakyat, isu air rakyat... harga barang dalam negara yang dibeli oleh rakyat. Itu semua manfaat.

Yang diperjuangkan oleh sistem Khilafah ini ialah: penegakan hukum-hakam Allah. Supaya Allah redha.

Jadi jangan bising dan perasan lah untuk mengatakan "Kalau kami menjadi pemerintah, kami akan pastikan gaji rakyat naik! Dapat makanan free!" selagi mana kita berjuang di medan demokrasi. Kapitalis yang berjuang melalui demokrasi ni semakin hari semakin menghimpit kesenangan hidup kita. Takkan dapatnya terbela selagi kapitalis berkuasa.

Kapitalis berkuasa dan kaya~ bolot kekayaan sendiri, makan sorang-sorang harta dia, makan duit rakyat, rampas hak manusia lain

Khilafah tertegak: Hukum-hakam Allah berjalan. Allah kan maha kaya so He can give anything to us. No doubt. Tak payah jumpa intak sign susah-susah.

Cukup.

Rasuah? :O

Bismillah. Salam alaik.

Serius perkara rasuah-muah ni boleh berlaku kepada kita.
Berlaku kepada saya.
Walaupun saya belum bekerja. (Ingat bila dah kerja je ke terdedah kepada rasuah?)
Saya masih seorang student yang innocent. (May Allah let this innocent-ness stay turgid for Islam forever-mever)

There are people that push me to bribe.
Ngee... serius menakutkan gila.

Setakat ini, dah dua kali saya diajar untuk bribe ni.
Alhamdulillah, Allah bagi akidah yang kukuh.

Biasanya student Malaysia yang kat Mesir bila nak balik Malaysia tercinta akan bawak balik banyak benda, antaranya: ubat habbatus sauda cap Baraka, which is a type of controlled drugs. Susah nak bawak keluar dari Mesir benda tu. Bila kat airport tu, time scan mesti kena tahan punya maa... pernah kena.

Ada seorang budak kecik Darjah 4, anak kepada seorang rakyat Malaysia di Mesir ni lah... dia cerita, bapak dia punya luggage kena tahan kat airport Cairo sebab ada banyak Baraka the habbatus sauda. Lepas tu dia cakap la, lepas ayah dia hulur-hulur duit pegawai kat airport tu pun lepaskan... dia pun bagitahu saya, "Kalau kakak tak nak kena tahan kat airport sebab beli habbatus sauda kakak bagi la duit kat orang airport tu."

WAU.

A 10 years-old girl can say that to me.

Budak kecik pun dah reti nak ajar bagi rasuah oi...

Memang betul masa nak balik last summer tu, sebab saya bawak 20 kotak ubat tu dalam luggage so kena tahan. Alhamdulillah Allah bagi faham masa tu, kalau saya bagi duit konpem rasuah. Tawakkal je la. Pegawai tu dah suruh saya bukak beg dah. Tapi saya yang berlakon tak faham cakap Arab masa tu haha... kemudian ada lagi seorang pegawai suruh je saya pergi, tak payah bukak. So laju je saya larikan diri dengan luggage gedabak tu heu heu heu... (tiba-tiba faham pulak apa yang Arab tu cakap)

Seriously...

Tuesday, January 15, 2013

No Solution: Animals Got Problems Too, That's Why Masalah Negara Tak Selesai

Bismillah. Salam alaik.

The FB is very chaotic with the words: LISTEN and ANIMALS GOT PROBLEMS TOO.

Well, brother Azizi had once tell me that a loser in a debate is the one who goes astray far away from the topic and try to create a new issue. He can't stick his mind to the actual topic being discussed.

Berat nanang kekeke...

Pendidikan percuma tak boleh buat sebab kucing mintak tulang ayam kat kedai makan, anjing gonggong tulang and sharks get their fins eaten by humans. 'Oh manusia sangat rakus'.

It was all about democracy. -.-'

And it was all about freedom of speech.

One person speak about a certain topic that makes the other person offended. Dan kebebasannya untuk bersuara disekat serta-merta. And yet the offended one claims to know what is democracy?

Selepas dia menyekat kebebasan bersuara pihak lawan, dia juga telah menyekat kebebasan bersuara seorang lagi audience. Dia baru deny freedom of speech which is included in democracy.

Why was that so?

Sebab she didn't know that democracy includes the freedom of speech.

Saya bukan pejuang democracy. But seeing the situation exploding here and there in FB, YouTube and Twitter, I feel like laughing. Pendidikan ialah tanggungan pemerintah. Yang mana tak boleh dilaksanakan pada zaman kapitalis ni. Seeing the offended one is funnier. Kesiannya dia.


Friday, January 11, 2013

Suruhan Allah: Kerana Manfaat atau KeredhaanNya?

Bismillah. Assalamualaikum.

There's a sister, which I visit her regularly. One day she asked me about why a lady and a gentlemen cannot have intimate relationship without nikah?

Kakak: Kenapa kita manusia dilarang untuk ada hubungan seksual sebelum nikah?

Me: Oh... sebab kalau ada hubungan jenis tu nanti mudah dapat penyakit, macam AIDS, Hep.B...?

She sighed. Senyum tidak.

The real answer is:

Kakak: Sebab Allah larang. He states it clearly in the Quran.

And she asked me one more question.

Kakak: Kenapa perempuan wajib pakai tudung?

Me: Err... (lebih berhati-hati) sebab nanti lelaki tengok, so syaitan akan hasut lelaki tu so lelaki tu akan approach perempuan tu lepas tu nanti lama-lama dia mengorat so lepas tu diorang couple which is forbidden is Islam dan lepas tu terjadi zina da lepas tu... (banyak lagi la lepas tu saya)

Kakak tu geleng kepala. I still did not get the real point.

The answer is really simple.

Kakak: Sebab Allah suruh. Ada dalam Quran.

She asked me one more question.

Kakak: Kenapa kita kena sembahyang?

Me: (confidently) Sebab Allah suruh.

That was where I grab the main point.

Kita tak boleh tengok manfaat bila melaksanakan suruhan Allah. Yang jenis tengok manfaat ni orang yang berakidah sama macam kapitalis.

Contoh: Artis A baru je berhijrah daripada tak bertudung kepada bertudung. Yeehaa. Wartawan pun bertanya la kepada Si A ni.

Wartawan: Kenapa A bertudung? Adakah disebabkan A jatuh cinta kepada seorang ustaz?

A: (senyum-senyum) Eh, mana ada. Saya baru sedar bila kita bertudung ni, selain menjaga keselamatan dan maruah sebagai seorang wanita, kita sebenarnya mengurangkan risiko-risiko penyakit yang disebabkan oleh UV ray ke kepala kita. Sekarang saya sedar, saya malu sangat sebab tak bertudung dulu. Saya rasa selamat macam ni. Dan bila bertudung saya dah tak diganggu. Malah saya sekarang ni rasa lebih tenang bertudung.

Itu maksudnya berakidah kerana manfaat. Sorry ye. Si A di atas bertudung disebabkan kebaikan-kebaikan yang akan dia terima. Cuba kalau si A tadi duduk kat negara yang membunuh sesiapa yang bertudung? Adakah dia akan bertudung? Okey jahat sangat contoh tu.

Katakan pada satu hari, sejenis wabak endemic telah menyerang dunia. Risiko jangkitan wabak tu tinggi kepada sesiapa yang bertudung dan menutup kepalanya. So, pada masa tu adakah tudung kita akan terbang fiuu fiuuu sebab kita tak nak kena penyakit tu?

Bertudung ni, merupakan perintah Allah. So mati ke hidup bahagia ke, tak boleh langgar. Sila rujuk surah Ali-Imran ayat 83. Suka atau terpaksa kita kena buat.

Kenapa kita sibuk nak buat apa yang Allah suruh ni?

Sebab matlamat kita dicipta oleh Allah ni adalah untuk menyembahNya. Tak percaya tengok dalam Quran. Nanti saya bagi balik surah mana ayat berapa. Tak ingat. Boleh pulak tertinggal Quran kat rumah orang ye.

Thursday, January 10, 2013

Apa Maksud Kahwin Zaman Sekarang?

Bismillah. Assalamualaikum.

Tidak mahu cakap banyak.

magnified sendiri hehe

So, perkahwinan pada zaman sekarang tak semudah zaman dulu. Get married is really no play-play ah sebab tu jangan disusahkan. 

Hemm... kapitalis ni lintah darat lintah air lintah angin sume. Habis semua benda nak sedut tak do apo eh tinggal. That's why we need a system that doesn't burden us. Nilai RM10 sekarang ni, boleh survive tak sampai setengah hari pun. Nak kos hidup murah kena duduk dekat ceruk hutan baru la dapat hidup tak keluar duit laju-laju. Itu pu, you'll have no internet acces, menjadi katak di bawah tempurung lah. Tak lama kemudian ceruk hutan tu pun kena gangguan hantu-hantu bulldozer (atau bloza kata budak-budak) lori tanah lori pasir... mesin penebang pokok... pum pam pum pam lama-lama dah tak de dah tempat tu. Pokok-pokok kena tebang kena lenyet jadi la bandar tertentu yang pastinya melihat duit sebagai mangsa utama. 

Lepas tu sibuklah 'badan-badan berwajib' sekalian nak restore hutan lah, nak buat hutan simpanlah... buat serabut dan botak kepala memikirkan cara-caranya untuk mengembalikan kelestarian alam sekitar. Cakap banyak. Kalau tak ada kapitalis ni, tak adanya kena fikir nak restore hutan-hutan, jaga rimau dalam hutan tak nak bagi pupus, tenangkan gajah jangan masuk kampung orang... do you know why? Ekosistem terganggu sebab ketamakan kapitalis-kapitalis ini untuk dapatkan sumber alam dan invent macam-macam benda-benda  dan jual secara mahal. 

Kalau ada sistem Khilafah, semua orang hidup sekadar yang cukup tidak berlebih-lebih. Termasuk Khalifah. Tak ada la macam zaman sekarang pemerintah mesti kena jadi kaya gila, maka rakyat tak boleh hidup senang macam pemerintah. 

Orang nak kahwin, tak de duit? Boleh kahwin tak de masalah sebab baitulmal boleh bagi duit. Sekarang ni kalau nak kahwin kena buat loan dulu baru dapat kahwin sebab kalau nak kahwin sekarang kena lengkap dengan majlis akad nikah satu, kenduri satu, sebelah sana pulak nak sambut menantu bagai (ingatkan menantu nak jatuh kena sambut-sambut hehe), lepas tu kalau yang advanced tu ada reception belah perempuan, reception belah lelaki... kejap... reception tu apa sebenarnya? Sama ke dengan bersanding? Hah bersanding pulak... setiap majlis mau pakai photographer best-best... buat indoor la, outdoor la... dah macam bersukan pulak ye kahwin ni. Pakaian setiap kali majlis maunya mengalahkan costume teater Siti di Alam Fantasi (siapa ingat cerita ni haha... sesumpah!) 

Okey panjang sangat. Tapi semua nak keluarkan duit. Pendek kata kalau nak jimat duit buat sireh junjung, bunga telur, tumbang lembu untuk kenduri: silalah bela ayam banyak-banyak, tanam pokok sireh sendiri belakang rumah, bela lembu sendiri. Itupun belum jimat. 

Kalau kahwin tu hanya perlu akad nikah je (memang pun, dah sah kan?) senang kan... ni buat loan sebab nak kahwin, dah habis majlis kahwin dan segala kenduri-kendaranya maka lepas tu pokai. Nak bagi makan bini macam mana la...

Ya Allah, bahagianya kalau ada Khilafah... semua orang hidup sederhana. Tak ada yang melebih-lebih sebab matlamat hidup masa tu hanyalah keredhaan Allah. Akidah pada masa tu bukan manfaat, (ye zaman sekarang ni semua orang tengok manfaat, contoh: kerja mesti mau tengok gaji berapa, kan?) tapi keredhaan Allah. Mana ada zaman selain zaman masa ada Khilafah orang kaya pada malam hari raya tolong bayarkan hutang untuk orang-orang miskin? Orang kaya pergi ke kedai dan tanya tuan kedai berapa banyak hutang yang belum beres tanpa mengira siapakah yang berhutang itu, dan tolong bayar. Dapat pahala, menyelesaikan benda wajib. Sekarang ni under kapitalis ni ada ke orang yang nak buat macam tu? Yang kaya pejam mata hidup di sekeliling duit.

Okey lah. Sejuk sangat ni.

Monday, January 7, 2013

Sistem Khilafah Dah Tak Relevan Lagi, Kak...

Bismillah. Salam alaik.

Ada yang mengatakan sistem khilafah dah tak relevan lagi. Well, itu bila awak hidup dengan kebergantungan kepada manusia dan kapitalisme.

Ada yang mengatakan tak semestinya penegakan Islam adalah dengan sistem khilafah. Itu bila kita terkurung dalam idea kapitalisme, dibutakan dengan 'keindahan' demokrasi dan ditipu oleh Barat serta tak nampak jalan lain selain demokrasi. Kita tak faham macam mana sistem khilafah tu bergerak. Kita tak tahu Islam bangkit dengan thariqah yang macam mana. Maksudnya kita tak faham erti kapitalisme, demokrasi dan khilafah.

Dan ada yang mengatakan bangkitnya Islam itu, bukan dengan sistem khilafah tapi dengan kepakaran-kepakaran individu-individu Muslim yang ada. Contohnya kalau dia reti main bola sepak, di situlah dia akan membangkitkan Islam. Kalau dia reti sains dan teknologi, di situlah dia akan menegakkan Islam, kalau dia reti belit tudung, di situlah dia membangkitkan Islam...? (How relevance is that to the risen of Islam?)

Sistem khilafah adalah di mana penerapan hukum-hakam syariat yang diwajibkan oleh Allah diimplementasikan serta-merta tanpa banyak songeh, alasan dan dalih. Contoh: Riba is haram, so no more banking system in khilafah, perbankan Islam ke, perbankan tak Islam ke... sebab semua tu ada riba, even the value of riba' is only 0.01% kita tak boleh pakai. Ekonomi dalam sistem khilafah adalah ekonomi Islam yang tidak bergantung kepada ekonomi kapitalis. That's true independence, right?

Untuk menegakkan Khilafah adalah dengan tiga cara:

1. Pembinaan dan pengkaderan (Marhalah Tatsqif wat Taqwin): yang ini adalah untuk membentuk orang yang berjuang dalam hizb (parti politik) yang menggerakkan dakwah, membina pejuang-pejuang yang menyampaikan ideologi Islam.

2. Tahap interaksi dan perjuangan (Marhalah Tafa'ul wal Kiffah): yang ini adalah tahap di mana orang-orang yang telah dibina dalam hizb (dalam tahap pertama tadi) terjun ke tengah-tengah masyarakat dan menyampaikan Islam yang sebenar dengan cara: berinteraksi dengan masyarakat (perdebatan, pertarungan pemikiran). Dengan cara ni, masyarakat akan faham Islam yang sebenar, dan dapat menjadi public opinion (masa tu orang semua dah faham Islam dan nak sistem Islam iaitu Khilafah). Hizb juga akan meminta pertolongan daripada ahlul quwwah (tentera, polis dan yg sewaktu dengannya) sebab ahlul quwwah ni penting untuk pertahanan. Dengan adanya public opinion, hizb sendiri dan ahlul quwwah maka dengan itu kita boleh menolak sistem barat dan tegakkan Khilafah. Contoh kat Syria: public opinion dah ada (rakyat Syria), hizb memang dah ada (HT) dan ahlul quwwah (Briged-briged yg berjuang dengan senjata tu-nama lama FSA). Apa yang diorang buat sekarang adalah untuk menegakkan Khilafah.

3. Tahap penerapan syariat Islam (Marhalah Tahtbiq Ahkamul Islam): time ni dah ada Khilafah. Dan Khalifah juga. Pelaksanaan hukum Islam adalah serta-merta, takleh kompromi.

Bagi yang berkata demokrasi merupakan jalan untuk menegakkan negara Islam, sedarlah bahawa anda telah berkompromi/main-main dengan nilai keIslaman anda. Sama la situasinya dengan: anda nak duit untuk sambung belajar, tapi tak ada duit. So untuk sambung belajar dan menjadi orang yang berjaya, anda buat kerja sambilan iaitu menjadi GRO untuk mendapatkan duit yang banyak. Itu maksudnya anda dah merendah-rendahkan maruah diri anda demi duit dan belajar. Sedangkan jalan yang benar dan halal banyak lagi. Tak kisahlah kalau anda kata menjadi GRO tu lebih hampir kepada kebenaran pun, tapi itu tetap jalan yang tidak benar.

Tak boleh berkompromi dengan agama Islam semata-mata nak menang dan nak tegakkan Islam. Islam kan syumul, so mestilah ada jalannya yang Allah provide untuk kita tegakkan Islam. Kalau demokrasi tu is the only way we can establish Islam maksudnya Islam ni cacat la, sebab ia terpaksa adopt cara daripada sistem kufur untuk ditegakkan.

Islam tak boleh ditegakkan dengan cara kufur.

Thursday, January 3, 2013

Diagnosed: Sakit Kapitalisme, Manifested by Demokrasi

Bismillah. Assalamualaikum.

Sakit Kapitalisme ini sudah merebak ke seluruh dunia. Endemic sangat dah ni. Malangnya disebabkan kebutaan hati dan kekurangan ilmu kedoktoran 'politik' dan ilmu dasar Islam itu sendiri, maka penyakit ini dibiarkan sahaja. Malah diagungkan lagi. Sesiapa yang tak terkena dengan penyakit ini maka dia dianggap berada dalam minoriti yang sangat tidak benar perjuangannya.

Penyakit Kapitalisme ini manifested (tak tahu nak terjemah manifested ikut melayu macam mana: menonjol?) dalam bentuk demokrasi. Dengan itu segala sistem hidup akan dipengaruhi oleh sakit kapitalisme ni, di mana simptom kita terkena akidah kapitalisme ini adalah kita mula melakukan sesuatu kerana manfaat (duit, harta, pujian).

Demokrasi yang menjadi alat utama penyakit ini, diagungkan pula oleh sebahagian pesakit-pesakit kapitalisme ini. Pesakit-pesakit kapitalisme ni bukannya tak nak pulih, diorang tak pernah pun tahu yang diorang kena serang dengan penyakit kapitalisme ni... diorang nak je pulih tapi diorang tak tahu macam mana  nak rawat penyakit serius ni.

Cara nak memulihkan penyakit kapitalisme yang menyerang kita ni ialah: memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Ubat ni sangat susah nak dapat, melainkan awak mintak dengan pemiliknya: Allah swt. Mechanism of action (MOA) ubat ni ialah: ia akan ubah minda dan pemikiran awak jadi menyongsang arus, daripada arus kapitalisme dia akan buat awak lawan arus tu, ke arah Islam. Bila dah pulih, awak kena korbankan banyak benda termasuklah (tak semestinya) kawan, keluarga (oh sedih sangat), kekayaan awak, kereta mewah, rumah mewah, pakaian lawa... dan banyak lagi yang mungkin saya tahu (tapi tak ditulis kat sini) dan juga mungkin saya tak tahu.

Ramai orang ingat, diorang akan dapat fight balik penyakit ni (yang diorang tak sedar pun diorang tengah hidap) dengan demokrasi. 

Heyy... kalau kena kanser: sel kita yang normal jadi tak normal, dan sel yang tak normal tu membiak dengan banyaknya sampai menyakitkan diri kita sendiri. Adakah logik kita nak pulihkan kanser tu dengan terus membiakkan sel yang tak normal tu? Bila nak baik?

Saya tak nampak pun masalah penyakit kapitalisme ni akan selesai dengan menggunakan cara demokrasi. Lagi teruk ada la.

Okey mungkin awak tak nampak bila saya cakap ikut bahasa medik ni. 

Demokrasi ni adalah thariqah/jalan untuk orang-orang kafir menghapuskan Islam (Kapitalisme). Dengan menggunakan demokrasi, penerapan hukum-hakam Islam yang Allah wajibkan kita untuk terapkan makin diletak ke tepi, bukan letak lagi dah, dah kena sepak masuk gaung mana-mana je. Mustahil nak laksanakan hukum-hakam Islam melalui jalan demokrasi sebab demokrasi itu lahirnya dari akidah sekularisme yang memisahkan kehidupan daripada agama, sekaligus memisahkan pemerintahan negara daripada agama. Sedangkan sebagai orang Islam, segala tindakan kita adalah berlandaskan hukum-hakam yang Allah tetapkan. Tak boleh terpisah daripada agama walau satu mikrosaat pun. 

Sebab yang kita kejar bukannya manfaat, kita kena kejar redha Allah. Sebab masuk syurga ni bukan dengan pahala je, kena ada redha Allah sekali. Hidup kita ni bukan sekali ni je. Lepas mati ada akhirat sayang wehh... 

Wednesday, January 2, 2013

Kucing Hitam

Assalamualaikum.

Tajuk entri kata atas tu sebenarnya tajuk lagu.

Tak tahu la kenapa boleh terklik kat link yang senior post kat Facebook tu kan. Biasa tak layan mana link-link youtube ni. Tapi rasa nak bukak je link tu.

Ingatkan dia post sebab dia suka lagu tu. Sebab kalau tengok jenis orang tu pun, padan la kalau dia minat Bittersweet. Sekali dengar lagu kucing tu tak ada la capture sangat telinga ni haa... tapi kalau baca lirik dia...

... dah faham dah la kenapa senior tu post lagu tucim itam tu...

Bermaksud rupanya.

(Sebab selalu sangat main dengan July kucing putih gebu Norwegian Forest breed tu, rasa macam seronok dan lawa jugak kalau ada tucim itam sekor, oh Puan Abu sila la cepat beranak)

Kucing hitam kau berjalan di depanku 
Ku tak hirau hanya mainan duniaku 
Hati luka kau berada di depanku 
Ku tak risau tak ke mana tujuanmu 

Kucing hitam kau berlari ke arahku 
Ku tak risau ke manakah tujuanmu 
Hati hitam sehitam ibu hempedu 
Jiwa kacau bagai sialan yang terganggu 


Ada segalanya yang kau mahu 
Adalah raja di mata temanmu 
Tapi kau bersuara yang engkaulah perwira 
Sambil mengibar bendera-bendera megahmu 

Kucing hitam hanya satu yang ku tahu 
Rambut hitam hati di dalam tak tentu 
Cara hitam itulah ideologimu 
Ku tak risau ku tetap dengan caraku 

copy pasted. 




Agak mendalam la maksud lirik ni haa... bukan cakap pasal tucim je. 

Ku tak risau, ku tetap dengan caraku.

Edisi Siasat: Menjadi 'Muslim' Sejati

Assalamualaikum.

Hai.

Pening betul la masyarakat hari ini. Ada yang menjadi baik untuk manusia. Contohnya, macam dalam cerita Syurga Cinta, mamat tu berubah jadi seorang yang Islam hanya disebabkan kecantikan seorang wanita. Ada yang jadi Islam sebab mak ayah dia dah Islam. Tanpa dia tahu hakikat iman yang sebenarnya macam mana. Ada yang memang nak jadi baik, tapi berhujah dengan mempertahankan ego, tidak mencari kebenaran di sebalik hujah yang digunakan oleh diri sendiri, mahupun pihak kedua atau ketiga.

Yang dahsyat, nampak macam Muslim sejati tapi memfitnah orang lain.

Percaya atau tidak, ada manusia yang macam ni.

Mereka memfitnah orang lain untuk memenangkan hujah mereka.

Perkara ini berlaku banyak kali dalam hidup saya, di alam realiti. Kepada orang-orang yang rapat dengan saya... dan di alam maya pun ada.

Nak salahkan dia pun tak boleh jugak. Agaknya dia tak pernah jumpa firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat:6

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."

Siapa je yang tak fasik zaman sekarang ni?

Hoho. Asyik hot je entry dua tiga menjak ni.

Oke. Itu saja peringatang yang nak diberi. Jalankan Edisi Siasat untuk menjadi muslim yang betul-betul beriman. Jangan dengar sebelah pihak saja, kena dengar dua-dua.

Tuesday, January 1, 2013

Keyboard Warrior

Assalamualaikum.

Ikan jerung nak serang ikan bilis.

Seseorang=ikan jerung
Saya=ikan bilis (eh?)

Ikan jerung ke ikan bilis semua sama. Tetap mengandungi omega 3 yang baik untuk mengurangkan risiko cardiovascular disease! Sedap disertakan sekali dalam jemput-jemput. Hahah. Masuk medik pulak apahal...

Bagusnya abang tu, bertanya solution apa yang HT bawak kalau demokrasi tu haram?

Jawapannya: Tegakkan Khilafah, tolak sekularisme, kapitalisme dan demokrasi. Sonang jo...

Sebenarnya dia dah lama dah asyik nak cari ikan bilis-ikan bilis yang macam saya ni. Saya pun satu, tengah-tengah nak exam pergi cari pasal kat Facebook. (Ya Allah, baru teringat, saya buat tu sebab nak mencari pasal ke, memang nak sampaikan kebenaran?)-InsyaAllah kebenaran akan tersampai jugak (biiznillah) kepada mereka yang tak tahu.

Alhamdulillah abang-abang yang bukan keyboard warrior tolong jawabkan.

Diorang yang menghentam di Facebook tu ibarat kata musyrif saya kat sini hanyalah: keyboard warrior. Ajak jumpa tak nak. Cakap belakang banyak.

Takpe. Kalau dia bertanya untuk cari kelemahan perjuangan ni, silalah cari. Kalau betul kami lemah, kami memohon kepada Allah supaya dapat diberikan peluang untuk membaiki kelemahan kami. Kalau dia nak cari kebenaran, kami doakan dia akan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah, didoakan biar dia dapat kefahaman Islam yang sebenarnya tu.

Kami bukannya tak pernah mengkhabarkan kebenaran yang kami tahu, oke?

Tapi ada telinga yang tak nak dengar.

Tak nak dengar sudah, nama mu bedah... (eheh apa ni... lagu time budak-budak dulu)

Majoriti vs Minoriti



Assalamualaikum.

Tanpa sedar, masih terlalu ramai yang tidak sepenuhnya mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Apa yang menjadi punca masalah kegagalam penerapan Islam secara sepenuhnya ke dalam hidup kita ialah masalah pemikiran orang Islam.

Ramai yang menyangka, dengan mengikut/masuk/join jemaah yang paling ramai orang di dalamnya merupakan jalan yang benar untuk berdakwah dan menegakkan Islam. Ramai yang suruh saya ikut majoriti. Hadeh la...

Jangan dipandang ramai tak ramai orang dalam jemaah tu. Kalau ramai pun tak dapat memahami Islam yang sebenar, nak buat apa? Islam tak dibawa dengan ramainya umat. Tapi dengan pemikiran dik oi. Rasulullah berdakwah berbelas tahun, adakah selama berbelas tahun pengikut Rasulullah mencecah ribuan orang? Tak kan?

Sebab itulah KUALITI lebih penting dari KUANTITI.

Okey. Kalau jemaah tu ada ramai gila orang, dan setiap orang dalam jemaah tu faham Islam dengan sebenar-benarnya, itu lebih bagus sangat amat.

Majoriti orang Islam tak tahu mereka telah ditipu oleh ulama'.  Memang ulama' ni pewaris Nabi. Tapi kita kena tengok dengan hati-hati jugak, refer pada sumber rujukan pertama dulu, iaitu al-Quran dan kedua, as-Sunnah sebelum menerima pendapat ulama'. Jangan bertaklid buta. Telan saja apa yang ulama' bilang, sebarkan dan amalkan tanpa selidik.