Hai.
Pening betul la masyarakat hari ini. Ada yang menjadi baik untuk manusia. Contohnya, macam dalam cerita Syurga Cinta, mamat tu berubah jadi seorang yang Islam hanya disebabkan kecantikan seorang wanita. Ada yang jadi Islam sebab mak ayah dia dah Islam. Tanpa dia tahu hakikat iman yang sebenarnya macam mana. Ada yang memang nak jadi baik, tapi berhujah dengan mempertahankan ego, tidak mencari kebenaran di sebalik hujah yang digunakan oleh diri sendiri, mahupun pihak kedua atau ketiga.
Yang dahsyat, nampak macam Muslim sejati tapi memfitnah orang lain.
Percaya atau tidak, ada manusia yang macam ni.
Mereka memfitnah orang lain untuk memenangkan hujah mereka.
Perkara ini berlaku banyak kali dalam hidup saya, di alam realiti. Kepada orang-orang yang rapat dengan saya... dan di alam maya pun ada.
Nak salahkan dia pun tak boleh jugak. Agaknya dia tak pernah jumpa firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat:6
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
Siapa je yang tak fasik zaman sekarang ni?
Hoho. Asyik hot je entry dua tiga menjak ni.
Oke. Itu saja peringatang yang nak diberi. Jalankan Edisi Siasat untuk menjadi muslim yang betul-betul beriman. Jangan dengar sebelah pihak saja, kena dengar dua-dua.
0 Throw your words, write good:
Post a Comment