Sakit Kapitalisme ini sudah merebak ke seluruh dunia. Endemic sangat dah ni. Malangnya disebabkan kebutaan hati dan kekurangan ilmu kedoktoran 'politik' dan ilmu dasar Islam itu sendiri, maka penyakit ini dibiarkan sahaja. Malah diagungkan lagi. Sesiapa yang tak terkena dengan penyakit ini maka dia dianggap berada dalam minoriti yang sangat tidak benar perjuangannya.
Penyakit Kapitalisme ini manifested (tak tahu nak terjemah manifested ikut melayu macam mana: menonjol?) dalam bentuk demokrasi. Dengan itu segala sistem hidup akan dipengaruhi oleh sakit kapitalisme ni, di mana simptom kita terkena akidah kapitalisme ini adalah kita mula melakukan sesuatu kerana manfaat (duit, harta, pujian).
Demokrasi yang menjadi alat utama penyakit ini, diagungkan pula oleh sebahagian pesakit-pesakit kapitalisme ini. Pesakit-pesakit kapitalisme ni bukannya tak nak pulih, diorang tak pernah pun tahu yang diorang kena serang dengan penyakit kapitalisme ni... diorang nak je pulih tapi diorang tak tahu macam mana nak rawat penyakit serius ni.
Cara nak memulihkan penyakit kapitalisme yang menyerang kita ni ialah: memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Ubat ni sangat susah nak dapat, melainkan awak mintak dengan pemiliknya: Allah swt. Mechanism of action (MOA) ubat ni ialah: ia akan ubah minda dan pemikiran awak jadi menyongsang arus, daripada arus kapitalisme dia akan buat awak lawan arus tu, ke arah Islam. Bila dah pulih, awak kena korbankan banyak benda termasuklah (tak semestinya) kawan, keluarga (oh sedih sangat), kekayaan awak, kereta mewah, rumah mewah, pakaian lawa... dan banyak lagi yang mungkin saya tahu (tapi tak ditulis kat sini) dan juga mungkin saya tak tahu.
Ramai orang ingat, diorang akan dapat fight balik penyakit ni (yang diorang tak sedar pun diorang tengah hidap) dengan demokrasi.
Heyy... kalau kena kanser: sel kita yang normal jadi tak normal, dan sel yang tak normal tu membiak dengan banyaknya sampai menyakitkan diri kita sendiri. Adakah logik kita nak pulihkan kanser tu dengan terus membiakkan sel yang tak normal tu? Bila nak baik?
Saya tak nampak pun masalah penyakit kapitalisme ni akan selesai dengan menggunakan cara demokrasi. Lagi teruk ada la.
Okey mungkin awak tak nampak bila saya cakap ikut bahasa medik ni.
Demokrasi ni adalah thariqah/jalan untuk orang-orang kafir menghapuskan Islam (Kapitalisme). Dengan menggunakan demokrasi, penerapan hukum-hakam Islam yang Allah wajibkan kita untuk terapkan makin diletak ke tepi, bukan letak lagi dah, dah kena sepak masuk gaung mana-mana je. Mustahil nak laksanakan hukum-hakam Islam melalui jalan demokrasi sebab demokrasi itu lahirnya dari akidah sekularisme yang memisahkan kehidupan daripada agama, sekaligus memisahkan pemerintahan negara daripada agama. Sedangkan sebagai orang Islam, segala tindakan kita adalah berlandaskan hukum-hakam yang Allah tetapkan. Tak boleh terpisah daripada agama walau satu mikrosaat pun.
Sebab yang kita kejar bukannya manfaat, kita kena kejar redha Allah. Sebab masuk syurga ni bukan dengan pahala je, kena ada redha Allah sekali. Hidup kita ni bukan sekali ni je. Lepas mati ada akhirat sayang wehh...
0 Throw your words, write good:
Post a Comment