Assalamualaikum.
Sudah-sudah la melepas perasaan tu hihih.
Serius.
Khilafah pulak.
Tak ada pun orang tanya saya, tapi saya sengaja nak bagi jawapan tanpa soalan supaya nanti saya tak dipersalahkan kerana tak memberitahu. Sebelum orang tanya, baiklah saya cakap dulu.
Apakah itu khilafah?
Khilafah ni ialah sistem pemerintahan Islam. Firstly, kita ada agama Islam, yang bukan sekadar agama, tapi Islam jugak ialah sebuah idea. Yes, it is an idea.
So? Islam ialah idea... then what?
Sesebuah idea hanya akan tinggal jadi ieda tanpa ada penerapannya. Nak menerapkan idea tu kena ada cara dia. Ikut Engrish kita panggil method. Ikut arab kita panggil thariqah.
Idea+method=ideology.
Ideologi ni dalam bahasa arab ialah mabda.
Apakah cara kita untuk melaksanakan/menerapkan Islam tu?
Khilafah.
Ada nampak tak?
Tanpa cara yang sistematik dan tersusun, maka mustahil benor la nak tegakkan Islam.
Okay, itu Islam.
Sekarang ni nak cakap pulak pasal kapitalism dan demokrasi.
Kapitalism berasal daripada pemisahan agama daripada kehidupan. So cara mereka berfikir turut dipengaruhi oleh pemahaman ini.
Maka diorang buat semua benda ikut suka hati diorang, sebab dah tak tak percaya pada agama.
Disebabkan pemikiran seperti ini la... diorang mempunyai kebebasan dan mempertahankan hak kebebasan itu...
1. kebebasan berakidah - tahun ni masuk Kristian, tahun depan masuk Islam, tahun depan lg sekali Buddha pulak
2. kebebasan berpendapat- termasuk kebebasan bersuara
3. kebebasan hak milik- saya jumpa sumber minyak, so minyak ni saya punya. mahu jual kah, mahu beri pada orang kah... suka hati saya...
4. kebebasan peribadi
Jauh bertentangan dengan Islam, di mana segala aspek dalam kehidupan kita dah digariskan peraturannya oleh Allah SWT melalui Al-Quran dan sunnah.
Dan daripada idea kapitalis ni, lahir la demokrasi. Asalnya juga daripada pemisahan agama dari kehidupan.
Demokrasi ialah method/cara untuk diorang menerapkan kapitalism ni...
Demokrasi ni merupakan cara diorang untuk organize masyarakat. Dikatakan rakyat berhak memilih pemimpin, berhak mengubah undang-undang ikut suka hati dorang... dan paling tak asing yang kita dengar: DEMOKRASI MENGAMBIL SUARA MAJORITI.
Tapi apa yang terjadi ialah: HANYA SUARA MINORITI YANG DIAMBIL.
Pernah ke wakil rakyat datang ke rumah kamu jumpa kamu sekeluarga untuk berbincang tentang undang-undang yang nak dijalankan di Malaysia?
Atau pernah ke kita semua dipanggil untuk bermesyuarat tentang undang-undang yang nak dijalankan?
Sedar-sedar je dah ada la pulak undang-undang tu.
Dan lima tahun kemudian, undang-undang tu dah berubah secara tiba-tiba.
Sedangkan prinsip demokrasi adalah untuk mengambil suara majoriti dalam semua pelaksanaan dan penggubalan undang-undang.
Maksudnya demokrasi tu tak relevan. Mustahil kita nak kumpul semua orang sekampung, sedaerah, senegeri atau senegara untuk memilih pemimpin, nak gubal undang-undang.
Dalam Islam, tak payah dah nak gubal undang-undang itu ini... sebab undang-undang yang digunapakai berasal dari Allah SWT.
Dah ada dalam Quran dah. Tak payah kumpul orang kampung.
Kita wajib melaksanakan undang-undang yang Allah suruh.
Dalam sistem Khilafah, undang-undang yang dipakai asalnya dari Quran, daripada Allah.
Kenapa tak nak pakai undang-undang konvensional?
Sebab undang-undang konvensional ni asalnya dari manusia yobb... manusia ni memang la ada akal tapi akal kita terbatas yobb.
Allah tak terbatas yobb... Dia pencipta kita dan semua benda yang ada.
Kesimpulan:
Idea: Islam.
Cara penerapan: Khilafah
Idea: Kapitalism
Cara penerapan: demokrasi
Maka masihkah relevan untuk berjuang menegakkan Islam dengan cara demokrasi??
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment