Assalamualaikum.
Masa abang fly ke Jepun dulu, saya berumur 16 tahun lebih (yang sebenarnya kalau ikut tahun saya berusia 17 tahun masa itu heheh tak nak mengaku tua). Sama dengan tingkatan lima la. Disebabkan abang saya dapat fly ke luar negara, maka peristiwa terbang ke luar negara itu menjadi tekanan dan pendorong untuk saya belajar bersungguh-sungguh.
Apa yang saya lihat pada waktu itu ialah: saya mesti belajar sungguh-sungguh (tanpa mempedulikan orang lain) untuk dapat straight A, lepas tu apply biasiswa dan terbang ke luar negara (masa tu tak ada specific target lagi untuk ke mana-mana).
Jelas di situ. Straight A. Biasiswa. Fly oversea.
Alhamdulillah, dapat.
Tapi, itu hanya kejadian yang berlaku kepada sesetengah daripada pelajar-pelajar di Malaysia. Sebahagian kecil yang terpilih.
Masa tu saya terfikir, macam mana kalau saya tak dapat straight A? Macam mana kalau saya tak berkelayakan untuk masuk mana-mana program asasi dan matrikulasi yang ada? Mati agaknya yang saya fikir. Gelap terus masa depan.
Saya tiba-tiba terfikir hari ini, kenapa saya terllau mengejar biasiswa dan pengajian perubatan luar negara? (Sebenarnya awal-awal dulu tak kisah pun luar negara ke tidak asalkan dapat masuk medik)
Kenapa nak jadi doktor? Heheh tipulah kalau saya kata jawapan saya adalah untuk membantu mereka yang sakit, menolong orang Melayu dan mereka yang memerlukan. Jadi cikgu lagi best pada fikiran saya ni. Jadi babysitter pun, bukak nursery jaga anak orang pun canggih jugak. Tapi kenapa saya rela pilih medik?
Sebenarnya dalam kepala ada fikiran yang ingin mengejar duit. Sebab doktor dikenali sebagai orang yang berduit nak-nak bila buat banyak on call dan jadi specialist. Oh itu fikiran umur 17 tahun ye.
Kenapa tak nak jadi miskin?
Sebab hidup zaman sekarang ni memang kena ada duit. Nak gerak sikit je dah kena keluar duit. Siapa tak ada duit tak boleh jadi manusia. Tak dapat makan, tak dapat berkeluarga...
Untuk jadi orang yang berduit maka kena ada kerja yang bagus. Oh baru sedar apa yang saya buat selama ini adalah untuk kerja yang bagus dan duit.
Itulah maksud kehidupan pada zaman kapitalis ini. Kita orang muda mungkin kurang faham. Cuba tanya mak ayah yang setiap hari garu kepala sampai habis gugur kelemumur dan segala rambut yang ada. Macam mana diorang fikir nak bagi kita makan eh? Kalau yang kaya mungkin tak rasa sangat kot, cuba tanya mak ayah kawan-kawan yang kurang berkemampuan.
Sementelah harga barang makin naik... masuk universiti pun tak menjamin keluar nanti akan terus dapat kerja... nak masuk belajar kena bayar ribu-riban...
Kalau ada Khilafah kan senang yobb... pendidikan menjadi tanggungjawab Khilafah. Ekonomi tak seteruk hari ini. Kalau kita tak ada kerja pun boleh hidup yob... semua orang tak kejar duit waktu tu. Yang dikejar hanyalah redha Allah dalam kehidupan di dunia.
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment