Sunday, September 16, 2012

Return to Tarbiyyah Land

Assalamualaikum.

Maka hari esok saya dah nak balik Mesir. Masuk tahun tiga. Third year doh wehh. Menempuh tahun tiga sepanjang usia 19/20 tahun.

Hmm. Me returning to the tarbiyyah land.

Kenapa Mesir tu saya panggil tarbiyyah land?

Sebab kat republik itu la saya belajar menjadi dewasa dan menjadi tua. Haha.

Bukan sekadar menjadi doktor, belajar ilmu medik yang bertimbun dan bergunung-gunung itu.

Tapi benda lain jugak. Menggali hadis. Menggali Islam. Kalau dulu di permukaan, sekarang dah boleh la kata bawah sikit dari permukaan. InsyaAllah. Akan sampai ke dasar.

Kat sana la jugak saya memahami erti saya menjadi seorang warganegara.

Saya pernah baca satu ayat ni dulu: Kita kena berjuang tak kira la kita akan menang atau kalah. Sebab nanti kita akan ditanya bukan menang atau kalah, tapi soalan yang akan ditujukan ialah, kenapa kita tak berjuang?

Ke gane?

Oktengsbai.

Friday, September 14, 2012

Cinta Tak Berbaja dan Tak Bersiram

Salam 'alaik.
Salam jumaat.

Hey.
Pokok bunga kalau nak cantik mesti kena baja dan kena siram sokmo-sokmo.
Baru la bunga-bunganya lebih subur daripada bunga-bunga cinta Misha Omar

Sama la kan
Nak cintakan Islam, cintakan Allah
Mesti la kena baja hari-hari
Siram selalu
Dengan ayat-ayat Quran
Dengan kata-kata nasihat

Kita bertanggungjawab untuk menyuburkan cinta kita kepada Allah
Boleh buat sendiri
Sebab kalau kita tak nak orang lain tak boleh buat apa dah

Untuk menyemarakkan keinginan kita untuk rajinkan diri suburkan cinta itu
Maka
Saya mula sedar
Pentingnya rakan-rakan yang baik dan selalu mengingatkan kita kepada Allah dengan nasihat-nasihat power

Jangan biar cinta kita tak berbaja dan tak disiram

peringatan ini ditujukan khas kepada: Saya. Dan sesiapa yang mahu menerimanya. 

=)

Friday, September 7, 2012

Common Sense - The Very Compulsory Sixth Sense

Assalamualaikum

Kadang-kadang banyak je doa
mintak dengan Tuhan macam-macam
bila dah dapat lupa nak ucap alhamdulillah

Tajuk.
Sixth sense: Common sense

diperlukan untuk survive hidup.
kata orang la.

tanpa deria keenam yang wajib ni
banyak benda akan jadi susah

tak nanti kita lelaki atau perempuan
tak nanti Islam atau Buddha atau apa saja agama
tak nanti kita doktor yang menghadap darah setiap hari
tak nanti kita engineer yang berbelit wayar setiap kali
tak nanti kita alim atau jahil
tak tunggu free hair atau bertudung ke lutut

you just need the common sense

kalau bertudung labuh 
menutup aurat dengan sempurna pun
kalau hilang common sense
maka susah juga
diri sendiri susah
orang lain pun disusahkan

oopss... ter-private masalah peribadi

takpe
tak sebut nama (pintu keluar konon)

jangan salahkan orang lain apabila anda disalahkan
kalau anda disalahkan pasti ada sebabnya
mungkin pada bicara
pada laku
pada diam
sebab dunia ni bukan untuk kita seorang

erti hidup pada memberi
bukan hidup untuk diri sendiri

ambil kira orang lain kalau berhajat orang lain mengira anda sekali
guna barang orang mintalah izin
sebab tanpa izin sahabat jadi musuh
dah guna barang orang 
kenalah tahu berbudi bahasa dengan hak milik orang lain
kenapa pilih untuk timbulkan permusuhan
sedangkan Islam itu mahukan damai?

Monday, September 3, 2012

Istiqamah is Killing Me

Assalamualaikum.



1po9fynmtvsj0wnxij9daq651t8riit3

It is killing me to be apart from my bad routines.

Menaip di blog itu semudah masak maggi.
Mengamalkan apa yang kita tulis kepada orang lain itu susah seperti masak rendang di Aidilfitri
Rasa macam dibunuh

Senang betul diri ini melupakan Allah
Dan susah juga diri ini kembali mengingati Dia

Betul ke awak tulis sebab Allah?

Sunday, August 5, 2012

Bulatan-bulatan Itu.

Salam 'alaik.

Pernah baca 7 Effective Habits yang Uncle Stephen Covey tulis?

Dia ada bagitahu, hidup kita ada 2 bulatan. (Ini bukan pasal bulatan gembira)

Bulatan pertama: Circle of influence. (yang maksudnya apa yang boleh kita ubah)

Bulatan kedua: Circle of concern. (maksudnya perkara yang kita rasa macam nak ambik tahu, tapi sebenarnya kita tak mampu pun nak ubah)

Contoh: sebagai pelajar. Circle of influence kita ialah kita punya study. Kita yang boleh ubah cara kita study, masa kita dan finally the results. Lepas tu circle of concern kita ialah... err... ada orang bagi contoh: berpolitik, berdakwah. Kita tak perlu sibu-sibuk nak betulkan orang, nak dakwah dengan aktif sana-sini bla... bla... bulatan gembira setiap minggu. Sebab kita bukannya boleh ubah orang tu dengan jayanya pun. Bukannya kita boleh ubah posisi Perdana Menteri sekarang pun.

Ngee... tapi, adakah dakwah tu betul-betul di luar circle of influence kita? Is it really a concern?

Maka terfikir pulak oleh saya; adakah berpersatuan tu pun hanyalah sejenis concern? Hanya semangat darah muda mahasiswa?

Wx8ieireiznm8i97gpc6sxfz4cs8ywct
explain please... 

kalau memang dakwah itu luar kemampuan kita, kenapa ye dikatakan setiap orang yang mengucapkan dua kalimah syahdah tu seorang daie@pendakwah?

Saturday, August 4, 2012

Seronoknya Berkebun dan Makan Hasil dari Ladang Fitnah!

Tjvs0soosivtdn6vvs54a2t2p21c4krb

Assalamualaikum.

manusia seronok berbicara.

sangat seronok hingga terlupa dari mana datang bekalan saraf dari otak untuk membolehkan dia bercakap.

rupanya semua itu akhirnya daripada Tuhan.

namun masih mereka lalai

seronok menyemai benih-benih fitnah

menghentam sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengan pendapat mereka

membunuh sesiapa yang tidak menjadikannya orang ternama

seronok menyaksikan kejatuhan orang yang menghalang mereka yang tidak melaksanakan syariat Tuhan di muka bumi.

mereka ingat mereka berkuasa selamanya

mereka tidak endah dengan kata "Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh." kerana tiada pisau atau pistol atau racun, tiada darah...

fitnah itu senjatanya bukan dipegang dengan tangan, tapi dengan mulut.

fitnah itu darahnya bukan pada kapilari-kapilari yang koyak, tapi pada hati yang tiada dalam pengekelasan anatomi.

fitnah itu sakitnya bukan pada pain receptor di bawah kulit, tapi pada jiwa yang menanggungnya.

mereka berbicara seolah-olah mereka berkuasa atas segalanya.

semoga Allah memelihara kita dari fitnah besar. Allah sahaja yang berkuasa membalas perbuatan fitnah manusia yang lemah.

Monday, July 30, 2012

Alahai Tudung Mahal

Assalamualaikum.

hari-hari tangkap sotong
abihla sotong dah jadi rabak
zaman sekarang ramai orang pakai tudung
penjual tudung pun melambak-lambak.

jalan tengok bawah kalau tak nak tersandung
ada banyak akar berselirat
kenapa perempuan pakai tudung?
sebab nak tutup aurat.

ada kucing comel tidak bertuan
ada juga monyet di sana
wahai sahabatku yang perempuan
had aurat kita dari mana sampai mana?

ah tat jual tauhu
ah seng dan mei mei jual baju tok ki
meh sini mau bagitahu
aurat kita satu badan kecuali muka dan tapak kaki

**berbalik kepada tudung**

nak pergi wakaf che yeh jalan kena sekat
nak lari pulak tak kuat
sekarang banyak tudung orang jual yang singkat-singkat
nak tutup seluruh aurat pun tak muat

dah wakaf che yeh, sungai golok pun disekat
sebab kat situ banyak hantu
dah la singkat
mahal pulak tu

heya, sisters... it is not worth it la. tudung mahal macam baju kahwin tok siti, kecik pulak tu. tak muat akak oii...

pesanan ini untuk penjual tudung:

5263nh4i1yc633u05p9hqn1pkfg7xaqf
copyright: k-on.muzy


Tuesday, June 19, 2012

Summer Holiday yang Teruji

Assalamualaikum.

Sudah lebih kurang dua minggu...

...berada di Tanah Melayu tanah tumpah peluh belajar masa sekolah dulu.

Agaknya dah lama sangat tidur dalam dunia ni.

Tidur dalam kelalaian.

Life is seronak (read: seronok)

Macam-macam nikmat dapat. Nak makan senang. Nak pergi berjimba-jimba pun.


MAKA

Ujian pun didatangkan secara tiba-tiba.

Meragut perasaan dan hati yang dulu kononnya sembil. Tak kisah konon.

Tak mudah leleh la katakan. Perasan la tu. Masuk bakul tergolek sendiri.

Ujian itu datang just like an alarm clock yang mengejutkan kita supaya bangun dari tidur. Maka pilihlah untuk terus lena dalam kelalaian atau bangkit bekerja untuk akhirat yang kekal selamanya.

Kalau pagi-pagi, alarm clock yang di tepi bantal atau terseret ke bawah bantal atau masuk dalam sarung bantal atau jatuh tercampak ke atas lantai lalu tersorok di bawah katil... (eheh panjang pula) berbunyi mengejutkan kita, sungguh kita mampu buka mata dan menutup alarm itu. Bukan snooooze dah, tapi setoppp!

Lepas itu kita mampu pula pilih untuk terus tidur meninggalkan waktu Subuh yang disambut kokokan ayam dan kadang-kadang suara Peah dan Semek (kucing!) yang bergurau atau bergaduh di tepi rumah. ATAU kita boleh pilih untuk bangkit meleraikan ikatan si setan yang megikat tubuh kita semasa tidur, menyahut seruan azan Subuh yang dilaungkan oleh muazzin bernama Pak Mat di masjid berdekatan di hadapan kedai Mak Esah.

Terasa macam patah bahu juga menanggung ujian.

Berhujan juga sehari dua.

Mata pun boleh tahan bengkak berjaga malam.

Yang nyata kehidupan ini perlu diteruskan.

Kehidupan ini bukan diteruskan dengan emosi kita.

Tapi Allah yang menentukan. Mengikut rencanaNya. Paham?

Apa yang kita rasa buruk gila sebenarnya cantik di sisi Allah. Itu yang ramai orang tak sedar termasuk yang mengarang ni hahh...

Yang nyata tunggak kehidupan bukan ayah atau mak atau abang atau kakak atau adik atau tok nyang atau anyone... (penat fewwhh)

tapi Allah.

Sunday, June 10, 2012

Orang Jahat Boleh Masukk Syurga

Salam alaik.

Ada orang pernah kata, (dengar dari kecik lagi) orang Islam mesti masuk syurga.
Tak kisah la dia jahat ke baik, lepas kena seksa dalam neraka mesti masuk syurga.

Datang kesimpulan begini rentetan daripada ayat di atas: jadi tak perlu buat baik la, asal kita Islam boleh masuk syurga. 

Kenapa Islam?
Sebab percaya Tuhan ada satu je, tak de yang lain kecuali Allah.

Kenapa orang Islam kena buat baik?
Bukan kalau jahat pun boleh masuk syurga ke?

Kenapa kita kena buat baik? Apa yang kita rasa bila kita cuba buat baik? 

Kita buat baik sebab apa?
Pernah rasa dekat dengan Allah tak?
Pernah tak rasa masa kita tenggelam dalam kesusahan yang amat tiba-tiba kita keluar dari kesusahan tu?

Analogi: Exam is around the corner. Kita dah well-prepared for the exam. Orang lain baru nak study segala benda, gelabah anak kucing. Kita dah ada semua benda dalam kepala. Sedangkan kita tahu, kita ni asal pass exam dah okey, asal tak kena repeat. Sebab kita dah well prepared, kita ready. Mesti lega kan?

So sama la dengan persoalan kat atas tu. Asal Islam, boleh la masuk syurga. 

Kita buat baik sebab nak kejar redha Allah. Kejar rahmat Allah. 
Seorang ustaz yang alim lagi soleh penuh dengan amal tak semestinya masuk syurga kecuali dengan redha dan rahmat Allah. 

So bila kita buat baik, kita akan rasa lega dan tenang untuk kejar rahmat Allah.
Kalau buat jahat sepanjang usia, hati pun dah keras, susah la sikit nak dapat rahmat Allah. Memang Allah yang berkuasa nak bagi rahmat Dia kat kita, tapi kita kena kejar. Lari laju cepat dna banyak la kita dapat , n vice versa.

Analogi lagi: Kita kerja. Kita ada boss. Kalau kita ni jenis suka lawan bos, tak buat kerja, ada rasa malu tak nak mintak duit kat bos kita tu kalau kita tengah dalam susah?

Lagi satu: sanggup ke kita nak kena seksa kaw-kaw dalam neraka dulu sebelum masuk syurga? Berapa lama kita kena seksa tu sebenarnya?

Saturday, June 2, 2012

Reject Me Back, Please.

Assalamualaikum.

Many don't know this.

He doesn't like you because you don't like him.
She doesn't like you because you don't like her.
They don't like you because you don't like them.

Apakah ini?

Kita tak nak orang reject kita.
Kita tak nak orang ignore kita.
Kita nak orang sedar kita ada kat situ di tepi mereka.


Tapi tanpa kita sedar
kita telahpun terlebih dahulu reject orang.
Awal-awal lagi kita ignore orang.
We don't really sense their presence beside us.


How do we do that actually?


Muka kita. 

Kemasaman dan ketidaksenyuman itu mengundang segala rejection.


Kesenyapan.
Kita harap dia dulu yang say-hi-how-are-you-have-you-eaten-breakfast-this morning? kepada kita.


Unconsciously, we say to them
Reject me back, please
because I've rejected you earlier
We say to them
Please ignore me
yet we really want their appreciation.

So not to make we feel rejected
or causing people to reject us for real
just say hi first
smile first
don't wait for them to do it first

if you really have problem to do these
then ask other people if you're egoistic

Thinking of this...
maybe that's why Rasulullah saw suruh bagi salam
to connect people (not by Nokia and Facebook)
to start the ukhuwwah
and to tighten it
to make Muslims united (Muslim United??)
(MU yeaahhhaaa)


Thinking of this...
Maybe that's why
some people say
(including my ummi)
as we get up, recite doa bangun tidur
and smile
to cause the muscle of your face contracted (and some are relaxed)
to create a happening face
not to cause the kemasaman heheh
so it would reject the rejection face.


Kesimpulan:
1. give salaam (ohoh teringat Aiman Azlan)
2. and smile.



-abih-

Siapa yang Layak Kata "Hade aku kesah??"

Assalamualaikum.

Kalau jadi jahat orang kata
Jadi baik orang kata
Bajet bagus la
Koya pandai la
(koya=bajet)
Habis tu nak yang mana satu?

Boys and girls
why do you listen to others?
Must you listen to human's judgement to live your life?

Kalau nak hidup dengan kata-kata manusia 
rasanya dah lama jasad ni terkubur dalam tanah
tak hidup

To live our life
let go of those words coming from other people
go on with what Allah says
with the guidance from Rasulullah

Bercakap dan menaip di blog itu senang macam 1+1

No matter how hard it is
Carilah ilmu.
Supaya kita tak hidup dengan kata-kata manusia
baru boleh jadi orang yang dicampak ke tanah jadi gunung
dicampak ke laut jadi pulau
jadi emas
kena rendam dalam sulphuric acid (SO2) pun takde hape-hape
baru boleh jadi orang yang layak mengatakan
"Hade aku kesah??"



Biar ayat "Hade aku kesah??" tu selari dengan rasa di hati
kalau tak 100% pun
1% pun jadi lah.

Pada saya
orang yang layak mengatakan "Hade aku kesah??" itu ialah
mereka yang tinggi keyakinannya kepada Allah dan Rasulullah
yang percaya pada Al-Quran dan Hadis
yang tidak pernah kisah dengan kata-kata jahat manusia lain
yang tidak tewas kepada pujian dan penghargaan manusia

Never live your life based on people's words and judgement.

Tuesday, May 29, 2012

Sabar yang Cun Dendam yang Hodoh


Alhamdulillah
Waktu  yang bergerak hari tu yang terasa macam siput patah kaki berjalan
Dah tiba kat hujungnya
Semua orang tunggu hari nak berlayar di udara menuju ke Malaysia

Perkongsian hari ini:

Jahat jangan dibalas jahat
Kerana yang berkuasa member balasan itu hanyalah Yang Maha Berkuasa di atas sana
Dendam kalau disimpan harus dilupuskan
Sebab dendam akan jadi minyak tanah

Kalau dia buat jahat pada kita
Bersabarlah

Sampai bila nak sabar?
Dia menindas
Layak ke aku diam?
layak ke aku untuk tidak menegakkan hak aku sendiri?
Siapa diri untuk mementingkan diri sendiri?

Sabar itu tak semestinya diam
Diam pun tak semestinya sabar

Sabarlah dalam berbicara menegurnya
Berdoalah dalam diam berapi-api

Bukan tak pernah saya berniat membalas dendam

Saat hati menggelegak
Syaitan seronok menambah kayu api dan petrol

Ketika mata nampak ruang membalas dendam
Allah turunkan rasa belas kasihan
Hati yang awalnya panas jadi sejuk
Dijadikan hati yang bengkak bertukar kepada hati yang bersangka baik

Rasulullah saw pun tak pernah membalas apa-apa kejahatan dengan kejahatan

Rupanya bersabar itu mencorak akhlak

Berdoalah sahaja kepada Allah yang berhak membalas

Satu hari nanti mata akan terbuka luas
Erti sabar dan doa itu

SABAR ITU CUN!
THE UGLY ONE IS DENDAM