Monday, May 28, 2012

Belajaq Kepala Keluaq Lutut

Assalamualaikum.

Semalam esei. Cukup mengeringkan otak.

Biarlah semua berlalu sebab tak ada makna nak kejar balik Dr Dalia dan semua kertas jawapan itu semata-mata nak betulkan balik jawapan-jawapan yang menjadi peluru subjektif. Peluru objektif lebih senang untuk didapati di dalam kertas soalan. Kalau subjektif maka saya gigit jari.

Belajar kepala keluar lutut, memang tak dapat ah. [kata Ketua Batch si Syahmi Zulkifli bekas pelajar sekolah bintang, via BlackBerry]

Mana limbic system, basal ganglia semua? [kata si Syamil Safwan]
Lalu dijawab oleh Syed Fazreen dan Ahmad Ashraf: Ni ada kat sini meh la amik soalan lebih... (sarcastic) @____@

Walau semangat hapal kepala, last-last soalan yang keluar: kepala lutut.

Seriously, kepala lutut yang keluar.

Patella bukan kepala paip.

Kepala lutut.


Kesimpulan: Barang yang lepas harus dikenang. Kalau tak terjadi la pembinaan ayat seperti ini:

Maktabah mana yang tersalah stapler kertas soalan semester 4 tercampur dengan sem 2? (kata Farhan Azhar)

Kesimpulan tersimpul mati: Hakikatnya: Study jangan sebab peperiksaan yang sudah terlekat di penjuru. Lutut ke kepala ke... tapak kaki ka, tapak tengkorak ke, semua Allah yang cipta maka berusahalah untuk menggali ilmu itu dengan sebaik-baiknya supaya kita tidak 'di-kepala-lutut-kan' oleh orang yang suka 'meng-kepala-lutut-kan' kita. (musuh Islam)

Kesimpulan tersimpul mati tak boleh buka balik: Tawakkal lah!! Balik Malaysia bawak barang-barang anat, duduk rumah baca buku belajar kepala lutut balik!

2 Throw your words, write good:

Permata Biru Itu said...

Salam.

hehe, it is common to 'spot' the quest..
i think all students did that

anyway, good luck!

Dr K-on said...

the teachers do it, too.
"Cikgu bukan bagi soalan spot ni, ni soalan yg dijangka bakal keluar ye..."

time spm dulu tu huhu. full of nostalgic.

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment