Thursday, May 30, 2013

Tentang Sayap Sebelah

Assalamualaikum.

Saya pasti ramai orang dah tengok video MatLuthfi yang paling latest ni.

Ada isi kandungannya yang saya setuju, dan ada jugak sikit yang tidak.

Saya setuju, seorang daei tidak boleh terlalu keras dan garang sepertimana watak ketua usrah itu.

Dan jawatannya sebagai ketua usrah diberi oleh manusia, bukan oleh Allah. Menjadi ketua usrah tidak bermakna dia boleh menganggap diri dia suci berbanding dengan orang lain.

Saya setuju menegur ketua usrah yang 'perasan' macam tu.

Saya setuju kita kena tolong kawan yang nak berubah.

Tapi maaf MatLuthfi saya tidak setuju dengan kenyataan Islam menawarkan harapan. Ayat tu tak siap lagi kot hehe.

Ya, Islam menawarkan harapan. Dan harus diingat apa yang disediakan Islam bukan hanya harapan, tetapi PENYELESAIAN.


Monday, May 27, 2013

Cerita: Mencapai Kemenangan Melalui Jalan Singkat iaitu Perang

Assalamualaikum.

Pada satu hari, saya bercakap dengan seorang kakak.
Yang akak faham, HT ni bekerja untuk mencapai kemenangan Islam melalui jalan perang.
Mak aihh best gila pulak main perang-perang ni. (Dah saya minat cerita action perang-perang ni, ingat jadi sniper tak style ke?)

Tapi tak pernah lagi saya ditunjukkan dengan bukti bahawa Hizbut Tahrir menjadi dalang atau terlibat dalam mana-mana perang. Taliban pernah la saya dengar. HT belum lagi.

Dan sepanjuang tempoh belajar saya tak ada lagi dikenalkan dengan mana-mana cikgu menembak, atau cikgu strategi, atau cikgu bom. Pengajar saya pun tak reti handle M16. Usahkan nak pergi berperang, kucing pun diorang takut. Macam mana nak perang?

Kalau ya kitorang cakap pasal bom, bom kentut ada la. Cakap tengah-tengah minum petang. Main-main.

Saya pun tanya la...
Akak dengar daripada mana HT guna cara peperangan untuk establish Islam?
Dia pun jawab...
(terdiam seketika sebelum mengakui) Akak ikut kefahaman akak sendiri je.
Lalu saya kata
Akak kalau kita tak tahu, kita kena tanya kepada yang tahu.
Geram jugak aku macam ni. Tak de la, bila bab lain pandai je cakap kena rujuk ulama' la, rujuk orang yang arif la, tak boleh buat andaian sendiri la... eh eh tang cara perjuangan HT boleh pulak kau pakai kefahaman kau sendiri?

Dan lebih malang lagi 'kefahaman sendiri' tu disebarkan kepada orang lain... jadi la fitnah.

Kan dah jadi dosa yang lagi besar daripada membunuh tu...

Dalam surah Hujurat ayat 6 Allah kata kalau sampai berita daripada orang fasik, hendaklah kita siasat dulu. Siapa je yang tak fasik sekarang ni?


Democracy is Democracy, Election is Election

Assalamualaikum

Nah amik ni


Democracy is defined as 
a ruling system
from the people to the people for the people

Ahah. 
Cliche

cliche tak cliche
Allah cakap macam mana?

Allah kata kalau ikut kemahuan manusia, manusia akan menyesatkan kita dari agama Allah.

Heyyyoo...
Link Facebook saya ada kat tepi tu
Dipersilakan untuk klik dan add friend, atau private message kalau tak faham

Peringatan: demokrasi bukannya wasilah untuk memilih pemimpin
democracy is more than election
democracy is a system that will preserve the capitalists' ideology
and for sure, will kick other ideologies far away

Quote hari ni:
ELECTION IS ELECTION
DEMOCRACY IS DEMOCRACY
ELECTION IS NOT DEMOCRACY
DEMOCRACY IS NOT ELECTION


Kakak dan Abang Seperjuangan

Assalamualaikum.

Sekarang air mata murah macam rambutan 3 sepuluh kat pasar minggu Kuala Berang. Sedangkan dulu saya yang kena pergi cari video-video touching kat youtube untuk melaksanakan aktiviti membasuh cornea. Itupun tak cukup touch tuh.

Baru saya faham erti 'rakan seperjuangan'.

Dulu punyalah saya fikir apa maksud rakan seperjuangan tu. Perjuangan apa pulak yang diorang maksudkan ni..?

Dan boleh pulak ada rakan seperjuangan (sepert yang diceritakan dalam drama atau lagu-lagu) yang cakap aku nak berhenti dulu, korang teruskanlah perjuangan ni... bla bla bla...

Serius tak faham.

Bermula September 2012, Allah mula memberi saya definisi perjuangan dan rakan seperjuangan yang sebenar, yang saya tak pernah faham dari dulu.

Perjuangan menyebarkan kebenaran ni bukan sesuatu yang senang-senang untuk dihentikan, melainkan MAUT sahaja, dan bila dan di mana hanya Allah sahaja yang tahu.

Rupanya bila datang ujian barulah saya sedar, mereka sayang saya dan saya sayang mereka juga.

This sisterhood is defined by aqidah.

Aqidah defines this bond.

Sorry, nak jiwang kat sini. Mereka ialah kakak dan abang seperjuangan saya. (Really feel like adik amongst them)

Saturday, May 25, 2013

Kata-kata Juga Akan Sentiasa Diuji

Assalamualaikum.

Terutamanya untuk orang yang ada kesedaran membawa Islam dan kebenaran, ya, kita ingin membawa kebenaran.

Dan kerana syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk memadamkan cahaya kebenaran Allah, dan nak menarik seramai mungkin anak Adam ke neraka bersamanya, maka syaitan akan terus-menerus mengaburi mata dan perasaan, sehingga apa yang benar nampak salah dan yang salah nampak benar.

Hanya Allah sebaik-baik pelindung.

Apa yang kita kata hari ini, mungkin akan diuji pada masa hadapan. Sedar atau tidak.


Friday, May 24, 2013

Cerita: Thariqah Tergopoh-gapah dan Tolak Ulama

Assalamualaikum.

Hairan. Macam mana orang boleh cakap thariqah HT merupakan jalan yang tergesa-gesa untuk mencapai penegakan Khilafah buat kali kedua?

[Oo... nak cakap cara Nabi saw tu cara tergopoh-gapah ye?]

Amat menghairankan lagi tidak dapat dipercayai setelah saya sendiri duduk di dalamnya.

[Diorang tak tahu, Cik Khai. Yang lagi sedih, diorang tak pernah pun mendalami sirah Rasulullah dan thariqah baginda saw, dan apabila diorang dengar thariqah yang asing lagi isolated ni, terus diadili di mata mereka sebagai jalan yang tergopoh-gapah.]

Maksudnya orang yang mengatakan sedemikian mungkin:

  1. Hanya terikut-ikut kata manusia lain tanpa menyiasat kebenarannya, bertentangan dengan ayat Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6.
  2. Berjuang untuk Islam hanya dengan modal sedia ada, tanpa ada keinginan untuk menambah ilmu, mendengar kata-kata orang lain yang tidak mereka tahu benar atau salah.
  3. Menghukum dengan pandangan mata mereka, akal mereka yang terbatas tanpa mengingati bahawa thariqah Rasulullah merupakan jalan yang berlandaskan wahyu Allah SWT, dan Allah tidak terbatas.
  4. Tidak ada semangat mencari ilmu.
  5. Tidak ada muhasabah terhadap usaha-usaha mereka.
[Cik Khai, you cakap siapa ni?]

Ada la. Orang-orang sekeliling I yang pernah I bagitahu diorang tentang thariqah Rasulullah ni la. Malang gila, thariqah Rasulullah ni dianggap sebagai thariqah HT. 

[Siapa yang cakap thariqah yang uoollss guna ni thariqah Rasulullah?]

Syeikh Taqiyyuddin an-Nabhani, pengasas HT. Beliau berijtihad dengan segala sumber hukum dan juga sirah Rasulullah saw, so macam itu la dia jumpa cara Rasulullah menegakkan negara Islam pertama. Memang Rasulullah dan para sahabat tak pernah cakap cara nak tegakkan negara Islam adalah dengan tiga step ini iaitu sekian sekian sekian. Tengok tiga step tu, ada tak dalam sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat?

[Ohh... so maksudnya betullah HT ni tak tolak ulama ye Cik Khai?]

Sejak bila la kitorang tolak ulama... kalau kitorang tolak ulama, tak adanya kitorang ikut bersama dalam HT ni. Sebab HT sendiri diasaskan oleh ulama.

[Habis tu asal I dengar you all tolak ulama yang sekarang? You all ambik pendapat ulama HT je kan?]

Ah-hah. Kitorang diajar untuk tengok kekuatan hujah ulama tersebut, selari atau tidak dengan 4 sumber hukum utama umat Islam iaitu: Al-Quran, Sunnah, Ijma Sahabat dan Qias.

Ulang suara: Ijma SAHABAT ye, bukan ijma ulama.

Ijma ulama tak masuk dalam 4 sumber teratas tu.

Jadi selagi hujah ulama tu selari dengan 4 sumber utama tu, maka ia diterima.

[Kenapa ijma sahabat bukan ijma ulama? Bukan ke yang hidup sekarang ni ialah ulama? Nabi saw pun pernah cakap ulama ni pewaris nabi.]

Nabi saw pun pernah bagitahu yang pada akhir zaman ni jugak akan ada ulama yang menipu umat. Jangan dilupakan yang itu jugak. Sebab itu kita kena tengok hujah ulama tersebut. Dan kalau fikir, sahabat ialah orang yang ada bersama-sama Rasulullah, diorang tahu banyak berbanding ulama yang tidak wujud pada zaman Rasulullah. Kita nak percaya yang mana dulu?

to be continued...

Wednesday, May 22, 2013

Nasihat Seorang Perempuan Bujang

Assalamualaikum.

This is a follow-up entry.

Kepada kawan-kawan yang akan berkahwin, atau bertunang atau yang sewaktu dengannya, amatlah teringin sekali saya berpesan kepada kawan-kawan sekalian bahawa ikatan kita haruslah diikat dengan akidah yang betul.

Malang sangat rasanya kalau berkahwin hanya sekadar berlandaskan perasaan atau duit... atau apa saja... bukan didasarkan pada akidah.

Don't worry, no one in this blog is getting married right now.

Jangan sampai bila kita bertunang/berkahwin dengan Encik Lelaki, ahli keluarga dia merasakan yang anak mereka, atau abang mereka, atau adik mereka telah 'diambil oleh orang lain'.

Kita bukan nak hidup dengan orang yang tidak ada ibu bapa atau ahli keluarga, Encik Lelaki ada keluarga. Of course, kita bukan bertunang/berkahwin dengan Encik Lelaki seorang je, kita telah melibatkan diri ke dalam seluruh keluarganya. Dan begitu juga dia, telah melibatkan dirinya dengan seluruh ahli keluarga kita.

Seriously, the first kitab Nizhamul Islam of Syeikh Taqiyyuddin an-Nabhani tells us everything about the solution from our akidah.

Allah suruh kita jaga batasan antara lelaki dan perempuan. Firstly, buatlah sebab Allah suruh. Takutlah hukuman dan balasan daripada Allah. Syaitan takkan pernah menarik diri dari temasya percintaan luar nikah anak cucu Adam ni.

 Perasaan mungkin kata, "Yeah, he is the one for me. Dah susah dah aku nak jumpa orang yang baik macam dia. Jangan tolak dia."

Akal mungkin kata, "Kenapa tak nak berkenalan dulu..?"

Itu semua tafsiran hati dan perasaan manusia yang terbatas. Tapi Allah lebih mengetahui dan maha berkuasa. Siapalah kita yang lemah dan terbatas ni untuk melawan ketetapan Allah? Jauh sekali untuk lari dari hukuman Allah.

Itulah pesanan saya. Ikatlah sebuah hubungan perkahwinan/pernikahan dengan ikatan akidah, bukan ikatan perasaan sahaja.

p/s: saya belum nak kahwin lagi.

Tuesday, May 21, 2013

Ikatan Akidah dalam Percintaan (Lulzz Gelinya)

Assalamualaikum.

I do not know what should be the title for this post.

Seriously, Allah has the best plan for us. Ini bukan ayat menyedapkan hati ni. Ini betul yakin dengan ketentuan Allah.

Apabila kita percaya kepada qadha dan qadar Allah, maka apabila sesuatu terjadi kepada kita atau ahli keluarga kita, maka kita akan lebih mudah menerimanya.

And the belief for the qadha and qadar doesn't stand alone, it needs the belief in akhirat too. Wajib macam tu.

Sebab kita ni nanti akan ke akhirat jugak. Hidup di dunia ni kita tak tahu macam mana.

Sekukuh-kukuh ikatan yang mengikat seorang manusia dengan seorang yang lain ialah ikatan akidah. 
This principle is applied to all types of relationship. Kawan. Adik-beradik. Keluarga. Jemaah. Dan suami isteri jugak.

Ikatan yang berdasarkan manfaat, akan berakhir bila manfaat itu sudah tidak boleh didapati lagi daripada orang itu.
Ikatan bertunjangkan perasaan akan selalu goyah kerana perasaan selalu berubah-ubah, dan syaitan juga sudah semestinya mengambil bahagian dalam temasya emotional exaggeration ni.
Tapi IKATAN AKIDAH ialah ikatan yang berbeza. Hanya terputus apabila sudah tiada lagi akidah, dan saat itu segalanya hancuss...
Dan Allah menyedarkan kami semua insyaAllah... bahawa institusi kekeluargaan yang bermulanya dengan perkahwinan itu bukan institusi percintaan semata-mata. Ya, seringkali dan bahkan wajib ada cinta yang membajai rumahtangga, tapi itu hanya cat di luarnya. Tapi pasak dan tiangnya haruslah daripada akidah yang sebenar.

[Okey. Selain daripada rasa dah jadi orang yang dah kahwin empat belas tahun, saya juga rasa macam dah jadi sasterawan Indon neh]

InsyaAllah, pintu dakwah terbuka luas pasca peristiwa.

Yang pasti:
Allah got the best plan for us.
Jangan ikut kata syaitonnn... perasaan mungkin memandu akal kita pada satu masa, tapi jangan dilupakan perasaan jugalah yang paling senang dikuasai oleh syaitan.
Semoga dipertemukan dengan muslimah yang lebih baik.

Datang dan pergi insan dalam hidup kita, semua Allah yang buat. Allah bagi kita kawan, Allah boleh tarik dia. Allah bagi kita kucing, Allah boleh tarik balik. Dan segalanya yang ada di sisi manusia.

Monday, May 20, 2013

Delete

Assalamualaikum.

Sorry. I deleted most of the entries I wrote years before. Amatlah malunya diri bila tengok balik apa yang ditulis dulu.

Masa tu time jahil, tak kenal Islam yang sebenar.

So 400 posts reduced jadi 100++.

So lepas ni kita akan konsisten cakap pasal kebangkitan sebenar insyaAllah.

Saturday, May 18, 2013

Tested Before Exam

Assalamualaikum.

Yeah it is the time of the semester. Exam.

Tested with a bunch of hatred towards exams.

Because studying Islam, applying and spreading Islam are more realistic.

Of course I want to be a doctor, am at a loss if Allah puts me at the position of knowing nothing about the human body.

This is the test when a human being worships Allah.

I ask the same Q today.

Back then, years ago before SPM, I screamed quietly in my heart,

"Kenapa kena belajar Sejarah dan hafal semua benda ni kalau saya nak ambik medik?"

That time the purpose of my life is to become a doctor, get married, have kids, get money... see my parents smile proudly, of me.

Had never heard of the purpose of humans and jinn creation before I came to Egypt.

And today I ask myself, and probably I want Allah to answer too...
Why do I have to study this and sit for exams when I only want Khilafah to be established?
Nak marahkan siapa je. You were the one agreed to pursue in this field. You sign the contract.

Even so, when the  Khilafah is established (AMIN, YA RABB!!) the people in the Daulah Islam need doctors. If you are to be there in the daulah, just sit there doing nothing...

Fine. Writing such entry makes me think though.

Now I know why I have to study.

I want to help Muslims in the daulah soon.

Long term objective. (Who knows it could be the short term one? We never know when will Allah give us the victory.)

And don't stop spreading the truth of real Islam.

Friday, May 17, 2013

Islamic State, or State with Muslims Within?

Assalamualaikum.

My glasses broke again for the 2nd time I changed the lenses... and it is only 3 weeks I had him with me T___T amat sedih. Segala benda Allah boleh bagi dan Allah boleh tarik balik, okey? Thinking of that, I smile again, don't reach the extent where I blame Allah.

Semua benda hak Allah okey.

Lepas ni kena tukar spek yang macam Song Ji Hyo tu hah baru la dapat campak ke dinding tak pecah tak patah, dinding yang retak.

Power spek tak ada la tinggi sangat sampai tak hidup tak ada spek. Nampak je cuma bila start pakai spek mata jadi dependent kat spek, rasa tak best tak de spek. Lagi la kalau jalan tengah panas kena silau-milau matahari jadi mata saya jadi penat tahan cahaya masuk mata.

After usrah, there's a question in the kitab.

Did Muslims really implement Islam, or did they only embrace its doctrine (akidah) and implementing other systems and laws?

The answer to this question is, Muslims only implement Islam through the ages from the arrival of Rasulullah saw in Madinah until 1336 A.H. (After Hijrah), when the Caliphate collapsed at the hands of colonialists.

After that period, Islam never implemented comprehensively.

Yes, we see Muslims all over the world. Hey, Muslims are numerous in Malaysia, Indonesia, Egypt, Saudi Arabia, Jordan etc.

Those countries aren't Islamic State, not Daulah Islam.

They are states with Muslims within.

Islamic State is the state where the laws and systems are from Islam.

The countries that have Muslims within them are implementing democracy, obviously.


Wednesday, May 15, 2013

Syariat Pulak

Assalamualaikum

Dah-dah la promote dan buat hebahan pasal maslahat tuh.

Jaga syariat pulak. Kita jaga syariat Allah (dalam pemerintahan) so Allah jaga maslahat kita. Allah tu maha kaya. Manusia hanya kaya bila dia menindas hak orang lain.

Syariat Allah takkan terjaga dengan sistem yang lahir dari akal manusia.

Syariat Allah hanya akan terlaksana dengan sistem yang Allah buat.

Bosan la cakap pasal maslahat tak habih-habih... turun harga kereta la... duit itu la duit ini la...


Tuesday, May 14, 2013

Alhamdulillah, Selesai

Assalamualaikum.

Dua atau tiga entri sebelum ini merupakan luahan hati kekecewaan saya terhadap insiden-insiden yang berlaku terhadap komuniti yang saya sertai.

Allah datangkan ujian buat kami semua yang mendukung perjuangan Islam ni.

Rasanya kalau ujian tu datang dalam bentuk external, maka kami menjadi lebih bersemangat untuk menyebarkan dakwah Islamiyah. Lagi banyak serangan dalam bentuk hujah ideologi dan emosi datang menyerang kami, semangat untuk menyebarkan kebenaran itu datang bertubi-tubi juga.

Tapi rupa-rupanya ujian internal lebih membunuh dan menyakitkan. Sampai hilang semangat dibuatnya. Sampai bisu terus saya di Facebook. Sampai lemah semangat kami yang selama ini lantang bersuara.

Syaitan tidak akan membiarkan kebenaran tertegak, syaitan seboleh-bolehnya akan mencuba untuk menarik seramai mungkin anak Adam ke neraka bersamanya.

Syaitan tak akan membiarkan Khilafah tertegak, sebab dengan Khilafah sistem Islam berjalan dan tidak ada lagi kejahatan berlaku, dengan izin Allah.

Inilah usaha syaitan untuk menyesatkan orang yang sudah menerima kefahaman Islam sepenuhnya.

Alhamdulillah, Allah telah membuka hati kami. Allah selesaikan ujian itu. Tak kiralah berapa banyak air mata yang gugur mengenangkan kesilapan kami dalam jalan dakwah ini, alhamdulillah, kami semua menerima iktibar.

Riak, ujub dan takbur itu amat bahaya.

Sunday, May 12, 2013

Perjuangan Belum Selesai, Ujian Pun Tak Berhenti Lagi

Assalamualaikum.

Seriously, I do not know what is happening to us now. Of course shaitaan would have never give up for the efforts to see the Caliphate not established.


Saturday, May 11, 2013

Open Discussion in Cairo

Assalamualaikum.

Heard from many people that Hizb-Ut-Tahrir works to establish Caliphate by the means of war and weapons. But unfortunately, the people saying so are those who have never joined any open discussion or halaqah with the hizb.

And sorry, I found out that this is very pathetic.

Arrived in Mans at 2 something in the morning after 2-3 hours from Cairo, attending the open discussion there.

Awesome, alhamdulillah! Can you imagine (because I had never experienced this before) how people from different countries can talk only about the uprising of Khilafah? We are united by the only aqeedah, only by syahadah. Alhamdulillah, so this is the feeling of seeing our another part of the jasad...

In the talk, they didn't mention anything about weaponry training... or recruitment of member to be the soldier... they only mentioned about the solution to the economic problem (as the title given is the Economic problem) and how do we establish Khilafah Islamiyyah ala minhajin nubuwwah.

So, I am sorry to those who believe Hizb Ut Tahrir as a party that would use terrorism, war and weapon as thariqah to establish Islam, you are definitely wrong.

Didn't Allah said in Surah al-Hujurat verse 6 that whenever we heard a news from a fasiq, we must investigate the news first?

Thursday, May 9, 2013

Sahabat dan Ulama

Assalamualaikum.

Ehem.

Mereka sesenangnya melabel/menghukum golongan yang menolak ulama' ni sesat.

Sementelah mereka yang menolak sahabat tidak pernah pulak saya hukum sesat.

Sedangkan para sahabat ni merupakan orang yang hidup bersama-sama Rasulullah saw. Sedangkan ulama' tidak.

Memang betul ulama' pewaris nabi.

Tapi kita kena tengok jugak hujahnya. Kalau bertentangan dengan 4 sumber rujukan utama umat Islam, maka tertolaklah hujahnya.

Maafkan saya. Tapi adakah logik Barat akan membiarkan ulama' yang membawa risalah Islam sebenar hidup terus dan menyebarkan dakwahnya?

Saya menolak hujah ulama' yang bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah, Ijma' Sahabat dan Qias.

Kata saja lah apa yang kamu nak kata. You and me will be accounted for what have we done in this dunya. Kata-kata buruk kamu takkan jadi bebanan saya nanti.


Wednesday, May 8, 2013

Angkat Senjata, Tolak Ulama - Oh Kami Ke?

Assalamualaikum.

Ehmm. Ada yang menganggap dan mengatakan kami ni berjuang menegakkan Islam dengan mengangkat senjata dan peperangan.

Hadui. Saya tak pernah masuk kem tentera atau latihan menembak dengan menggunakan mana-mana senjata pun lagi. Jangankan M16, lastik burung pun saya tak reti guna.

Kalau diteliti sirah Rasulullah saw, mana ada peperangan umat Islam berlaku sebelum tertegaknya daulah Islam?

Hari ini kami berjuang dengan thariqah Rasulullah saw. Hari ini tidak ada daulah Islam, tidak ada Khalifah, mana boleh berperang. Yang ada hanyalah orang kafir yang menyerang umat Islam dan umat Islam tidak ada pembela.

Siapa yang boleh membela umat Islam sekarang?

Demokrasi? Demokrasi tidak akan pernah berjaya establish negara Islam. Tidak pernah terbukti dalam sejarah.

Tapi kalau dengan thariqah Rasulullah, ya. Memang telah terbukti.

#Jangan bersangka-sangka, kalau tak pasti tanya.

Ada yang mengatakan kami menolak ulama.

Kami tidak tolak ulama. Sumber rujukan utama umat Islam sepatutnya ialah Al-Quran, Sunnah, Ijma' Sahabat dan Qias.

Kalau qias bertentangan dengan ijma' sahabat, maka qias terbatal. Ijma' sahabat bertentangan dengan Sunnah, maka ia terbatal. Dan seterusnya.

Kenapa kami refer ijma' sahabat bukan ijma' ulama? Sahabat ni orang-orang yang hidup semasa Rasulullah saw ada. Mereka banyak tahu dan lebih arif, berbanding ulama' yang hidup selepas kewafatan Rasulullah saw.

Kami tak tolak ulama. Dalam menerima pendapat seseorang ulama, kami tengok hujahnya. Kalau hujahnya tidak bertentangan dengan 4 sumber utama rujukan umat Islam maka pendapatnya diterima.

Kami tak tolak ulama, tapi kami tak terima pendapat ulama bulat-bulat, walaupun dia famous sekalipun.

Kami pun terima pendapat ulama. Contohnya, Syeikh Taqiyyuddin an-Nabhani, Syeikh Abdul Qadim Zallum, Syeikh Ataa Abu al-Rashtah...

Allah bagi kita akal fikiran untuk membandingkan dan memikirkan. Janganah diterima pendapat ulama kerana kehebatan dan ketokohannya, tapi siasat dulu hujahnya sahih atau tidak...

#Saya tak pernah jumpa dalil sahih yang membenarkan demokrasi

Kalau tak pernah join, jangan berani-berani buat kesimpulan melulu. Bertanyalah dulu.

Sesungguhnya kebenaran itu akan sampai kepada orang yang benar-benar ikhlas mencari kebenaran. Kebenaran itu milik Allah, dan didatangkan oleh Allah, maka mintalah kepada Allah.

Sunday, May 5, 2013

Emosi Dugaan dalam Berdakwah

Assalamualaikum.

Dalam dakwah tidak boleh dipandu emosi. Kalau tidak keluarlah nanti perkataan yang semacam mengeji.

Tapi dakwah juga tidak boleh berpandukan akal yang kurang berfikir. Dakwah memerlukan akal yang berfikir tentang kebenaran thariqah Rasulullah.

Oh. Berat betul dugaan yang menimpa kali ini. Sungguh ini kali kedua saya rasa bahu macam nak patah, clavicle seperti nak terbelah dua, bagai nak retak scapula. Tapi alhamdulillah Allah masih bagi kekuatan untuk tidak menangis. Kalau saya tidak menangis maksudnya saya tak mengalami mental breakdown la tu.

Emosi itu ada. Rasa nak jerit pada semua demokrasi itu bukan jalannya.

Dan nak jugak jerit kepada dia yang asyik dipandu emosi lately. Nak bagi dia sedar. Tapi hidayah Allah yang bagi. Bukan saya. InsyaAllah, nanti dia akan sedar, niat saya bukan untuk menghentam tapi untuk membawa dia balik ke landasan akhlak seperti yang Rasulullah saw ajarkan.

Susah. Rupanya inilah ujian dalam berdakwah. Sebanyak mana pun serangan external datang, ia tidak mematahkan semangat. Tapi bila dugaan internal datang menggoyahkan ikatan akidah, air mata yang mahal pun jadi murah macam barang 3 sepuluh kat pasar.


Do You Know What Is Democracy?

Assalamualaikum.

Shocking, isn't it? Yeah, I don't vote. But I can see the result that disappoints most of my friends here. I expect this would happen. Why? Because it is democracy.

Do not worry, because I am not gonna repeat the definition of democracy here in this entry, may be in next entries haha.

Tahu tak apa tu demokrasi?

Demokrasi ni ialah satu sistem di mana siapa yang dominan akan menang. Awak banyak duit awak menang, awak dapat media, kerusi, pengaruh... awak ada link dengan kuasa kapitalis dunia awak menang.

Nak establish Islam dengan demokrasi? Terbukti gagal. Mesir dan Turki dah menunjukkan buktinya. You want to brings the parliament down by democracy? Tak boleh. Sebab demokrasi tu akan secure perundangannya sendiri.

Habis cerita. Masih nak perjuangkan Islam dengan demokrasi ke? Bila nak habis drama kalau macam ni.

Satu-satunya cara untuk menegakkan Islam kaffah (Khilafah) yang telah pun terbukti berjaya hanyalah dengan thariqah Rasulullah saw.

Terlalu Kesian dengan Perjuangan Islam dalam Demokrasi

Assalamualaikum.

Saya berasa amat sedih. Sebab ramai orang tidak tahu jalan demokrasi ni bukan daripada Islam.

Sedih gila. Mereka menganggap Islam kena tunduk kepada realiti hari ini.

Cerita Bangla datang mengundi. Saya tidak tahu cerita sebenar, tapi kalau benar hal itu terjadi kerana pihak-pihak tertentu memerlukan jumlah undi yang lebih banyak.

Sedangkan dalam Islam, kemenangan tidak bergantung kepada nombor dan bilangan.

Cerita dakwat hilang.

Kesian gila semua orang yang mahukan Islam terpaksa tunduk kepada organisasi yang sudah diketahui dimonopoli oleh pihak lawan dalam rangka mengalahkan opponent masing-masing.

Adakah Islam selemah itu hingga terpaksa tunduk kepada orang yang berlaku zalim?

Ni la kelemahan demokrasi. Sesiapa yang memiliki nombor dan bilangan yang banyak, duit yang banyak akan dapat melakukan apa sahaja.

Semua masalah ini dan masalah lain yang lagi besar isunya yang kedengaran lantang di Facebook, adalah isu yang menjadi norma dalam demokrasi. Apabila kita hendak menyelesaikan masalah-masalah yang wujud tu, maka kita mula mengekstrak idea daripada akal kita yang terbatas.

Sedangkan dalam Islam, segala penyelesaian dah tersedia sejak sebelum masalah itu wujud. Islam menyediakan penyelesaian yang lebih bijak.

Islam tak guna cara yang lahir daripada akal manusia, tetapi sebaliknya sumber penyelesaian masalah dalam Islam adalah wahyu daripada Allah kepada Rasulullah.

Allah yang menciptakan penyelesaian bagi seluruh umat manusia. Kenapa masih ada manusia yang masih tega mengenepikan kebijaksanaan Allah dan mengagungkan akal manusia yang serba terbatas ni?


Saturday, May 4, 2013

Saya Tidak Berada di Atas Pagar

Assalamualaikum.

Golongan atas pagar ialah istilah yang digunakan untuk mereka yang tiak memihak kepada mana-mana parti dalam pilihanraya dalam sistem demokrasi.

Ya, saya bukan golongan atas pagar.

Pagar itu wujud, tapi saya berada jauh di luar pagar.

Kewujudan pagar itu sendiri saya rasakan satu kesilapan besar umat Islam hari ini.

Ya, memang takdir Allah menetapkan bahawa pada 3 Mac 1924 sistem khilafah yang berdiri selama 1400 tahun lenyap.

Dan sistem itu berganti dengan sistem demokrasi.

Tetapi, umat Islam tidak boleh diam dengan sistem demokrasi yang tidak diredhai Allah ni.

Umat Islam tidak boleh membiarkan kekosongan tempat khalifah melebihi 2 malam, hari ini sudah 89 tahun umat Islam berdosa kerana membiarkan kekosongan tempat khalifah terlalu lama.

Adik, diorang tak tahu hal itu. Janganlah adik marah.

Ya, sebab umat Islam tak tahu la saya kena bagi tahu.

Kelemahan pemikiran umat Islam sekarang ni dah sampai tahap tenat. Kalau kat hospital boleh masuk ICU kot. Kerana terlalu ramai orang Islam yang mempertahankan demokrais yang berasal dari akidah lain, dan terlalu sedikit orang yang memahami dan dapat berfikir tentang makna demokrasi dan khilafah yang sebenarnya.

Lebih tenat lagi, ada yang mengatakan sistem khilafah dah tak relevan. Do you know that you just insulted an institution built by Rasulullah saw? (Bukan kamu yang membaca la kot... orang yang bagitahu saya tu la)

Apa yang saya lihat baik dalam parti sekular mahupun parti 'Islamik' yang berentap dalam demokrasi ini, mereka tidak lain hanya menawarkan maslahah (benefit) kepada umat Islam sebagai asas untuk memilih. Tidak ada penegakan hukum syariat. Sedangkan mereka yang memimpin wajib menerapkan hukum Islam.

Tak habis-habis dengan mempromosikan maslahat, mengumpan umat. Akhirnya hukum syariat yang wajib diterapkan ditendang ke tepi.

Thariqah Rasulullah juga diketepikan. Demokrasi yang dirasakan sebagai alat itu dijunjung tinggi dan mulia mengalahkan thariqah Rasulullah.

Kepada sesiapa yang membaca entri ni, saya doakan kamu sedar bahawa demokrasi bukanlah sistem terbaik untuk menegakkan Islam dan hukum syariat Allah di muka bumi ini. Demokrasi hanyalah satu sistem yang akan membuat kita semakin jauh daripada Allah dan Rasulullah, dan dekat kepada hawa nafsu, syaitan dan neraka. Demokrasi tidak akan mempertahankan wanita, orang miskin, umat Islam di Syria, Palestin, Rohingya dan di mana-mana sahaja. Demokrasi akan terus membuli mereka. Demokrasi hanya akan menguntungkan orang yang berada di atas, merugikan dan membunuh orang yang berada di bawah.


Thursday, May 2, 2013

Retorik Sentiasa Berkali-kali

Assalamualaikum.

Harap maaf. Saya terlalu penat mendengar dan membaca retorik berbaur agama yang digunakan oleh orang yang berkompromi dengan agama.

Seorang kawan pernah mengatakan kepada saya macam ni, depan-depan, betul kena kat muka I.
Kenapa saya tak bersetuju dengan HT? Sebab HT tak syumul. Tidak ada tarbiyyah dalam HT.
Haduu... nasib baiklah saya ini bukannya mercury, pantang kena haba sikit terus naik.

Takpe, kita teruskan bersangka baik.

Tidak ada tarbiyyah dalam HT?

Saya menyangkal seratus peratus kenyataan kawan saya ini.

Sebab saya tidak pernah mengalami proses pentarbiyyahan yang begitu sistematik dan berkesan sebelum saya kenal HT.

Serasa diri ini, saya tak pernah berjaya ditarbiyyah oleh fikrah lain dengan jayanya, di mana saya genggam fikrah itu kuat-kuat. Saya selalu diganggu dengan keraguan dek diajar mengenai fikrah lain.

Bila saya jadi darisah HT baru la saya faham fikrah yang betul, dan saya faham pulak fikrah lama saya yang saya pernah cuba belajar tu.

Cakaplah banyak-banyak, kamu membuat janji apa pun. Roti canai pun sedap jugak kalau tidak mengenangkan kalori yang banyak tu. Buatlah janji apa sekalipun, nak turunkan harga buah keranji ke... nak bagi roti Gardenia Butterscotch free ke, Dutch Lady Chocolate kurang harga ke, ribet untuk handphone Samsung S4 ke... silakan lah kamu berjanji. Kamu mungkin menunaikan janji kamu, dan mungkin juga tidak.

Itu semua masalahat. Benefit. Manfaat.

Yang saya mahu ialah: penderitaan umat Islam dihentikan dengan adanya Khilafah. Maruah wanita tidak lagi dipijak dengan adanya Khilafah. Tidak ada lagi orang miskin tidak dapat makan dengan adanya Khilafah. Tidak ada lagi zina bebas dengan adanya Khilafah. Saya dah penat tengok semua tu.

Berkali-kali saya akan tetap kata Khilafah bukan janji mana-mana pun.

Siapa rasa saya berlaku zalim dengan tidak mahu mengundi (saya tak cukup umur lagi bak kata undang-undnag negara demokrasi kat Malaya ni pun) dan membiarkan kezaliman terus berlaku, meh sini saya mahu beritahu juga yang demokrasi itu hukumnya haram.

Kalau nak cakap pasal mengurangkan kemudaratan dengan mengundi parti yang memperjuangkan Islam dan menghapuskan parti yang sekular, hal ini bukan bermain dalam perkara yang mubah. Ini bab halal dan haram.

Sudah berbuih juga mulut memberitahu demokrasi ni asalnya daripada akidah sekularism.

Tak pe, saya tak nak penat.

Haa... kalau tak bersetuju dengan kenyataan ini maka kat tepi tu ada link Facebook saya. Saya budak rajin online FB. Mesej je, saya akan cuba jawap.

Saya amat penat dengan retorik Islamik mereka yang tidak bertapak pada akidah, hanya bertapakkan masalahat, berdindingkan masalahat, berbumbungkan maslahat dan semuanya sebab masalahat.