Monday, October 21, 2013

Dilemma Student Mesir-Malaysia

Assalamualaikum.

I just wanna share with you my personal opinion about the transfer of alotta Msian students in Egypt to Malaysia.

Peringatan: Read at your own risk. Ini pendapat peribadi saya sahaja, yang lebih mengetahui tentang kebenaran dan apa sebenarnya yang terjadi hanyalah Allah taala. Okey?

Tak jatuh dalam hukum haram pun kalau pindah balik Malaysia. Maka tidak ada salahnya untuk pindah balik ke Malaysia dan sambung belajar medik kat sinun.

I stay here.

Sebab saya dah terlalu biasa dengan cara belajar di Mesir.
Saya tak bersedia untuk perubahan drastik yang amat sangat dengan cara belajar di Malaysia.
Saya tahu latihan klinikal di Malaysia sangatlah amat superb dan excellent.

Amat berbeza dengan latihan klinikal di Mesir. Di sini, dalam program Mansoura-Manchester, kalau dalam sesi latihan klinikal students tak nak cuba buat atau takut nak sentuh patients, maka memang tak dapat la skill tersebut. Doktor tak akan paksa, tak ada orang marah. Itupun rasanya tak cukup lagi kot, kalau nak skill yang betul-betul 'cair di tangan' memang kena cari alternatif sendiri untuk round ward dan berlatih.

Dan sebenarnya kenapa saya pilih untuk kekal di sini sampai habis belajar nanti... sebab saya memang nak belajar kat Mesir sejak awal lagi. Lagipun keadaan dah stabil (tiada perang ideologi, yang ni tak best) dan selamat, walaupun tak ada la macam dulu kan... aktiviti dakwah dah tak bebas untuk digerakkan dah. Untuk apa saya berusaha sungguh-sungguh mintak sponsor datang sini dulu?

Dan tempat-tempat yang dibuka untuk pelajar-pelajar medik Mesir di Malaysia itu biarlah diberikan kepada mereka yang berhak. Saya rasa saya dah ada kedudukan yang secure sebagai medical student kat sini, alhamdulillah. Saya tak nak kejar apa yang tak pasti, saya nak genggam apa yang saya dah ada. Kena bersyukur.

Tentang keselamatan, biarlah Allah sahaja yang memelihara saya dan kawan-kawan yang kekal di sini...

[Patah hati dengan perpisahan ini]

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment