Bismillah. Salam alaik.
Ada yang mengatakan sistem khilafah dah tak relevan lagi. Well, itu bila awak hidup dengan kebergantungan kepada manusia dan kapitalisme.
Ada yang mengatakan tak semestinya penegakan Islam adalah dengan sistem khilafah. Itu bila kita terkurung dalam idea kapitalisme, dibutakan dengan 'keindahan' demokrasi dan ditipu oleh Barat serta tak nampak jalan lain selain demokrasi. Kita tak faham macam mana sistem khilafah tu bergerak. Kita tak tahu Islam bangkit dengan thariqah yang macam mana. Maksudnya kita tak faham erti kapitalisme, demokrasi dan khilafah.
Dan ada yang mengatakan bangkitnya Islam itu, bukan dengan sistem khilafah tapi dengan kepakaran-kepakaran individu-individu Muslim yang ada. Contohnya kalau dia reti main bola sepak, di situlah dia akan membangkitkan Islam. Kalau dia reti sains dan teknologi, di situlah dia akan menegakkan Islam, kalau dia reti belit tudung, di situlah dia membangkitkan Islam...? (How relevance is that to the risen of Islam?)
Sistem khilafah adalah di mana penerapan hukum-hakam syariat yang diwajibkan oleh Allah diimplementasikan serta-merta tanpa banyak songeh, alasan dan dalih. Contoh: Riba is haram, so no more banking system in khilafah, perbankan Islam ke, perbankan tak Islam ke... sebab semua tu ada riba, even the value of riba' is only 0.01% kita tak boleh pakai. Ekonomi dalam sistem khilafah adalah ekonomi Islam yang tidak bergantung kepada ekonomi kapitalis. That's true independence, right?
Untuk menegakkan Khilafah adalah dengan tiga cara:
1. Pembinaan dan pengkaderan (Marhalah Tatsqif wat Taqwin): yang ini adalah untuk membentuk orang yang berjuang dalam hizb (parti politik) yang menggerakkan dakwah, membina pejuang-pejuang yang menyampaikan ideologi Islam.
2. Tahap interaksi dan perjuangan (Marhalah Tafa'ul wal Kiffah): yang ini adalah tahap di mana orang-orang yang telah dibina dalam hizb (dalam tahap pertama tadi) terjun ke tengah-tengah masyarakat dan menyampaikan Islam yang sebenar dengan cara: berinteraksi dengan masyarakat (perdebatan, pertarungan pemikiran). Dengan cara ni, masyarakat akan faham Islam yang sebenar, dan dapat menjadi public opinion (masa tu orang semua dah faham Islam dan nak sistem Islam iaitu Khilafah). Hizb juga akan meminta pertolongan daripada ahlul quwwah (tentera, polis dan yg sewaktu dengannya) sebab ahlul quwwah ni penting untuk pertahanan. Dengan adanya public opinion, hizb sendiri dan ahlul quwwah maka dengan itu kita boleh menolak sistem barat dan tegakkan Khilafah. Contoh kat Syria: public opinion dah ada (rakyat Syria), hizb memang dah ada (HT) dan ahlul quwwah (Briged-briged yg berjuang dengan senjata tu-nama lama FSA). Apa yang diorang buat sekarang adalah untuk menegakkan Khilafah.
3. Tahap penerapan syariat Islam (Marhalah Tahtbiq Ahkamul Islam): time ni dah ada Khilafah. Dan Khalifah juga. Pelaksanaan hukum Islam adalah serta-merta, takleh kompromi.
Bagi yang berkata demokrasi merupakan jalan untuk menegakkan negara Islam, sedarlah bahawa anda telah berkompromi/main-main dengan nilai keIslaman anda. Sama la situasinya dengan: anda nak duit untuk sambung belajar, tapi tak ada duit. So untuk sambung belajar dan menjadi orang yang berjaya, anda buat kerja sambilan iaitu menjadi GRO untuk mendapatkan duit yang banyak. Itu maksudnya anda dah merendah-rendahkan maruah diri anda demi duit dan belajar. Sedangkan jalan yang benar dan halal banyak lagi. Tak kisahlah kalau anda kata menjadi GRO tu lebih hampir kepada kebenaran pun, tapi itu tetap jalan yang tidak benar.
Tak boleh berkompromi dengan agama Islam semata-mata nak menang dan nak tegakkan Islam. Islam kan syumul, so mestilah ada jalannya yang Allah provide untuk kita tegakkan Islam. Kalau demokrasi tu is the only way we can establish Islam maksudnya Islam ni cacat la, sebab ia terpaksa adopt cara daripada sistem kufur untuk ditegakkan.
Islam tak boleh ditegakkan dengan cara kufur.
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
1 Throw your words, write good:
melihat situasi sekrang apakah cara dan usaha yang kita boleh lakukan untuk menegakkan sistem khalifah??lagi satu sis tau x pasal pemegang panji hitam dari timur..agak2 dari mana tu??
Post a Comment