Tuesday, October 9, 2012

Maaf, Saya Tolak Cara Dakwah Anda

Bismillahirrahminirrahim. Assalamualaikum.

Hari ni serius.

InsyaAllah saya takkan tersalah cakap. Minta dengan Allah.

Kenapa saya berjuang untuk Islam? Kenapa kakak-kakak dan abang-abang itu sangat bersemangat berjuang untuk Islam? 

Pada waktu itu jawapan saya: Sebab kami nak memastikan Islam berdiri tegak di muka bumi ni la. Kitorang nak makmurkan bumi ni dengan syariat Islam.

Wahh. Begitu bersemangat sekali sekalian ukhti dan akhi. 

Ini pulak satu perumpamaan. Saya nak bina sebuah sekolah. Saya pun ajak semua orang kampung berusaha membina sebuah sekolah. Hey orang kampung! Marilah kita bina sekolah, tempat belajar supaya kita tak nampak lemah! 

Maka pembinaan sekolah bermula. Malangnya saya tak tahu bagaimana bangunan sekolah itu harus didirikan. Tapi, disebabkan semangat yang berkobar-kobar maka saya terus-menerus membeli simen setiap hari. Hari-hari tukang jual simen tengok muka saya dan orang-orang kampung.

Hari-hari main simen. Bila ada orang tanya, anda buat apa dengan simen yang banyak-banyak ni?

Maka jawab kami: nak buat sekolah. 

Tanpa kami tahu pembinaan bangunan itu memerlukan tapak, pasak, tiang, pengukur dan apa serba yang mengukuhkan bangunan tu...

Begitulah sesetengah orang yang berjuang untuk Islam. (saya la itu)

Mereka sedar syariat Islam perlu didirikan dengan begitu teguh di muka bumi. Tapi tak tahu jalan. Jemaah A kata ikut Lorong Melur. Jemaah B kata mesti kena lalu Lorong Cempaka. Jemaah C pulak kata wajib lalu Lorong Kekwa.

Mana satu ni, kak? 

Berbeza pendapat dan akhirnya bergaduh. (Okey itu bab lain dah)

Terasa banyak orang yang berjuang untuk Islam ni yang berjuang tanpa tahu akar dan pucuk. Sorry to say. Very big sorry neh. 

Macam nak buat sekolah tadi la. Hari-hari beli simen. Terus nak buat dinding. Tapak tak ada, tiang tak ada. So angin monsun timur laut datang melawat sekejap dah terus runtuh. 

Macam tu la. Datang je terus ukhuwwah. Maka saya yang terpinga-pinga ni kata "Okey. Ukhuwwah. Nak kena bagitahu adik-adik tentang ukhuwwah ni." (Kakak la katakan)

Bila datang angin badai dugaan cabaran sikit, maka ukhuwwah tu kendur. Lepas tu tak tegang balik tu. Putus terus. Kalaupun terhubung balik, mesti ada hati yang kena sabar dalam sakit dan kata "Redha je la... sabar." Terus terseksa.

Maka tiba masanya saya keluar dari permukaan dan terjun kembali ke dasar. Mencari tapak. Mencari asas. Mencari akidah yang menjadi tapak kepada seluruh umat Islam.

Selama ni, saya sangka Islam itu hanyalah dengan berbulatan gembira. Maafkan saya encikgabbana. Hanya itu. Saya ingat Islam itu dengan menjadi ajk program itu ini. sayamintakmaafpcm. Saya sangka Islam itu dengan sibuk sana-sini pergi berukhuwwah. Berkelah di taman permainan atas nama usrah semata-mata.

Rupanya Islam ni seruan ke arah kesejahteraan. Yang bermula dengan akidah. Yang diturunkan kepada orang yang berfikir, berakal dan mampu melihat. Yang menuntut jihad setiap Muslim yang mengucap syahadah. Saya bukan seorang Islam yang menganut agama nenek moyang. Sebab umi abah saya Islam so saya pun Islam. Kalau tak solat abah rotan, abah marah so saya solat. Saya Islam sebab saya berakal. Allah bagi banyak benda nak suruh difikirkan. Kenapa kena selawat? Apa kepentingannya kita cinta Rasulullah SAW? Kita tak pernah nampak dia pun, kan? Kenapa tiba-tiba orang suruh cintakan Nabi SAW? 

Allahuakbar. 

Banyak silapnya saya selama ni. Maaf, saya tolak cara dakwah kamu yang hanya menyentuh permukaan. Kita kena faham akidah, teguhkan akidah sebelum kita boleh berukhuwwah, sebelum membina daulah.

2 Throw your words, write good:

Permata Biru Itu said...

Assalamualikum cik nana. :)

semangat nak bina sekolah eh? sekolah akidah :)

anyway, nice anology. boleh lah kot kita bina sekolah "akidah" kat koberang nung ..hehe

Dr K-on said...

insyaAllah adop masaloh nok wat sutir skoloh akidah kat koberang nuh. jauh wawasan org bogor tu... hehe

tapi yg penting pasak kena bina dulu... pasak akidah kena kuat sebelum dinding akhlak dan ibadah dibina.

insyaAllah. semoga Allah redha.

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment