Monday, October 15, 2012

Curi Duit untuk Bina Masjid

Bismillahirrahmannirrahim. 
Assalamualaikum.

Jangan risau, tak ada lagi orang yang curi duit untuk bina masjid kat Mesir ni, insyaAllah. Saya saja je letak tajuk tu.

Cuma nak cerita la... boleh ke kita curi duit untuk bina masjid? Si A curi duit dari Si B untuk bina masjid di kawasan C. Apa status masjid tu? Bila disoal kepada Si A, kenapa curi duit si B, jawab si A: Alah bukan aku buat disko pun. Aku buat tempat orang solat kot. Tempat beribadah. 

Acuan pada awal pembinaan masjid itu dah menyimpang dari ketetapan yang benar.

Begitulah pada hari ini, apa yang berlaku di Malaysia. Dalam acuan sistem kuffar, mereka nak bina negara Islam. 

Ramai yang menganggap demokrasi itu sama dengan majlis syura. Haiyooohh... sebab apa? Sebab dua-dua pakai suara orang ramai. 

Itu kalau kita tengok dari satu aspek sahaja. Awak masuk satu dewan yang banyak bilik/section melalui satu pintu sahaja. sedangkan dewan itu besar, dinding-dinding yang dibina membataskan penglihatan awak yang memang terbatas.

Cuba tengok definisi demokrasi dan majlis syura dari pintu yang lain. 

Nak cakap banyak-banyak saya pun baru belajar takut tersalah cakap.

So, kepada mereka yang tertanya-tanya maksud demokrasi dan majlis syura maka boleh la start research. Islam diturunkan kepada mereka yang berakal, bukan yang menunggu sahaja. 

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment