Salam 'alaik...
Tak guna berduka bila kita punya pilihan untuk bergembira
Tapi sedarlah kegembiraan yang kita kejar itu adalah kerana Allah yang mengurniakannya
Maka bergembiralah kerana Allah ada
Allah dengar semua tanpa perlu kita bagitahu
Kalau dah perempuan tu memang perempuan la
Tak ada excuse
Contohnya: saya dulu sangat tak suka tengok sesetengah orang yang suka beli set pinggan mangkuk cawan
yang mahal-mahal tu
Buat apa la benda canggih-canggih macam tu
Beli yang sekadar boleh buat hidup sudah
Tapi hari ini, bila dah pindah duduk rumah sewa sendiri di Syari' Hendawi ni
Tiba masa nak kena beli barang dapur sendiri
Terdetik jugak dalam hati
Alamak, bestnya kalau aku dapat set cawan pinggan periuk kuali senduk yang cantik-cantik (dan mahal) tu
Itu aspek dalam rumah
Dalam hati?
Usah berbangga dengan kawan kalau kita tak pernah tewas kepada kata-kata lelaki
Sebab kata-kata kita akan diuji pada satu hari
Usah berbangga dengan prinsip aku-takkan-kahwin-selagi-tak-habis-belajar
Sebab jalan cerita kita bukan kita yang pegang
Eh sedapla kalau boleh pegang sendiri...
Rasa nak halakan hati ni ke arah studyyyy je...
Terus dapat mumtaz tu
Rasa nak tetapkan hati on off boleh aje
Tak ke punah semua manusia atas bumi ni?
Maka betullah
Cerita waktu muda ni bukannya boleh percaya
Jangan dibuat panduan
Jangan dibuat dasar bicara
Hanya perasaan yang menghanyutkan jiwa
Hello semua perempuan!
Kita ni hati lembut
sepertimana yang telah dicorengkan di dalam Facebook (hahaha)
Lembut dan mudah juga tewas dan ditipu
Seteguh-teguh hati perempuan pun
Kalau diusik dengan kata-kata ajak kahwin pun boleh cair
Heh. Tak ada lagi orang yang ajak saya kahwin ye.
Ini sekadar merenung jiwa perempuan muahahaha
Abah selalu pesan
Bila jadi perempuan ni,
kena jadi perempuan yang bijak.
(Eh macam boleh tukar suka-suka hati pulak nak jadi laki ke pompuan)
Tak boleh jadi perempuan yang hidup sendiri je
Dah tak kisah benda lain
Kena kisah benda lain
Sebab nanti bila bersuami
Semua benda lain kita kena detect sendiri
Tak larat nak pasang receptors banyak-banyak kat perubahan emosi si suami dan sekeliling.
Jangan percaya kata lelaki bukan ajnabi
Melainkan lelaki tu tukang jual handphone yang tengah nak bagitahu harga Samsung S3 hehe
Maka perempuan, semoga Allah teguhkan hatimu di jalanNya
Bertemulah kerana Allah
Berpisahlah kerana Allah
Bukan sebab perasaan dan rasa perasan.
0 Throw your words, write good:
Post a Comment