Friday, October 19, 2012

Hey Arak Boleh Minum La

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Ada perumpamaan. Katakan pada satu hari ni, masa awak tengah berjalan kaki balik dari satu tempat menuju ke rumah awak, masa tu awak sangat dahaga. Awak pun singgah satu kedai ni, mintak air sejuk segelas. So, tuan kedai pun bagi awak segelas air, dan dia letakkan dalam gelas kita tu setitik arak dicampur dengan air sejuk yang awak pesan. Sikit je. Jangan risau.

NAK MINUM KE AIR TU?

Ce jawab.

Apa yang saya nak cerita ni ialah: Riba' 0.00001% yang dibolehkan.

Dari kecik lagi opah atuk nenek mak ayah dah bagitahu, jangan makan hasil riba'. Tak baik. Okey la, masa kecik tak faham lagi apa itu riba'. Dah besar sikit faham la macam mana. Dalam Quran pun ada cakap kan.

Lepas tu dah tua sikit masuk umur habis sekolah ni, maka diceritakan la kepada kita yang sistem bank konvensional ni ada riba. So, pakat ramai-ramai la takyah guna yang itu. Guna yang Islamic Banking.

Masalahnya dalam Islamic Banking, ada jugak riba' 0.00001% riba. Sama la dengan cerita air yang ada arak tadi. Boleh ke amik riba' walaupun nilai dia hanyalah sebesar 1/4 daripada saiz nucleus dalam cell kita? (Nak cakap benda tu sikit)

So kalau riba' ni dibolehkan sebanyak 0.00001%, kenapa Allah tak sebut pun dalam Quran? Adakah ia dibolehkan sebab nak datangkan kemaslahatan kepada umat? Kemaslahatan lagu mana la kalau yang kaya makin kaya, yang miskin makin papa kedana.

Okey nak cakap banyak-banyak pun bimbang lidah tersasar. Syaitan mencucuk dari mana-mana saja.

Reality bites.
People change syara' to fit the reality when they should change reality to fit syara'. :(

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment