Assalamualaikum.
Pernah berhadapan tak dengan orang yang mengaku bahawa dia merupakan seorang yang anti dengan orang yang opposite gender?
Kalau ada kawan rapat yang macam tu, maka bagitahu dia sekarang yang sebenarnya dia ada masalah keyakinan diri. Kalau ada peristiwa hitam dalam diri dia yang menyebabkan dia sangat takut dengan orang yang oppsite jantina ni, maka tak dapat la nak kata apa. Tapi kalau setakat peristiwa hitam (yang tak la nak hitam sangat cukup-cukup kelabu je) hanyalah classmate lelaki masa darjah enam dulu yang letak lipas dalam pencil case maka itu memang tak patut dijadikan isu sampai dia jadi anti-lelaki (kalau perempuan) atau seorang perempuan membuli dia ketika tingkatan satu (kalau lelaki la kan).
Sebenarnya orang yang banyak claim "Aku anti sangat dengan orang yang macam ini, macam itu." atau "Aku memang tak boleh la nak berurusan dengan orang yang macam ni, macam itu." mereka ni memang ada masalah keyakinan diri.
Awat lagu tu?
Sebabnya, kita je yang tak boleh nak berhadapan dengan orang yang di-anti-kan tu. Tapi kalau diikutkan hal sebenar, orang lain okey je pon nak berkawan, bergaul dan berurusan dengan dia yang kita anti tu.
Saya pernah jumpa kawan yang anti lelaki dan anti perempuan.
Ternyata mereka memang ada masalah keyakinan diri, pada banyak tempat. Bukan bila masuk bab nak berurusan dengan orang yang opposite gender je. Semua hal. Semua benda tak boleh.
Kalau kita ni anti-lelaki atau anti-perempuan, orang pun tak suka nak kawan dengan kita. Siapa je yang suka orang yang penakut? Haha. Maaf ye.
Apa guna Allah ciptakan lelaki dan perempuan kaalau kita sibuk nak meng-anti-kan orang tertentu?
Yang Allah larang ialah bergaul bebas, melangkah batas-batas syarak. Kalau dah kena berurusan dengan lelaki (well bukan semua benda perempuan boleh buat sendiri kan) maka kita boleh mintak diorang tolong.
Allah tak suruh pun jadi anti lelaki atau anti perempuan.
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment