Thursday, July 4, 2013

Morsi Oh Morsi, Mesir Puuunnn...

Assalamualaikum.

Hai. Dah lama tak menaip. Bila dah menaip balik panas pulak.

Hari ini, dan semalam dan semalam dan semalam kecoh je Facebook, tv dan media lain bercakap tentang Tamarrud dan Tajarrud dan apa-apa sajalah nama dan pengenalan bagi acara terbesar tahun ini di Mesir: penggulingan Morsi.

Lalu pak cik mak cik di kampung di Malaysia ini, bila mendengarkan saja berita tentang kejadian guling-guling ini, bersuara dengan persepsi mereka...

"Apa benda la, naik sorang dia tarik kain suruh turun balik... lepas ni nak suruh siapa pulak naik? Tak bersyukur betul la..."

"Apa ke benda punya jenis pemikiran pulak orang Mesir ni..."

Rata-rata pelajar berbangsa Melayu di Mesir (kebanyakannya) merupakan penyokong/peminat Morsi. Dan tak dinafikan ada juga kesikitannya yang tak menyokong Morsi.

Maka naiklah pelbagai assumptions/speculations dalam status-status masing-masing. Disebabkan banyak yang menyokong, so status mereka banyak yang pro-Morsi.

Ada yang marah media sebab bantai Morsi dan dalam masa yang sama mempertahankan si Basyar laknatullah tu. Ada yang kesian, ada yang sedih... macam-macam lagi yang saya tak larat nak taip dah.

Saya terbaca, ada status seorang akhi yang popular ni... kalau sebut nama gerenti kenal pulak. Dia kata macam ini... (saya kerat ayat dia, tapi yang minat dia mesti tahu jugak)
Presiden yang HAFIZ quran, mana nak cari kat Malaysia?
Geleng kepala. Sakit kepala. Terasa sempit urat-urat koronari saya ni. Maafkan saya wahai si jantung, mesti awak pancit je selalu nak supply darah kat satu badan saya ni.

Okey. Presiden yang hafaz Quran. Tapi kalau hafaz Quran tak laksanakan hukum-hakam Allah yang terkandung dalam Quran tu macam mana? Nampak tak beza dia?

Fine... memang tak mudah nak ubah negara yang telah dikucar-kacirkan oleh Mubarak... tapi situasi yang berlaku setelah Mubarak jatuh dan naik Morsi tak menggambarkan pembaikan..? Kenapa melibatkan Mesir (yang pemimpinnya sangat Islam tu) dengan riba? Menyeksa rakyat dengan IMF? (Pinjaman dari Bank Dunia sebanyak juta-juta dollar untuk 'membantu' pertumbuhan ekonomi negara)

Dan banyak lagi la kenyataan masing-masing cuba membela. Tak perlu cakap, semua ada kat FB. Semua komentar itu menggambarkan peribadinya. (Bagus betul, mana diorang tahu semuanya pasal peribadi Morsi? Saya musykil sungguh ni.)

Apabila terjadi masalah seperti ini, maka carilah solution daripada Quran dan Sunnah. Nak cari solution kena tahu punca dulu. Last sekali, kita akan dapati punca kepada masalah ini ialah: DEMOKRASI.

Demokrasi bukan dicipta untuk keadilan, tetapi untuk kepentingan. Ia dijalankan di Mesir bukan untuk rakyat Mesir, tapi untuk kuasa kapitalis terbesar dunia, Amerika.

Demokrasi memperjuangkan prinsip-prinsip kebebasan, maka hari ini kita lihat pemimpin sudah mula menerima akibat kebebasan bertingkah laku dan kebebasan berpendapat.

Dan demokrasi itu sendiri bukan jalan yang lahir dari wahyu Allah. Tapi akal manusia yang mementingkan keuntungan. Tidak logik institusi Khilafah yang bertahan selama 1400 tahun berdiri teguh dengan cara yang lahir dari akal manusia. Daulah Islam yang dibina oleh Rasulullah saw tegak dan teguh hasil perjuangan Rasulullah saw yang berdasarkan wahyu, bukan akal baginda.

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahwa Dia sungguh akan menjadikan kamu berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia ridai. Dan Dia benar-benar akan mengubah keadaan mereka, setelah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembahKu dengan tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [An-Nuur:55]

Allah tak memungkiri janji.

Tapi demokrasi itulah yang sentiasa memungkiri janji. Demokrasi membuatkan kita mempersekutukan Allah, membuatkan manusia mengenepikan hukum-hakam Allah dan mengagungkan undang-undang yang lahir dari akal manusia.

"Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?" [Al-Maaidah:50]


0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment