(continuation of the previous entry)
Dalam entri sebelum ini, saya telah menerangkan apakah 'the vital issue of Muslims' iaitu bagaimana untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh, dari kehidupan indivdu hingga kehidupan bernegara. Dan perkara ini takkan tercapai melainkan terlaksananya Islam dalam bingkai negara Khilafah.
Umat Islam perlu dipimpin dengan menerapkan hukum-hakam Islam secara kaffah (menyeluruh) dengan tegaknya negara Khilafah, bukan dipimpin untuk tunduk kepada realiti hari ini yang jelas sekular dan tidak Islamnya.
Back to the topic of harakah Islam.
Harakah pragmatis yang tunduk kepada realiti yang telah dicipta dan dipromosikan oleh barat, juga telah (dan masih) dibelai oleh kuffar barat sehingga tidak menyedari 'the vital issue of Muslims'. Bahkan, harakah ini mengakui kesahihan sistem taghut yang sedia ada (demokrasi terutamanya) dan berjuang untuk menyucikan sistem taghut itu.
Ciri-ciri harakah pragmatis:
- tidak mengajak umat untuk mengubah sistem taghut secara total
- tunduk kepada sistem taghut/mengakui kesahihannya
- tidak ada masalah untuk hidup dalam sistem kufur
- memperjuangkan slogan-slogan Islam/slogan negara Islam dalam ruang lingkup sistem taghut
Dan sebenarnya, penyesatan politik yang berhasil dari harakah pragmatis ini jauh menyesatkan umat daripada jalan yang benar, kerana harakah jenis ini melegitimasi (make legal, mengesahkan) sistem kufur, sedangkan sistem taghut ini perlu dihapuskan oleh gerakan Islam, bukannya untuk dipertahankan!
Macam manakah caranya untuk kita menghapuskan sistem taghut yang sedia ada?
- perubahan mestilah dilakukan dengan tidak mengakui sistem tersebut-sebab terlaksananya dan hidupnya sistem tersebut (seperti demokrasi) merupakan kehendak penjajah, bukan kehendak Allah.
- sistem hari ini perlu di-taghyir- hapuskan demokrasi dari luar kotak demokrasi, bukan dari dalam sistem demokrasi itu sendiri (contoh: menguasai kabinet dengan majoriti 2/3 dewan yang rata-ratanya pemimpin Islam untuk mengubah perlembagaan- yang ini membaiki dari dalam namanya)
- memimpin umat islam supaya faham dan berjuang secara sahih (di sisi Allah, bukan di sisi undang-undang Britain atau Amerika) sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw sehingga tertegak negara Islam berdasarkan jalan wahyu.
- umat perlu diberi kefahaman bahawa negara Khilafah berbeza dengan negara demokrasi dan lain-lain sistem taghut yang ada (autokrasi, monarki dsbgnya)
- umat perlu faham bahawa kaum Muslimin wajib bersatu di bawah daulah Khilafah, di bawah satu bendera dan satu pemerintahan (bukan bawah berbagai-bagai pemerintahan hari ini: Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Mesir dll)
Strategi Barat Terhadap Umat Islam
Pada kacamata Barat, ada dua jenis Muslimin:
- fundamentalist/extremist/terrorist (yang mahu penerapan syariat Islam secara kaffah dan tidak mengakui sistem taghut hari ini)
- moderat (pragmatis, yang mengamalkan Islam ala-ala melepaskan batuk di tangga sahaja, tunduk kepada realiti)
Golongan Muslim moderat diangkat oleh Barat dan ditempatkan oleh Barat dalam posisi kekuasaan (sorry to say: contohnya seperti PM Turki, Erdogan dan Presiden Mesir yang baru digulingkan, Morsi). Golongan moderat ialah golongan yang tidak berbahaya kepada sistem politik Barat dan eksistensi Barat di dunia Islam.
Karakter Harakah Islam yang Sesuai dengan Kehendak Barat:
- menganut sikap pragmatis (ataupun nama ikut bahasa Arab: waqi'iyyah): bertindak bukan atas dasar syarak tetapi atas dasar waqi' (realiti) yang ada pertimbangan untung dan rugi (maslahat-mudharat) [I celarly stated in previous entries that this is the aqidah of capitalist)
- tidak mempunyai pemikiran Islam yang jelas: hanya menyerukan Islam secara umum dengan tafsiran yang disesuaikan dengan fakta realiti supaya diredhai Barat (mencari redha manusia, bukan redha Allah)
- tidak berusaha untuk mengubah sistem secara taghyir (total)- hanya mengislahkan aspek-aspek tertentu. Juga beranggapan sistem taghut sedia ada hari ini sah dan sudah final (ni bukan sah di sisi Allah, tapi di sisi Barat). Kita akan dapat lihat naiknya golongan moderat ke dalam kekuasaan tidak akan membawa kepada perubahan sistem taghut tersebut.
- wawasan dan aktiviti yang bersifat lokal: (menekankan umat Islam di Malaysia berjuang di Malaysia je, yang di Mesir berjuanglah untuk Mesir, Turki untuk Turki, Indonesia untuk Indonesia). Mereka tidak menekankan persoalan umat Islam yang bersifat global iaitu penyatuan umat Islam di bawah daulah Khilafah. Malah ada dalam kalangan golongan berfikiran moderat ini berfikir dan menyangka bahawa penyatuan ini merupakan idea yang khayal. Kebanyakan mereka suka berjuang atas dasar tanah air. (assobiyah)
- menampakkan diri sebagai kelompok moden dan moderat: berdalih bahawa Islam ialah agama yang boleh disesuaikan dengan situasi. Mereka juga mengecam harakah ideologis sebagai 'mutasyaddidun' yang masih mencari masalah dengan 'pemerintahan yang sah'. Selain itu, mereka juga menggembar-gemburkan pemikiran (rekaan mereka) yang disandarkan kepada Islam seperti: Fiqh al-Waqi', Fiqh Maslahih. Kita juga dapat melihat, mereka masuk ke dalam sistem taghut (spt demokrasi) dengan alasan untuk menegakkan agama.
- mementingkan tokoh/figure: ciri utama dalam aspek ini ialah mereka berusaha mengkedepankan tokoh pimpinan daripada mengkedepankan fikrah dan idea-idea Islam. Malah, keputusan setiap masalah yang dihadapi disandarkan kepada kehendak pimpinan, bukan kepada hukum-hakam Islam. (mencusikan individu)
Jadi kita dapat lihat (dan saya doakan semua yang membaca sensitif kepada apa yang berlaku hari ini) terdapat golongan moderat (menerima demokrasi terutamanya) yang diterima umat. Barat menjajakan bahawa golongan moderat inilah yang terbaik untuk umat Islam. Sebaliknya, golongan yang membawa perjuangan Islam sebenar disebutkan sebagai fundamentalis, terroris, ekstremis supaya persepsi buruk mengenai mereka menghalang penerimaan umat terhadap ideologi dan syariat Islam yang sebenar! (emosi sikit)
Dan yang sebenarnya, golongan Islam moderat yang disukai oleh Barat ini, tidak jauh bezanya dari puak Islam liberal, yang mentafsir dna mengaplikasikan Islam sesuai dengan kehendak Barat.
The end. Jazakumullah khairan kathir kerana membaca hingga habis.
0 Throw your words, write good:
Post a Comment