Saturday, July 13, 2013

Muhasabah Terhadap Harakah Islam yang Mengakui Sistem Taghut (Bahagian I)

Assalamualaikum.

Today's entry also can be seen in www.mykhilafah.com, Sautun Nahdah 243.

Sejak kejatuhan institusi Khilafah pada tahun 1924, banyak gerakan Islam yang berusaha untuk mengembalikan kembali institusi tersebut dan mengembalikan kegemilangan Islam. Sangat banyak. Matlamat kita semua sama: untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan hidup dalam keadaan Islam diterapkan secara sepenuhnya.

Ya, kita semua ikhlas. Di samping ikhlas berjuang untuk Islam, kita kena faham apa yang kita bawa untuk memastikan perjuangan kita berjaya dan diredhai Allah, mengikut apa yang digariskan oleh syarak.

Bercakap tentang kebenaran, macam mana kita tahu sesuatu perkara tu benar atau tidak? Kalau diikutkan semua orang akan kata, mereka yang betul.

Kebenaran itu hanya ada satu, takkan ada dua atau tiga atau lebih kebenaran yang berbeza yang bertentangan antara satu sama lain. Kita mengukur kebenaran dengan satu kayu ukur yang berpandu kepada al-Quran dan Sunnah, bukan berpandukan pertimbangan akal manusia.

Disebabkan perjuangan suci ini pernah dibawa oleh Rasulullah dan terbukti berjaya melindungi umat Islam selama 1400 tahun, kita wajib meneladani thariqah Rasulullah untuk mengembalikan penegakan Islam di dunia.

Kita selalu je dengar orang bagitahu kita (saya dengar sejak kecil): Islam ialah agama yang sempurna, Islam agama yang syumul. Betul. Islam mengatur bagaimana cara kita menyelesaikan rasa/naluri bertuhan dengan menyembah Allah, itu yang saya rasa. Tapi persoalannya adakah Islam ialah agama yang hanya menyediakan penyelesaian terhadap naluri menyembah (spiritual) sahaja?

Adakah Allah tak menurunkan aturan kepada Nabi Muhammad saw untuk mengatur kehidupan bernegara?

Kalau Allah tak menurunkan aturan untukmengatur segenap aspek kehidupan termasuk kehidupan bernegara, maka Islam tak syumul la kalau macam tu.

Allah telah menurunkan aturanNya kepada Nabi Muhammad saw melalui wahyu. Oleh itu, perjuangan Nabi Muhammad saw untuk menegakkan Islam sebagai rahmatan lil 'alamin bersumberkan kepada wahyu Allah, baginda melakukannya sebagaimana yang Allah kehendaki. Baginda saw tidak mengikut tafsiran akalnya sendiri dalam membawa dakwah Islam.

Fokus kita dalam kebangkitan Islam, tidak boleh hanya bertumpu kepada sesetengah bahagian tertentu, contohnya: membela wanita dan kanak-kanak dari penindasan, kebangkitan ekonomi Islam, mengembalikan dasar pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan macam-macam lagi la namanya perjuangan pada sesetengah bahagian tertentu.

Fokus baginda saw dan sahabat adalah bagaimana untuk mengamalkan agama Islam secara menyeluruh, dari kehidupan individu kepada kehidupan bernegara. Itu yang dipanggil 'the vital issue of Muslims'.

Perjuangan harakah Islam hari ini memerlukan fokus kepada dua hal:

  1. membebaskan umat Islam dari penjara sistem taghut (sekularisme, demokrasi, autokrasi dan berbagai jenis krasi yang ada di dunia- yang telah memecahkan umat Islam dan tidak berdaya menghadapi hegemoni Barat) [hegemoni: dominance/leadership of one social group over others]
  2. mengembalikan umat Islam ke dalam satu institusi politik pemersatu umat Islam iaitu negara Khilafah Islamiyyah.
Perjuangan mengembalikan Islam ke dunia ini memanglah akan dihalang oleh kuffar. Mereka berjaya menumbangkan institusi Khilafah pada tahun 1924, setelah usaha beratus-ratus tahun untuk memadamkan cahay nur Allah. Tetapi Rasulullah mengkhabarkan kepada kita bahawa: "... kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..." [HR Ahmad]. Kita takkan tak yakin kepada Rasulullah? Bicara baginda bukan retorika.

Dalam rangka menggagalkan harakah-harakah Islam mencapai matlamatnya yang suci (iaitu Khilafah 'ala minhaj nubuwwah) kuffar Barat pun menjinakkan harakah-harakah Islam, supaya tunduk kepada kehendaknya.

Jenis utama harakah Islam:
  1. harakah pragmatis: yang tunduk kepada realiti dan menundukkan Islam kepada realiti. (contohnya: menundukkan Islam dengan sistem demokrasi, tidak memperjuangkan Islam yang sebenar kerana takut dilabel sebagai ekstremis dan terrorist oleh Barat)
  2. harakah ideologis: memahami cara untuk menyelesaikan masalah umat Islam dengan cara taghyir, bukan islah.
Taghyir: rombakan secara total.
Islah: mengislamkan sistem taghut/sekular yang sedia ada ( ni yang rasa macam cuba nak menyucikan daging babi dan arak)

to be continued. may Allah bless all readers.

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment