Assalamualaikum.
I remember the short phrase 'prep' for the 'preparation class' during my 2-years of my hostel life. Kelas malam oo.
Cut it out.
Selepas Perang Dunia Pertama atau dalam jangka masa sekitar itu, kuasa koloni (Amerika dan Britain terutamanya) menduduki banyak neegara, untuk menguasai negara-negara tersebut secara langsung, termasuk wilayah-wilayah Islam yang dirampas dari kekuasaan Khilafah Uthmaniyyah pada waktu itu.
Rusia yang masa itu masih berpegang kepada sosialism, menyeru, membangkitkan semangat ramai orang menentang kolonialism (pendudukan koloni di dalam negara-negara yang dijajah). Dalam sekitar waktu Perang Dunia Kedua, suara-suara menentang penjajah dah tak asing.
Dan menyebabkan kuasa-kuasa koloni terpaksa menukar cara mereka menjajah kita. Dan cara itu kekal sehingga hari ini di kebanyakan negara, melainkan di wilayah yang bergolak seperti Syria. (Mungkinkah Mesir pun akan jadi macam Syria di mana seruan terhadap Khilafah Islamiyyah - bukan Khilafah Arab - bergema di sana sini? InsyaAllah)
Colonial Evolution - mengubah cara kuasa-kuasa kapitalis dan koloni ini dalam erti kata menjajah. Harus diingat, tujuan mereka menjajah kita adalah untuk memastikan kebangkitan Islam gagal.
Mereka meninggalkan 'negara' yang kita duduki sekarang dengan 'orang-orang tempatan yang telah di-hacked pemikirannya menjadi kapitalis dan kolonis' seperti mereka itu. Orang-orang ini dipanggil puppet kepada kuasa koloni tersebut. Maka orang-orang ini pun menjalankan pemerintahan mengikut rangka yang dikehendaki oleh kuasa kapitalis tersebut, sudah tentu la dalam rangka demokrasi (sebab demokrasi je la sistem buatan manusia yang nampak cantik pada zaman sekarang ni.)
(Malangnya apa yang kita lihat sekarang terutamanya di Timur Tengah, demokrasi yang dikatakan menjaga kemaslahatan rakyat tak dapat menjalankan tugas dengan baik. Natijah dari demokrasi, kita boleh nampak kat Mesir sekarang ni. Saya doakan orang Islam di Mesir akan nampak, demokrasi sedang jatuh dan Allah sedang membantu perjuangan Islam sekarang!)
Apa preparation kita untuk menuju kebangkitan Islam?
Ikut balik thariqah/perjalanan dakwah Rasulullah.
Kunci pertama. Baiki akidah. Carilah Islam yang sebenar. Jangan cuba menjadi 'taksubist of the macais'. Maksudnya janganlah taksub kepada sesetengah organisasi. Dengarkan semua dahulu, kemudian lakukan timbang tara berdasarkan al-Quran dan Sunnah, plus IJMA SAHABAT (bukan ijma ulama' neh) dan kemudian Qias. Berdoalah kepada Allah supaya dipertemukan dengan kebenaran.
Oh. Kemudian bila kamu dah jumpa kunci pertama maka insyaAllah, kamu akan jumpa kunci kedua dan seterusnya. Sungguh ni.
Menuju kebangkitan Islam bukan perjuangan picisan. Ia memerlukan satu pemikiran yang mendasar (menyeluruh tentang agama Islam) bukannya pemikiran yang disandarkan kepada akal manusia, tetapi disandarkan kepada wahyu Allah swt.
Membina negara Islam bukan semudah meletakkan nama Islam kepada sistem kufur demokrasi. Seorang kafir yang bernama Johnson tidak bergelar Islam jika hanya menukar namanya menjadi Yusuf atau Ahmad, tidak menjadi Islam hanya dengan menukar pakaian dari kemeja dan kot kepada jubah dan serban. Islam bukan pada zahir sahaja.
Mengatakan demokrasi sebahagian daripada Islam sama la macam nak menyucikan arak di dalam bekas botol air zam-zam.
Membina Islam yang sebenar dari akar umbi itulah yang dipanggil preparation for the Islamic awakening. Negara Islam tidak lahir dengan hanya meletakkan pemimpin beragama Islam yang menerapkan demokrasi.
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment