Sunday, June 10, 2012

Orang Jahat Boleh Masukk Syurga

Salam alaik.

Ada orang pernah kata, (dengar dari kecik lagi) orang Islam mesti masuk syurga.
Tak kisah la dia jahat ke baik, lepas kena seksa dalam neraka mesti masuk syurga.

Datang kesimpulan begini rentetan daripada ayat di atas: jadi tak perlu buat baik la, asal kita Islam boleh masuk syurga. 

Kenapa Islam?
Sebab percaya Tuhan ada satu je, tak de yang lain kecuali Allah.

Kenapa orang Islam kena buat baik?
Bukan kalau jahat pun boleh masuk syurga ke?

Kenapa kita kena buat baik? Apa yang kita rasa bila kita cuba buat baik? 

Kita buat baik sebab apa?
Pernah rasa dekat dengan Allah tak?
Pernah tak rasa masa kita tenggelam dalam kesusahan yang amat tiba-tiba kita keluar dari kesusahan tu?

Analogi: Exam is around the corner. Kita dah well-prepared for the exam. Orang lain baru nak study segala benda, gelabah anak kucing. Kita dah ada semua benda dalam kepala. Sedangkan kita tahu, kita ni asal pass exam dah okey, asal tak kena repeat. Sebab kita dah well prepared, kita ready. Mesti lega kan?

So sama la dengan persoalan kat atas tu. Asal Islam, boleh la masuk syurga. 

Kita buat baik sebab nak kejar redha Allah. Kejar rahmat Allah. 
Seorang ustaz yang alim lagi soleh penuh dengan amal tak semestinya masuk syurga kecuali dengan redha dan rahmat Allah. 

So bila kita buat baik, kita akan rasa lega dan tenang untuk kejar rahmat Allah.
Kalau buat jahat sepanjang usia, hati pun dah keras, susah la sikit nak dapat rahmat Allah. Memang Allah yang berkuasa nak bagi rahmat Dia kat kita, tapi kita kena kejar. Lari laju cepat dna banyak la kita dapat , n vice versa.

Analogi lagi: Kita kerja. Kita ada boss. Kalau kita ni jenis suka lawan bos, tak buat kerja, ada rasa malu tak nak mintak duit kat bos kita tu kalau kita tengah dalam susah?

Lagi satu: sanggup ke kita nak kena seksa kaw-kaw dalam neraka dulu sebelum masuk syurga? Berapa lama kita kena seksa tu sebenarnya?

1 Throw your words, write good:

Permata Biru Itu said...

salam..

a'ah.. kita dapat masuk syurga sebab rahmat Allah, and rahmat tu kena kejar dengan buat baik. untuk apa dan sampai bila kita nak hidup dalam kejahatan? sebab fitrah manusia tu Allah jadikan baik.

kan senang lau hidup ikut fitrah je.. :)
wallahualam.

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment