Ditujukan khas kepada teman saya di Bogor Indonesia hehehe... she requests me this type of entry.
(Sebenarnya kat tajuk tu, part yang bunyi arab sikit tu saya tak tahu betul ke tidak.hehe ni lah akibat belajar bahasa arab tak habih)
A good friend brings subjective definitions. Macam-macam definisi yang orang tuliskan untuk perkataan ni. Tapi sebagai orang Islam, saya rasa dan pada saya, kawan baik/good friend ni maksudnya seorang yang rapat dengan kita, banyak tahu tentang kita, tak akan biarkan kita lakukan kesalahan dan dosa kepada Allah, takkan bercakap benda yang tak baik tentang kita di belakang atau di depan, tak memfitnah, tahu berterima kasih, menjaga rahsia dan takkan menyembunyikan apa yang buruk tentang kita, instead dia akan tegur kita bila kita buat salah. Dan kawan baik juga takkan percaya bulat-bulat apa yang kita hujahkan (terutamanya bila masuk bab syariat) melainkan dia dah kaji segala yang kita cakap.
Sesungguhnya Rasulullah saw dikelilingi para sahabat yang banyak membantu baginda dalam medan dakwah. Itulah juga yang saya harapkan.
Meh sini nak cerita sikit: kawan baik tak semestinya akan selalu ada di tepi kita setiap masa dan ketika 24 jam berkepit tak renggang. Kenapa macam tu? Bukan ke patutnya kawan baik kena ada bersama-sama setiap masa?
Sebab frasa 'kawan baik' itu membawa maksud lebih dari seorang manusia. Maka setiap manusia ni berbeza. Saya takkan sama dengan kawan baik saya. Kita ada matlamat berbeza pada setiap hari yang harus dicapai. Hari ini saya mesti datang kuliah dan lepas kuliah saya kena pergi kedai untuk beli Norton antivirus (contoh) dan kemudian pergi ke rumah adik usrah saya untuk menunaikan tanggungjawab dakwah saya. Manakala dia pulak kena pergi ke kuliah kemudian ke kelas mengaji dan kemudian study group dan kemudian mesyuarat persatuan. Kan ada bezanya tu?
Sebab tu kawan baik ni bukan orang yang selalu ada di sisi kita.
Apa yang mengikat dua orang (atau lebih) itu bersama? Si Minah dan Si Siti boleh berkawan baik disebabkan minat yang sama dan selari, contohnya terhadap abang-abang kpop. Si Timah dan Si Esah pulak berkawan baik sebab diorang sama-sama kuat study dan boleh study sama-sama. Tapi tak mustahil kalau Si Timah bergaduh besar dengan Si Esah sebab Si Esah tiba-tiba tak dapat nak join Timah study sama-sama sebab Esah kena pergi mesyuarat lembaga disiplin pelajar (eheh ldp pulak apa ni..) jadi Timah mungkin menganggap Esah tidak mementingkan dia lagi, hanya mementingkan mesyuarat itu. Dan Minah dan Siti mungkin boleh bergaduh secara tiba-tiba apabila pada satu hari Siti dah tak minat oppa-oppa kpop akibat jatuh cinta pada ostad-ostad nasyid pulak.
Ikatan yang benar-benar akan menjadi ikatan yang kukuh antara dua manusia yang berkawan baik ialah ikatan akidah Mereka mencintai kerana akidah yang dipegang oleh diri masing-masing. Selagi akidah yang dipegang oleh Si Tijah itu betul dan selari dengan kehendak syariat, maka si Dibah itu akan terus mencintai Tijah kerana akidah. Tapi kalau akidah Tijah itu terpesong, dan sebelum Dibah itu membenci pegangan Tijah maka wajib bagi Dibah untuk tarik balik Tijah kepada akidah yang betul.
Kawan yang baik takkan ajak kepada mengumpat. Fitnah pun tidak. Dia akan mengajak kepada yang baik-baik.
Dan dari satu aspek lain jugak, apabila kedua-dua orang itu bersikap matang dalam bersahabat, jadilah mereka orang yang bersahabat baik. InsyaAllah.
feel like this is sooo true at all levels
Baru terjadi kepada diri saya yang kerdil ni, ketika ada seorang yang agak rapat dengan saya mula renggang dari saya. Fasa pertama; saya sedih. Tapi tak sampai menangis pun haha... Fasa kedua, saya cuba selesaikan masalah dengan dia. Fasa ketiga: I think it is not gonna be solved unless the chingu is matured to think about it.
Dalam berkawan baik dengan sesetengah orang, kita tak perlu menjadi seperti apa yang dia mahu. Kita kena jadi diri kita sendiri berdasarkan petunjuk dari Allah. Jangan diharap redha manusia lain, hidup ini adalah untuk kejar redha Allah.
Kita tak boleh ubah orang untuk jadi lebih baik. Tapi kita boleh ubah diri kita untuk jadi lebih baik.
kawan baik~ tak kira umur, tak kira rupa. yang penting: akidah yang mengikat kita =)
0 Throw your words, write good:
Post a Comment