Salam alaik.
Haiyooo...
Mansurah ad-Daqahliyyah (specific coordinate: Istad Gamaah, dan kawasan budak-budak melayu tinggal) digemparkan lagi dengan kes ragut yang makin berleluasa.
Ragut, raba... apa lagi.
Sekarang ni orang Arab Mesir ni dah makin suka amik kesempatan ke atas perempuan melayu.
Dah kena susah nak kejar balik arab-arab tu. Kalau dapat pun, memang tak terdaya pun kita nak melawan.
Jadi, kita sebagai perempuan ni:
- tak payah bawak beg kalau nak keluar sebab beg ni bagi impression "orang kaya" kepada lelaki-lelaki arab mesir ni. pakai selit je galaxy dan iphone itu dalam poket. kalau nak bawak ipad atau tablet masukkan aje dalam plastik yang nampak macam plastik sampah kan...
- jangan pakai jangok sangat. kalau melaram ngalahkan mak limah nak pergi kenduri kahwin orang memang la arab geram.
- keluar bermusyrif. tapi yang ini saya pun agak nak marah jugak kat ikhwah-ikhwah yang ada kat sini.
- sebab ramai lelaki bila kitorang yang perempuan ni mintak jadi musyrif, selalu sangat buat excuses.
- contohnya, macam hari tu, saya nak balik rumah dari rumah Abg Azizi ngan Kak Yah. Saya tak ada kredit nak call sesiapa so saya mintak tolong Abg Azizi yang call seorang ni. Mula-mula abang tu tanya tengah buat apa, dia kata tak ada buat apa. Bila cakap je nak suruh musyrifkan si Nabihah ni balik rumah, tiba-tiba dia kena jaga lembu pulak. (malam raya haji kan). Dan bukan dia tu sorang je la. Ramai lagi.
- sebab tu perempuan-perempuan suka keluar sendiri je malam-malam, tak payah musyrif-musyrif. Kitorang tanak menyusahkan musyrif, dan tak nak penatkan diri sakitkan hati bila lelaki tak nak jadi musyrif
oke itu saja. tengs bai.
0 Throw your words, write good:
Post a Comment