Friday, November 9, 2012

Make My Last Word 'The Syahadah'?

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaik.

Baca tajuk lagi sekali.
Make my last word the syahadah?

Tahu kan syahadah tu yang macam mana? Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah.

Baru nampak orang share ayat kat atas tu kat Facebook tadi.

Sekali baca memang nampak macam cantekk...

Tapi kan... cuba fikir. Kita nak sebut syahadah tu sebelum mati je ke?
Habis tu masa tengah hidup dengan nikmat yang Allah bagi ni nak sebut apa? Nak agungkan slogan-slogan 'perjuangan Islam' yang tak dapat difahami tu ke?

As muslims, kita kena penuhi tujuan hidup kita iaitu untuk beribadat kepada Allah. Allah turunkan manusia ke muka bumi untuk jadi Khalifah kan... untuk apa manusia ni kena sibuk-sibuk jadi Khalifah? Mesti la ada sebab.

Kenapa terjadi Rosyam Nor yang boleh mempermainkan isu sentuh-sentuh lelaki perempuan? Kenapa boleh jadi ada ulama' yang menghalalkan riba' sebanyak 0.001% hari ini? Kenapa anak-anak perempuan dah berani berzina dan buang anak lagi?

Sebab syariat Allah tak ditegakkan. Bila syariat tak ditegakkan maka tunggang langgang la bumi ni. Sebab tu jugak banyak penyakit datang kepada manusia. AIDS dan HIV macam dah common sangat bunyinya sekarang ni.

The answer is only Khalifah.

Dan masih sempat ke kita nak perjuangkan matlamat-matlamat partial (yang tak dapat memfokuskan perjuangan Islam sebenar) dengan slogan-slogan yang hanya dilaungkan sebagai retorik tu?

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment