Ada orang selalu cakap... macam ni...
Belajar agama tak setara mana lagi engkau dah nak menyalak kuat mengalahkan ostad-ostad...
Baiklah. Bagi saya belajar agama ni bukanlah untuk digelar ustaz atau ustazah, atau mendapat pengiktirafan mana-mana manusia pun. Perlu dibetulkan istilah "belajar agama" tu. Sebenarnya ia patut disebut sebagai, "Belajar Islam". Sebab bila kita belajar tentang ideologi Islam yang sebenarnya ni, kita tengah bersedia untuk mati dalam keadaan beriman dan untuk mendapat redha Allah. Buatlah pahala banyak mana pun, kalau Allah tak redha takkan masuk syurga. Buatlah kejahatan berguni-guni pun, kalau Allah redha, maka akan dimasukkan manusia itu ke dalam syurga.
Back to the topic.
Saya sendiri pernah kena macam tu.
Then... cuba tengok ke belakang balik.
Abu Bakar as-Siddiq, lepas dapat syahadah, selepas diberitahu oleh Rasulullah saw tentang Islam, adakah beliau tunggu dulu Quran turun habis? Tunggu hadis tu siap diriwayatkan dulu ke?
Tak kan...
So, kepada mak cik-mak cik, pak cik-pak cik... yang sibuk sound orang tu, kena ingat. Abu Bakar as-Siddiq lepas dapat syahadah je terus bawak Uthman jumpa Rasulullah untuk syahadah. Terus berdakwah, bukannya bertangguh.
Masalah berlaku apabila manusia tidak menyampaikan walau satu ayat. Lebih bermasalah apabila manusia memanupulasikan ayat-ayat.
0 Throw your words, write good:
Post a Comment