Bismillah. Salam 'alaik.
Ujian kepada diri sendiri. Alhamdulillah Allah sayang.
Saya sedar, sejak datang belajar ke Mesir Allah bagi banyak peluang dan teguran yang membina diri saya sendiri. Direct or indirect. Kalau nak ingat waktu muda-muda dulu, when i wasn't even 18 coming to Egypt, saya seperti seorang kanak-kanak yang akan selalu mengiakan apa sahaja berita yang saya dengar. Tanpa bertanya kepada yang berhak, terus percaya kepada sesiapa yang saya rasa baik walaupun dia sebenarnya seperti jerung yang menunggu kembung masuk ke dalam mulut.
Tak matang sangat. Kena marah dengan kawan-kawan sebab ketidakmatangan melampau.
Saya tahu masa umur saya 18 tahun saya ada banyak teori tentang manusia tapi gagal untuk melaksanakannya. Allah bagi saya praktikal demi praktikal, banyak sangat. Ada yang berpunca daripada masalah dengan diri sendiri dan melibatkan orang lain, tak kurang jugak ada yang disebabkan oleh orang lain dan affect diri saya sendiri. Semuanya untuk saya apply benda-benda tu kepada diri sendiri dan untuk membolehkan saya bergaul dengan orang lain.
Saya sedar saya telah cuba memperbaiki diri saya sendiri. Saya banyak berubah dengan drastik.
Sebab apa saya berubah dengan drastik?
Saya percaya saya takkan melakukan perubahan kalau saya tak yakin dengan sebab yang saya jadikan dasar untuk berubah. Banyak dasar yang saya dah implemen sejak muda sampai tua. (Oh I am really twenty)
Saya percaya saya harus diberi penjelasan kenapa saya bertindak seperti ini. Dan saya percaya, seseorang tu walaupun dia amat buruk pada awalnya, tak bermakna dia akan menjadi orang yang paling buruk selamanya. Itu mungkin di sisi manusia, apa kata Allah? Betulkah kita yang mengkritik ni benar-benar menjalankan tugas sebagai manusia? Apa tujuan kita diciptakan?
Tell me I am immatured or what. Dalam hati mungkin berkata saya agak terguris dengan pandangan serong sesetengah orang terhadap saya hanya kerana ketidakmatangan saya dalam sesetengah aspek saya akan terus dianggap hodoh secara keseluruhannya. Tapi jika semua ini benar-benar kerana Allah, insyaAllah saya akan tetap teguh.
Friday, November 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Throw your words, write good:
Post a Comment