Bismillah. Assalamualaikum.
Dah tahun 1434H dah. Tell me hijrah means changing into a better person... bla... bla...
But real definition is: Hijrah ialah perpindahan orang-orang Islam dari darul kufur (Mekah) ke darul Islam (Madinah).
Seems like the real definition is being forgotten.
Dan ramai orang update di Facebook, menyatakan bersalahnya mereka kerana masih bersenang-lenang hari ini sedangkan saudara seIslam mereka di Palestin tengah kena bom dan berjihad bermati-matian. Dan mereka menyeru diri sendiri dan semua orang untuk berusaha membebaskan Palestin dan wilayah-wilayah terdera.
Persoalannya: bagaimana?
Macam mana nak bebaskan wilayah-wilayah terdera tu daripada kekejaman manusia?
Sesungguhnya saya tak nampak jalan lain melainkan wujudnya sebuah kuasa yang lagi besar untuk mengalahkan kuasa-kuasa kejam itu. Memang Allah boleh buat kalau dia nak matikan terus semua penjahat-penjahat yang membunuh orang Islam. Tapi Allah suruh kita berusaha, kan?
What is the power?
Khalifah.
Yang tidak akan berjaya dibina melalui pemikiran dan ideologi kafir. Yang tak akan berjaya dibina dengan jalan demokrasi. Yang tak akan berjaya dibina hanya dengan kukuhnya ukhuwwah umat Islam.
Selagi pemikiran orang Islam tak dibina atas dasar akidah.
Kenapa mereka berkata kafir terlaknat itu akan kalah sekiranya jumlah orang yang berjemaah di masjid untuk solat Subuh sama dengan jumlah makmum ketika solat Jumaat?
Hakikatnya kenyataan itu bukan sekadar jumlah orang yang datang berjemaah. Untuk bangun solat Subuh memang betul-betul kena jihad dengan diri sendiri yang masih lena dalam selimut. Kalau tak ada gesaan yang memaksa lelaki-lelaki Islam ke masjid untuk solat Subuh berjemaah, macam mana nak bangun? Dan gesaan itu sendiri, gesaan apa? Gesaan dari dalam diri sendiri? Mungkin. Tapi tak ramai yang akan memiliki naluri untuk menggesa diri sendiri untuk solat Subuh di masjid.
Masjid akan penuh ketika waktu Subuh untuk solat jemaah apabila adanya Khalifah. Sebabnya, satu masa dulu, lelaki yang tak keluar ke masjid untuk solat Subuh akan dibakar rumahnya. Rasulullah did this.
Dan bukan sekadar gesaan wajib itu saja. Kalau sekadar dipaksa, memang akan rasa susah gila Islam ni.
Untuk merasakan senang melaksanakan kewajipan, diri sendiri perlu dimantapkan dengan akidah. Kena tahu tujuan manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah sahaja. Dengan akidah mantap, baru ada kerelaan untuk buat apa sahaja kerana Allah, termasuklah mati.
Wednesday, November 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Throw your words, write good:
Post a Comment