Assalamualaikum.
Mahu berkongsi lagi tentang satu persoalan yang saya mungkin pernah fikir, mungkin juga kamu.
Petang tadi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa saya rushed pergi ke Istad Gamaah (dalam bahasa Engrish: University Stadium) menemui Kak Nana tersayang.
Duduk di situ dengan dia berbicara masalah umat.
Dan ketika dia menimbulkan soalan ini...
Kalau ada non-muslim, dan mereka confirm akan tak dapat masuk syurga dan duduk dalam neraka selamanya, adakah Allah ni tak adil?
Pernah fikir tak kenapa Allah ciptakan non-muslim?
Itu soalan Kak Nana. Sebenarnya Kak Nana bagi je jawapan dia tapi tak nak cerita dulu.
********
Pernah dengar tak cerita seorang non-muslim berkawan dengan seorang muslim dari kecik sampai besar?
Lim berkawan dengan Ahmad sejak kecil. Dari tadika sampai habis sekolah.
Lim terbang ke US, manakalah Ahmad belajar di Malaysia.
Ditakdirkan di US, Lim memeluk agama Islam hasil dakwah kawan-kawan di sana.
Setelah berbelas tahun Lim tinggal di US, dia pun balik ke Malaysia.
Ditakdirkan dia terjumpa dengan Ahmad.
Dan dia bertanyakan kepada Ahmad soalan ini:
"Kenapa selama berbelas tahun kita berkawan kau tak pernah bagitau aku tentang Islam? Kau nak masuk syurga sorang-sorang ke?"
Ahmad terdiam.
Okey habis cerita Lim dan Ahmad.. Kesimpulan cerita dia ialah kita kena bagitahu tentang Islam kepada semua orang even non-muslim.
*********
Premis 1 : Kita kena sampaikan Islam kepada semua orang termasuk orang yang bukan Islam.
Premis 2 : Adakah dengan situasi dan realiti sekarang non-muslim akan memandang Islam sebagai agama yang mulia?
Elaboration premis 2 :
Situasi dan realiti hari ni betul-betul membuatkan Islam nampak seperti terrorist, oppressive dan barbaric (terutamanya bab-bab hudud sebab kena potong tangan kan)
Apa yang membuatkan Islam nampak tak cantik hari ini, sedangkan satu masa dulu Islam gemilang?
Adakah logik masa yang menentukan bahawa Islam akan bangkit pada zaman lalu, namun tidak pada zaman ini-ini...
Islam kan sempurna? Tapi kita tak dapat meyakinkan non-muslim bahawa Islam adalah agama yang benar dan sempurna.
Semuanya disebabkan kefahaman Islam yang merosot.
Kefahaman Islam bukan hanya tahu ibadah wajib sunat semua tu.
Kita kena faham Islam secara keseluruhan. Daripada bab bersuci sampai bab pemerintahan.
Sebab itu la saya bermati-matian berjuang bersama HT untuk memperjuangkan Islam kaffah, yang suci.
Bukannya Islam yang dikompromi oleh sebahagian ulama hari ini.
Islam yang sangat lemah pada hari ini bukan Islam sebenar, tapi ia Islam yang lahir daripada demokrasi, dari sistem yang memang dah runtuh pada awalnya.
Sebab itu tak ramai orang boleh nampak Islam yang sebenarnya, yang indah dan sempurna.
Sebab itu la semasa ada khilafah dulu Islam boleh tawan 2/3 dunia, hari ini tak ada satu pun wilayah yang dikuasai Islam sepenuhnya.
Tidak ada satu pun negara yang adopt sistem Islam 100%. Yang tinggal hanya nama negara Islam, tapi sistem yang berjalan tetap sistem demokrasi dan kapitalism.
Jawapan Kak Nana
Takkanlah Allah tak adil...
Bila ada khilafah, non muslim tetap dibenarkan menjalankan aktiviti spiritul mereka, boleh minum arak, boleh buat semua kebiasaan mereka (yang muslim tak boleh buat) tapi hanya di tempat khusus, contohnya dalam rumah mereka.
Tapi, situasi dan realiti pada waktu tertegaknya khilafah pasti berbeza sebab masa tu Islam diterapkan secara sepenuhnya, baik dari aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan pemerintahan.
Semua masalah yang wujud diselesaikan menurut cara Islam yang telah diturunkan oleh Allah dan diwajibkan kepada kita untuk dilaksanakan secara sepenuhnya.
Kalau pada waktu itu, kita dakwah kepada non-muslim, adakah mereka akan lihat Islam itu ada ketempangan lagi?
Jadi semua orang yang bukan Islam pada waktu itu dapat melihat kebenaran (yang tak dapat dilihat dengan jelas pada hari ini).
Ada kemungkinan tak yang non-muslim akan dibiarkan tidak tahu dan jahil selamanya kalau realiti sekeliling pada waktu itu menunjukkan Islam yang sebenar?