Friday, April 12, 2013

Bila Ada Yang Cakap "Penegakan Khilafah Pada Zaman Sekarang Ni Banyak Halangan..."

Assalamualaikum.

Saya menyokong pergerakan yang menegakkan Khilafah bukan disebabkan sokong tanpa siasat, sokong membabi buta. Saya faham menegakkan khilafah adalah kewajipan umat Islam.

Barang siapa melepaskan tangannya daripada ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat tanpa alasan. Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tidak ada bai'at (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan jahiliyah. (HR Muslim)
Menegakkan khilafah itu wajib. Bukan perkara main-main bah khilafah ni.

"Cik, saya pernah berbincang dengan pensyarah saya pasal politik dunia ni. Dia pun kata kalau nak tegakkan khilafah pada zaman sekarang ni susah atas beberapa faktor." Kata seorang pelajar Sains Politik di sebuah universiti di Malaysia.

Habis tu kamu ingat Nabi menegakkan daulah Islam tu dengan senang tanpa halangan ke?

Penegakan khilafah akan jadi susah kalau kita terus duduk terkurung dalam kotak demokrasi dan apa sahaja ideologi kafir.

Susah tu memang la susah. Tapi sebagai orang Islam kenapa kita tak nak tolong agama Allah?

Diberi dua jalan.

Establish caliphate with the so-called democracy.

Or establishing caliphate by the thariqah provided by Allah and Rasulullah saw.

Sudah ada jalan yang bersih mengapa masih mahu mengambil jalan yang kotor?

Dan masih ada yang mengatakan demokrasi tu sama dengan Islam.

Asalnya demokrasi adalah daripada pemisahan agama dari kehidupan, akibat penindasan oleh 'orang warak beragama kristian' di gereja terhadap rakyat. Para pemikir bangkit memegang emosi rakyat yang tertindas menentang golongan gereja.

Akibat benci kepada golongan agama maka mereka tidak mahu melibatkan keterlibatan agama dalam kehidupan.

Disebabkan tiada keterlibatan agama dalam mengatur kehidupan seharian jadi diorang buat undang-undang sendiri, menggunakan akal sendiri...

Seperti mana yang semua orang akui manusia ada akal, dan akal manusia sifatnya terbatas kepada masa dan tempat dia hidup. Jadi undang-undang buatan manusia tidak akan adil sepenuhnya kepada semua manusia, hanya adil untuk sesetengah kelompok tapi tidak untuk kelompok lain.

Dalam Islam, semua peraturan dah ditetapkan oleh Allah even before the problems come. Kerja kita kena ikut je, Wajib!

Bila peraturan lahir daripada Allah, maka ia akan jadi adil. Sebab Allah yang menciptakan manusia, Dia mengetahui semua yang adil atau tidak, Allah tidak terbatas kepada masa dan tempat jadi undang-undang Allah adalah sangat adil kepada semua manusia. Tidak kira Islam atau tidak.

Demokrasi menjadikan manusia mengubah peraturan sendiri. Itu yang haram.

Islam menjadikan kita taat kepada Allah SWT.

Demokrasi bukan pilihanraya.

Pilihanraya juga bukan demokrasi.

Pilihanraya adalah cara untuk pilih pemimpin.

Demokrasi adalah landasan untuk menggubal undang-undang sendiri. Mana boleh pakai undang-undang selain undang-undang yang Allah bagi.

Demokrasi TIDAK AKAN PERNAH SAMA DENGAN MAJLIS SYURA.

Demokrasi gubal undang-undang.

Majlis syura hanya membincangkan perkara yang di luar halal dan haram, yang tidak termaktub dalam syariat. Seperti lokasi penempatan lampu isyarat, warna baju tema bulanan kakitangan...

Keluarlah daripada realiti demokrasi, cuba faham konsep Islam sebenar-benarnya macam mana.

Saya tahu ini bukan mudah. Kepada anda yang masih bertanya biru atau hijau, yang mana betul yang mana salah, berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan jalan yang benar.

Jangan ukur Islam ikut parti mana yang lebih Islamik di negara kita. Sebaliknya carilah Islam yang sebenar-benarnya dulu macam mana. Baru boleh tahu mana yang betul.

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment